Wednesday, March 18, 2009

hadiah daripada hati

Ini pemberian ikhlas daripada aku, Matpih, Nuzul dan KD untuk pasangan mempelai Azizan & Masdi. Mungkin cupcakes sudah mendahului tradisi pada zaman ini.

Earth Hour


Di tanah mana pun anda berpijak, di hembusan angin mana pun yang menampar pipi anda, padamkan lampu selama satu jam pada 28 Mac 2009 tepat jam 8.30 malam. Di dalam kegelapan malam itu, lakukanlah apa jua aktiviti yang mampu memberi anda kegembiraan bersama teman-teman, keluarga atau siapa sahaja yang anda sayangi. Untuk satu jam sahaja, mungkin anda boleh meluangkan masa di luar sambil memandang ke atas menikmati keindahan malam yang diterangi sinarnya cahaya bintang dan bulan.


Padamkanlah lampu selama satu jam pada tarikh tersebut. Kita mampu mengimbangi kembali perubahan cuaca. Sayangilah bumi ini, cintailah tanah ini, demi generasi akan datang. Semadikan kenangan anda semua dengan mengambil beberapa gambar di malam itu dan kongsikan ia bersama teman-teman tersayang. Kita mampu mengubahnya.

Amri menyokong Earth Hour.

Tuesday, March 17, 2009

tahniah

Waktu banyak mata yang memandang,
Ada getar yang cuba ditahan.
Mahu senyum atau tidak?
Hati terus berlagak selamba.
"Ah, tak ada apa yang perlu ditakutkan."
Angin malam itu bertiup sepoi.
Si teruna tetap dengan egonya.
Terharu perkara kedua.
Yang penting semuanya selesai.
Juga selamat.
Dan SAH.
Si dara asyik gundah.
Ada air mata yang cuba diseka.
Tapi jatuh juga.
"Lepas ini dah tak tinggal dengan mak dan abah lagi."
Tetamu macam biasa, melebih-lebih.
"Meriahnya."
"Tak meriahnya"
Macam mereka yang keluarkan perbelanjaan.
Tak kurang juga,
"Bilalah masa aku akan tiba."
Itu angan-angan.
Perlu ada.

Tahniah untuk Azizan dan suami serta Zulfadhli dan isteri. Moga kalian terus mengecapi nikmat kebahagiaan selama-lamanya.

Saturday, March 14, 2009

hilang perasaan

Aku kini menghitung hari. Aku ada 2 minggu untuk melepaskan diri aku dari cengkaman yang begitu merimaskan. Aku menanti dengan satu kesabaran yang mana akhirnya nanti aku tahu ada satu perasaan indah akan menemani.

Sebenarnya apa yang aku nak cakap cuma satu. AKU DAH TAK PUNYA PERASAAN UNTUK BEKERJA. Ya. Cuma 2 minggu lagi wahai Amri ku sayang. Sabar ya sayang.

Thursday, March 12, 2009

saufi sayang amri


Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-24 Saufi Amri bin Mohamad Zahid.

Tuesday, March 10, 2009

junjung kasih

Peristiwa: BBQ Party
Tarikh: 080309
Waktu: 1800-2330
Tempat: UIAM
Tema: Hijau/Kuning


Tiada ungkapan yang paling indah yang mampu dizahirkan melainkan kata-kata yang begitu dekat dengan hati, TERIMA KASIH. Ungkapan yang terlalu bermakna ini aku tujukan untuk mereka yang sudi meluangkan masa bagi memeriahkan lagi majlis yang kecil tapi besar nilainya. Segala sumbangan samada dari segi kewangan, makanan, minuman, tenaga, masa, dan sebagainya amatlah dihargai. Semoga kalian semua bergembira dan objektif majlis ini tercapai hendaknya.

Friday, March 6, 2009

tolonglah wei

Setiap kali nak naik LRT, aku mesti rasa nak sumpah seranah dan maki hamun orang. Kepada yang ada sikap pentingkan diri sendiri tu, tolonglah wei. Beratur setiap kali nak naik LRT. Bukan main redah saja. Ada otak, ada fikiran. Jangan simpan pemberian Tuhan itu tanpa memanfaatkannya.

Semalam aku naik LRT yang macam biasa, sesak dan padat. Rimas. Depan aku, seorang lelaki dari sebuah negara lain. Berambut panjang hingga ke pinggang. Rimas aku tengok. Bertambah rimas bila rambut dia memang busuk. Tolonglah wei. Pakai shampoo ok. Bukan susah pun. Bukan mahal pun. Rimas.

Thursday, March 5, 2009

kahwin dan rindu

Seorang teman rapat akan menoktahkan zaman anak daranya pada 14 Mac 2009. Tahniah untuk beliau. Dah tua rupanya dia. Dan dah tua juga aku. Sila baca itu dengan nada bergurau. Bila dapat melalui saat-saat nikmat ini?!

Dan tiba-tiba aku teringat kenangan-kenangan ini. Tak ada kena mengena pun dengan unsur perkahwinan. Mungkin unsur persahabatan. Aku yakin.

Lokasi: KLCC

Lokasi: Perak

Lokasi: Mid Valley

*Mungkin sebab aku terlalui merindui teman-teman. Ada yang makin jauh walau hakikatnya dekat saja fizikalnya.

Wednesday, March 4, 2009

situasi:episod dua

Cerita satuDia: One story makes two, two stories make more.

Pengajaran: Setiap kali kita bercerita pasti ada tambahan yang dibuat oleh sang pendengar. Jadi, berhati-hati untuk memilih pendengar. Ramai yang mampu menjadi pendengar yang baik, tetapi tak ramai yang mampu menjadi penyimpan rahsia yang baik. Terutama si dia.

Cerita dua
Dia: Aku tak pernah dapat kawan macam kau. Selalu ajak aku solat. Tapi, hati aku tak terbuka lagi untuk solat.


Pengajaran: Jangan disisihkan mereka yang alpa kerana kita juga sering terlupa. Berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebaikan.


Cerita tiga Dia: Mama malas!

Pengajaran: Kanak-kanak itu jujur hatinya, benar katanya.


Cerita empatDia: Kawan jenis apa kau ni? Tak pernah ada kawan-kawan aku yang buat macam ni kat aku.

Pengajaran: Fikir dengan matang, bertindak secara rasional. Dia tetap kawan aku selamanya.

Monday, March 2, 2009

emosi

Muakha yang lepas ada satu emosi yang bermain-main dalam diri ini. Emosi itu seakan-akan cuba untuk menutup segala ruang yang ada dan memenuhi segala lubang-lubang yang tinggal. Ada kekuatan dan kelemahan yang cuba diselindungi. Akhirnya aku tewas. Saat aku berbicara dengan seorang adik kecil, aku kalah dengan perasaan itu.



Aku: Hazim tak sayang abang-abang,kakak-kakak kat sini ke?

Hazim: Sayang.

Aku: Kalau sayang kenapa Hazim tak nak dengar cakap kami?

Hazim: (diam tak bersuara..)



Mereka adalah kekuatan. Mereka juga adalah kelemahan.