Monday, December 29, 2008

tentang mereka dan tentang saya

Baiklah. Saya mulakan entry terbaru ni dgn 1 pertanyaan. Siapa yg mulakan aktiviti tagged-mengtagged ni? Hmm.. Saya perlukan jwpannye. Tapi saya tetap akan teruskan entry dgn mendescribe 2 org umat yg tagged saya.

10 perkara tentang Diana Ghazali

1. Fakta yg takde sesiapa pun mampu merubahnya hatta kami berdua sekalipun ialah kami sudah mula berkenalan ketika kami di tahun 6 Sek. Keb. Bukit Sekilau. Yang pasti saya belum mengalami mimpi basah ketika itu. Diana? Mungkin sudah memandangkan kaum hawa matang pada usia yg awal.

2. Bekas pelajar UIAM dlm jurusan BENL. Mengikut kata beliau baru-baru ini, otak matematik beliau sudah mengalami zaman kemerosotan. Secara logiknya, student BENL mmg langsung tak sentuh subjek matematik atau add math atau calculus. Mungkin dgn alasan ini, kita mampu memaafkan beliau andainya beliau tidak mampu memberikan jwpn yg tepat tentang matematik.

3. Sedang hangat bercinta dgn buah hati kesayangan Encik Kiman Arshad. Percintaan ini membuatkan beliau menjadi seorg yg sgt romantik dan penuh dgn madah-madah cinta. Saya belum berkesempatan bertemu dgn buah hati kesayangan beliau walaupun sudah berkali-kali membuat perancangan. Nyata kita hanya mampu merancang.

4. Baru sahaja berjaya mendapatkan kereta idaman beliau, Satria Neo. Katanya kereta itu sungguh maskulin. Saya ulang sekali lagi, maskulin. Mungkin beliau takut kereta itu menjadi kereta metrosexual ataupun gay. Oleh itu, kereta itu terus diberi nama Suria Perkasa Hitam binti Diana. Memang hitam si Suria itu. Sungguh. Saya tak tipu!!

5. Jangan buat beliau marah. Awas. Beliau akan mengeluarkan kata-kata yg mungkin anda tidak rela diperdengarkan. Tapi jangan risau, beliau tetap seorang wanita yg masih mementingkan etika sebagai wanita Muslim.

6. Bergaduh? Itu perkara biasa bagi kami. Itu yg membuatkan kami saling memahami. Oh, harapnya Encik Kiman tidak menyalahtafsirkan ayat ini. Sekian.

7. Sangat sukakan seni. Sangat memperjuangakan hak semua kaum. Sangat mengangumi kaum adam yg suka membaca. Katanya seksi. Auww!

8. Sangat manja dgn keluarganya. Pernah menangis ketika meluahkan perasaannya kepada Encik Ghazali ketika beliau masih menuntut di UIA. Mukanya boleh jadi ketat bila beliau dirundung masalah. Awas. Jangan membazirkan air liur anda untuk bergurau senda dgn beliau ketika beliau mengalami kekekatan muka kerana beliau tidak akan memberi respon yg seperti anda harapkan.

9. Ain dan Diana. Mana mungkin dipisahkan. Teman yg saling mengumpat bersama, makan bersama, minum bersama, tidur bersama. Mungkin mereka tidak mandi bersama di dalam bilik air yg sama. Itu pasti. Mungkin.

10. Fakta ini juga jgn sesiapa cuba untuk merubahnya kerana ia adalah fakta yg sgt tepat. Diana sayangkan saya sebagai sahabatnya dan saya juga sayangkan Diana sebagai sahabat saya. Sahabat yg mampu mendengar luahan hati walaupun ia mungkin membosankan.


10 perkara tentang Fatin Filzah Mohd Sabri

1. Pertama kali bersua muka dgn beliau, hanya satu ayat yang terlintas di hati ini "perempuan ni mesti suka mengumpat org". Bak kata beliau "ended up with kita mengumpat bersama-sama". Terima kasih kepada beliau yg mengeluarkan pengakuan yg jujur itu.

2. Sentimental dan melankolik itu adalah diri beliau. Tak percaya? Sila baca blog beliau filzfa.blogspot.com. Anda pasti bersetuju dgn saya.

3. Suka mengeluarkan cerita-cerita tentang Puan Fatimah Dollah. Serius. Cerita-cerita itu membuatkan saya dan rakan-rakan ketawa seolah-olah HS itu adalah milik kami. Agak-agak apa perasaan Puan Fatimah kalau beliau tahu yg Fatin Filzah suka bercerita tentang beliau? Yg pasti Fatin sgt mengangumi Puan Fatimah.

4. Akan menangis bila tengok Baizura menangis walaupun hal itu tidak berkaitan dgn beliau. Teringat waktu di Rendezvous. Seolah-olah itu adalah Rendezvous air mata. Fatin Filzah dan Baizura ibarat Diana dan Ain. 2 orang sahabat yg tak mungkin dipisahkan.

5. Addicted to perfumes. Beliau mempunyai koleksi perfume yg banyak. Sedikit sebanyak mempengaruhi saya untuk menurut jejak langkah beliau utk mengumpul koleksi perfume. Beliau kadang kala menjadi rujukan saya utk membeli perfume. Beliau dlm proses utk mendapatkan Anna Sui, Night of Fancy.

6. Mempunyai seorg adik bernama Ammar yg pada kaca mata beliau seorg kanak-kanak yg terlebih matang. Matang di sini merujuk kepada cara percakapan Ammar.
Ammar: Gorgeous!!
Beliau: Apa dik?
Ammar: Gorgeous. Ko tak tahu ke? Bodohnya.

7. Suka merenung mereka yg berhidung mancung. Katanya muka tak perlu terlalu hensem. Asalkan ada 2 ciri yg perlu ada pada jejaka idaman beliau; hidung mancung dan muka bujur panjang. Sesiapa yg berhidung penyek dan bermuka petak atau bulat, sila jauhkan diri anda ok!

8. Berkongsi musuh yg sama dgn saya. Betul. Saya tak tipu. Kami ada beberapa org musuh yg kami betul-betul tak nak tengok muka mereka. Tapi apakan daya. Dunia ini kecik je. Pi mai pi mai tang tu. Muka yg sama jugak!

9. Cintanya pada buah hati kesayangan sgt utuh. Walau apa pun yg terjadi, beliau sgt menyayangi kekasih hati beliau.

10. Bila berada di rumah, beliau akan gosok gigi pada jam 12 tengahari ke atas. Kenapa? Eh, itulah waktu beliau akan membersihkan segala tahi mata yang ada. Seringkali dibebeli oleh Puan Fatimah Dollah. Tapi seperti biasa, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Itupun kalau sempat masuklah.


10 perkara tentang SAYA

1. Nama penuh Saufi Amri bin Mohamad Zahid. Berumur 23 tahun.

2. Anak ke -6 dari 10 dan sgt menyayangi keluarga.

3. Berbangsa Melayu dan beragama Islam. Masih single dan available.

4. Menurut ibu kesayangan saya Puan Che Jainol binti Che Ngah, salah seorang keturunan saya yg berpangkat moyang kepada ibu saya pernah tercatat namanya di buku Sejarah. Menurutnya lagi, darah yg mengalir di dalam badan ini merupakan campuran dari beberapa negara. Thai, Indonesia, Malaysia dll.

5. Sangat meminati Dato' Siti Nurhaliza Taruddin.

6. Sedang belajar bagaiman utk menunjukkan kasih sayang kepada mereka-mereka yg menyayangi saya.

7. Mari berkenalan dgn ahli rumah saya;

Encik Mohamad Zahid bin Mohammad
Puan Che Jainol binti Bhe Ngah

Hasil perkongsian hidup 2 insan tersayang di atas, lahirlah

  • Syahrul Nizam
  • Syahiran Fadhli
  • Syahila Wati
  • Syahru Bariyah
  • Saiful Anuar
  • Saufi Amri
  • Mohd Sadruddin Safwan
  • Mohd Syakir Safwat
  • Mohd Abdul Syahiid
  • Sakinah

Ada antara mereka yg sudah pun mendirikan rumah tangga. Senarai nama ipar

Syarifah (Syahrul Nizam)
Mohd Rizal (Syahru Bariyah)
Nurul Aida ( Saiful Anuar)

Dan hasil perkongsian hidup mereka lahirlah

Syahrul Nizam
  • Raudahtus Syifaa'
  • Sarah Abidah Zulfa
Syahru Bariyah
  • Nurul Eiyman Safiyyah
  • (masih dalam kandungan. dijangka keluar pada 20 jan 2009. doakan semuanya selamat. amin)
Saiful Anuar
  • Mohd Aiman Shafiq
  • Mohd Adam Hafiey
8. Bercita-cita utk menulis buku. Oleh itu, saya perlu belajar bagaimana utk menulis dgn bagus.

9. Teringin utk belajar memasak. Serius. Hasrat ini telah pun dberitahu kepada ibu tersayang. Sedang mencari institusi yg menyediakan kursus ini.

10. Mungkin suatu hari nanti saya akan pakai jambatan gigi demi membetulkan gigi yang kurang rapi kedudukannya.