Friday, June 24, 2011

hepi hepi


Hari ini saya sungguh happy. Sekian.

Thursday, June 23, 2011

ini budak sudah mau kawen!


Ini budak sudah mahu menghilangkan status bujang. Minggu depan, InsyaAllah. Entah kenapa aku teruja sangat. Dalam banyak-banyak kawan yang cakap nak kahwin, ini budak bikin aku rasa banyak happy. Semalam, sempat makan pagi dengan ini budak. Ini budak nak bagi kad dia. Mungkin itulah pertemuan terakhir di saat ini budak masih bujang. Lepas ini, jumpa ini budak dengan gelaran suami orang. Dalam teruja dan gembira, rasa sedih pun ada. Banyak perkara yang berlaku dari mula kenal ini budak. Itu tahun 2004, tahun pertama di Matrikulasi. Sekarang sudah 2011. Kenal ini budak, baru aku tahu apa itu cabaran dan dugaan yang terlalu kuat. Entah dari mana datangnya kekuatan, aku sendiri keliru. Dek kerana kekuatan itulah, aku sekarang mampu mengukir senyuman paling manis.

Faiz,
Aku doakan kebahagiaan akan terus menemani kau dan bakal isteri. Hingga ke syurga. Dikurniakan zuriat yang baik-baik. Yang boleh mendoakan kesejahteraan kalian selama-lamanya. Moga semuanya dipermudahkan. Amin

Monday, June 20, 2011

sooooo sweet!




Aku tak menyesal pernah kenal dia. Aku bersyukur. Tuhan izinkan aku untuk mengenali gelagat manusia yang tak sama setiapnya. Ok. Ya, aku dah buang dia jauh-jauh. Biar tak perlu bersua terus. Banyak sebab. Memang dia sangat bermulut manis. Dari awal perkenalan lagi, aku tahu. Ramai juga yang sama berfikir seperti aku. Kerana mulut manisnya, dia akan cuba kikis duit manusia sekeliling. Itu semua dilakukan atas nama persahabatan. Sikit demi sikit, akan dikikis. Kononnya mahu menjaga ukhuwah. Terus manis mulutnya. Itu memudahkanmya untuk mendapatkan habuan. Manis juga mulutnya bila berdepan dengan wanita. Koleksi mangsanya, sungguh banyak. Moga dia tahu, Allah itu sangat Adil. Jangan sampai sikapnya yang sangat hodoh ini, memakan diri. Barangkali dia rasa, dia yang menentukan nasib dia sampai dia lupa, Allah juga yang menentukannya.

Thursday, June 2, 2011

i.za.im


Selamat pengantin baru. Moga kalian akan terus bahagia dan tersenyum hingga ke syurga. Matangkan diri dalam setiap cubaan dan dugaan. Kuatkan iman untuk hadapi semua ujian. Hukum perkahwinan, pasti ada pasang surutnya. Ada siang dan malam. Tak terlepas dari suka dan duka, tangis dan tawa. Kalian ini insan yang Dia pilih untuk bersama. Bermula sebagai teman, akhirnya kami semua menjadi saksi kepada cinta kalian. Hapuslah air mata, hadirkan kuntuman bahagia yang paling sempurna. Pergilah kecewa, kerana cinta sedang melingkari jasad kalian. Bahagialah kalian, selamanya.

Wednesday, June 1, 2011

kitab kita

Banyak perkara yang menghimpit kebelakangan ini. Penat. Mungkin kerana terlalu bermain dengan emosi. Minda terlalu berhempas pulas mentafsir, apa maksudnya semua ini. Aku reda. Juga tabah. Apa yang Allah berikan, itu yang terbaik. Hatta sebuah perpisahan itu juga hadiah dari-Nya. Sungguh Dia lebih mengetahui perjalanan ini. Hanya Dia yang berhak menentukan jalan mana yang harus dilalui. Terlalu banyak penyesalan yang bersarang. Tapi aku biarkan ia terbang ke mana jua. Semuanya dengan harapan untuk ia kembali padaku bukan lagi dengan nama penyesalan. Barangkali dengan nama yang lebih indah, pengajaran. Inilah kitab kehidupan. Kitalah watak utama. Kita jugalah jalan ceritanya. Kitab ini akan terus termadah selagi nyawa masih mahukan jasad untuk hidup di dunia fana ini. Selagi itu, akan terus ada penyesalan yang akhirnya memberi pengajaran.