Sepi terlalu kuat memeluk. Seakan enggan pergi.
Puas menyuruh. Puas memaksa.
Dan ketika sunyi membalut kedinginan hati ini, memori lalu terbuka.
Aku rindukan sebuah anugerah yang pernah Dia berikan.
Aku rindukan susuk figura yang pernah menjadi teman.
Anugerah yang aku fikir, sangat cantik.
Dan aku fikir, semua manusia itu berdiri di landasan yang sama.
Menghargai bila kehilangan.
Perginya seorang insan, buat aku makin menghargainya.
Walau aku tahu, dia tak mendengar.
Aku sangat rindukan dia.
Dan ya, aku menangis.
Safawati Rustamin; 1985-2009
Alfatihah.
6 comments:
Tegak bulu roma aku dan aku mula rasa basah terkumpul. Al-Fatihah
Aku hanya mampu memastikan memori-memori bersama dia tak luput. Aku tak ramai kawan. Bila hilang seorang kawan membuatkan aku rasa aku memang sangat tak ramai kawan.
Aku pun tak ramai kawan. Mungkin ramai kenalan
Tapi aku berbangga kerana aku ada kawan. Aku tak perlukan kenalan yang ramai kerana itu kadang-kala merimaskan aku.
u make me cry 2..:(
untung arwah dpt shbt spt kau..
moga arwah tenang di sana..
al-Fatihah..
Itu yang aku harapkan. Aku seperti yakin, arwah sedang bahagia di sana. Amin.
Post a Comment