Thursday, December 31, 2009

1:30 pagi

Jam hampir bergerak ke angka 1:30 pagi. Tik tok tik tok. Mata masih tak mampu dipejam. Sedari jam 10 malam, cuba untuk tidur. Konon nak tidur awal. Hampeh. Tidur pukul 10, pukul 11 dah terjaga. Lapar. Godek punya godek, jumpa maggi kari. Tak suka maggi kari. Kalau ada maggi ayam, 2bungkus sekejap je habis dihirup. Tapi lapar memaksa aku makan juga. Kan best kalau ada poket Doraemon. Boleh curi burger McD. Sambil makan maggi kari yang (takyah sebutlah), makan dried fish fillet. Beli kat Carrefour je. RM2.90 dapat 4bungkus. Gila murah.

Buka laptop, macam biasa buka Mukabuku. Terima kasih pada bekas Manager aku, Mrs Karina Mohamed Kamal yang memaksa aku buka akauan Mukabuku awal Januari 2009. Sekarang aku dah addicted dengan mendalah ni. Kalaulah dulu masa study aku addicted dengan buku-buku yang aku sangat tak suka dan menyampah, fuh, A dalam tangan. Managerial Economics, Financial Accounting 1 & 2, Malaysian Business Law, Company Law, Strategic Management, Money and Banking, Multimedia bla... bla... bla... ! Siapa yang tak berguna tu cakap ambil Bussiness Administration ni senang gila kucing-siam-yang-comel? (Ko tak suka kucing kan Amri?) Cubalah belajar wei!

Semalam aku sensitif. Damn! Dekat office aku menangis. Sambil borak dengan pembayar, aku tahan sebak. Aku tak tahu kenapa semalam ingatan aku pada arwah Safawati terlalu galak dan beria-ria bermain dalam otak aku. Aku pergi belakang dekat dengan surau, konon nak buat air. Tapi aku tahan menangis sambil basuh gelas. So klasik la kau ni Saufi Amri Mohamad Zahid. Tahan apa benda, dah nangis pun. Serius, aku sensitif dengan memori-memori lepas. Jom baca AL-Fatihah untuk arwah.

Wednesday, December 30, 2009

.....

Untuk beberapa hari ini, sunyi menjadi peneman setia.

Sepi terlalu kuat memeluk. Seakan enggan pergi.


Puas menyuruh. Puas memaksa.


Dan ketika sunyi membalut kedinginan hati ini, memori lalu terbuka.


Aku rindukan sebuah anugerah yang pernah Dia berikan.


Aku rindukan susuk figura yang pernah menjadi teman.


Anugerah yang aku fikir, sangat cantik.


Dan aku fikir, semua manusia itu berdiri di landasan yang sama.


Menghargai bila kehilangan.


Perginya seorang insan, buat aku makin menghargainya.


Walau aku tahu, dia tak mendengar.


Aku sangat rindukan dia.


Dan ya, aku menangis.



Safawati Rustamin; 1985-2009

Alfatihah.

Tuesday, December 29, 2009

tak ada tajuk

Susah jadi kawan
Lagi disayang, lagi banyak undang-undang

Monday, December 28, 2009

atas nama cinta yang malu

Atas nama cinta yang malu
Berikan aku degupan cinta yang laju
Untuk aku sentiasa merasakan kehadirannya
Biar senyumannya selalu menemani
Kalau tak di sisi
Moga dalam mimpi-mimpi

Atas nama cinta yang malu
Ukirkan aku sebuah monumen cinta
Untuk aku merasakan pelukan kasihnya
Biar aku selalu menginap dalam hatinya
Moga aku terus bahagia
Meniti hari-hari yang ada

Atas nama cinta yang malu
Peluki aku dengan jiwa yang terindah
Kerana aku tak mampu untuk menyentuhnya
Tak mampu memeluk, tak mampu mencium
Dalam mimpi pun aku gagal
Memang dia tak tercipta untukku

Atas nama cinta yang malu
Terlalu jauh aku bermimpi
Terlalu banyak aku mengingini
Terlalu sukar dapat dipenuhi
Untuk segala yang aku miliki
Aku salurkan rindu untuk dia yang dicintai

Penat aku mencuba
Penat aku menangisi
Penat aku kecewa
Penat aku menderita
Aku terlalu penat untuk sebuah cinta yang malu

Untuk sebuah cinta yang malu, aku menangis lagi

Friday, December 25, 2009

hari raya hadiah

Mana Santa Klaus tak sampai-sampai lagi? Tak nampak ke stoking aku gantung? Wangi la stoking tu. Haih, di pagi raya Natal ni fikiran asyik teringatkan hadiah-hadiah yang menarik. Materialistik tul lah!! Dengan kuasa bulan, terimalah senarai hadiah yang aku nak;

  1. Suzuki Swift. Pastikan warna merah.




  2. Honda City. Ini kalau taknak bagi Swift lah. Warna merah nampak menarik dalam tubuh City.




  3. Blackberry Storm. Biar semua orang sekeliling hangin tengok aku pakai BB ni.




  4. Kawan lama. Rindukan dia. Sangat. Tak dapat yang di atas pun tak apa. Kalau suatu hari nanti dia datang pada aku dan ucapkan "Aku sayangkan kau, kawan", aku nak cakap "Aku dah lama sayangkan kau, kawan."

Nota kaki: Aku tak minta banyak pun. Aku budak baik. Aku budak comel.

Friday, December 18, 2009

selamat tahun baru

Hari ini, 1 Muharram 1431H. Langit gelap. Hujan turun untuk seketika. Mungkin mahu memberi keindahan di pagi yang penuh bahagia. Kesejukan menggigit sehingga terasa ke tulang. Pergerakan menjadi malas. Lambat. Cuba memaksa, tapi sejuk terus setia menyelimuti. Pergilah sejuk. Biarkan aku rasa hangatnya tahun baru. Biar ia menjadi satu permulaan yang indah. Mata yang mengantuk harus segera dibuka luas. Kaki yang malas harus pantas langkahnya. Jangan longlai.

Selamat Tahun Baru 1431H semua. Moga kita dipayungi hidayahNya.

Nota kaki: Ok, aku harus bekerja pada hari ini. Tabah.

Thursday, December 17, 2009

tua mengejar

Ini bukan gambar aku. Tapi gambar adik-adik aku. Comel sungguh. Aku rasa masa aku kecil-kecil dulu, aku mesti comel macam ni kan?

Nota kaki: Cam hampeh puji diri sendiri.


Tapi serius. Aku memang comel. Sampai sekarang.

Sakinah dan Syahiid

Sakinah sekarang dah berumur 13. Turn to 14 on Jan 2010. Syahiid pula dah 15. Tahun depan 16. Cepatnya masa berlalu.

Dan aku, sudah 24. Itu angka je kan? Tahun depan 25. Angka oh angka!!!

menda aku merepek la...

Aku tak tahulah apa perkataan yang sesuai sekarang ini.
Aku bengang. Tapi aku tak bangang.
Aku memang menyampah. Macam dah tengok sampah.
Dia bukan bagus sangat. Mata dah naik meluat.
Aku ni dah kira baik hati. Mujur dia tak kena maki.
Malaslah nak tengok muka dia.

Damn! Aku memang sunyi. Sepi.
Tengok kawan-kawan ada pasangan, kadang-kadang terusik juga jiwa.
Sunyi itu memang sakit. Kadang-kadang.
Tapi aku tak nak layan sangat rintihan itu.
Aku biarkan ia terbang. Jauh dan jangan singgah lagi.





Cara-cara menghilangkan sunyi;


1) Cari kawan yang boleh dijadikan sahabat. Gua senang, lu senang. Gua susah, lu susah. Ada berani?



2) Pergi karaoke dengan kawan-kawan. Melalak sampai suara serak. Nyanyi lagu-lagu jiwang. Rock kapak itu hebat.



3) Pergi melawat tempat-tempat bersejarah bersama keluarga. Biar teruja semua sampai mulut ternganga tengok tempat-tempat yang wow!!


4) Pergi bersenam . Kurus dan sihat. Nanti ramai yang terpikat. Senang nak cari calon. Ok, bersenam di tempat rekreasi. Kat Kuantan, Taman Gelora pasti menarik.


5) Kerja sungguh-sungguh. Jadi hantu kerja, lagi bagus. Buat macam harta tak pernah cukup. Jangan cakap "duit bukan segala-galanya." Bodoh, tak ada duit kau nak hidup macam mana?


6) Berdoa pada Allah. Banyakkan ibadat. Amalkan amalan-amalan sunat di samping pertingkatkan iman.


Banyak cara nak bagi diri tak sunyi. Kena pandai lah. Takkan nak terperap dalam rumah je. Poyo je kalau cakap kat luar banyak maksiat. Kat dalam rumah pun boleh jadi maksiat. Main internet, tengok benda-benda cam haram. Maksiat lah tu. Untuk orang yang bangang tu, aku doakan kau supaya kau bahagia dan gembira selalu. Tengok, baik hati betul aku. Kau dah buat tahi kucing hutan, aku masih doakan yang baik-baik.

Tuesday, December 15, 2009

terbang, pandang ke bawah

Sayap-sayap yang bersembunyi
Terbanglah membawa tubuh ke atas
Terbang jauh ke atas jika mampu
Naik menemani awan-awan dan mencumbui angin
Menyapa burung-burung kecil
Dan pandang ke bawah
Tafsirkan dengan mata apa yang ada
Dengarkan cerita yang ada dengan jujur

Sayap-sayap yang bersembunyi
Terus turunkan tubuh ini memijak tanah
Untuk tubuh merubah suasana
Yang menangis mula tersenyum
Yang gelap mula memutih dengan cantik
Yang hina mula disayangi
Yang dosa mula membalut diri dengan pahala

Friday, December 11, 2009

cinta sang angin, panas dan hujan

Kepada angin yang memberi dingin,

Kalau kau mampu membawa rindu
Usunglah bersama
Moga ia terbang
Terus masuk dalam hatinya

Kepada panas yang memberi hangat,

Kalau dia tahu dia itu sunyi
Kau ketuklah jiwanya
Moga ia memberi panas
Dalam nafsu cintanya dan cintaku

Kepada hujan yang memberi sejuk,

Kalau nanti nafas marah membahang
Kau datanglah memberi beku
Moga ia hilang
Tak gugat asmara bahagia

Wednesday, December 9, 2009

jom kahwin

Sana-sini orang nak kahwin. Best siot perasaan nak kahwin. Diorang lah yang cakap. Tiap-tiap minggu pasti akan ada jemputan. Tak banyak pun, sekurang-kurangnya satu jemputan. Ada dekat, ada jauh. Dulu masa zaman hingusan (terima kasih kepada tisu), perkara yang paling tak suka dibuat adalah menghadiri majlis perkahwinan. Rasa macam buang masa. Masa tu fikir, "eleh, pergi sebab nak makan free." (poyo seh statement ni). Tapi sekarang suka juga pergi majlis-majlis macam ni. Seperti biasa aku suka tengok hantaran. Sebab boleh dijadikan panduan nanti. Senang dah tahu benda-benda wajib dalam hantaran.

Dulu zaman sekolah menengah, konon-konon bercinta. Very monyet punya cara. (monyet jadi mangsa, maaf ye). Sampai sekarang kalau teringat pasal wanita tersebut, aku rasa nak tergelak. Bangang, ko bercinta dengan aku pastu nak menggedik dengan kawan baik aku. Kawan baik, mari kita gelakkan dia.

Kena buka diari dan tengok siapa pula yang akan naik pelamin dalam masa terdekat. Nak kahwin jugalah. Tapi calonnya tiada. Susah betul nak cari calon. Ke memilih? Ah, mari bermimpi naik atas pelamin. Juga bermimpi tangan dipimpini oleh anak kecil. Memang best pun perasaan nak kahwin.

Moga bahagia ya semuanya. Dunia akhirat. Amin.

Tuesday, December 8, 2009

entri jahat untuk makhluk tuhan itu

Manusia kalau menipu, itu memang logiklah. Sebab manusia memang suka putar belit cerita untuk jadikan cerita tu lebih sedap didengar. Ok, tak semualah manusia macam ni. Adalah segelintir kan? Aku banyak kali dilingkari tubuh-tubuh yang suka menipu. (seringakali aku akan sumpah seranah juga, wtf!!) Aku tak baik pun, aku tak mulia pun, aku tak alim pun. Tapi aku penat dengan manusia yang suka bagi imaginasi lebih-lebih. Aku taknak tahu pun kemuliaan mereka. Aku tak hairan pun dengan ketinggian darjat mereka. Macam aku selalu cakap, pergi mamposlah!

Ini cerita 2 orang makhluk tuhan yang paling tak seksi. Oh ya, mungkin aku perlu gelarkan mereka "Makhluk Tuhan Paling Menipu." Menipu, menipu, menipu. Itu lauk sarapan pagi, makan tengahari, juga makan malam. Eh, tak dilupakan, itulah snek lazat mereka di kala minum petang dan juga saat kudapan. Yang seorang ni, mengaku bapak dia CEO tapi sebenarnya bapak dia pencacai aje. Ok, aku tak menghina kerja seorang pencacai sebab hakikatnya aku pun seorang pencacai. Dia suka berlagak dengan menyatakan Bahasa Inggeris tu juga makanan dia dan keluarga kat rumah. Cam bangsat kenyataan tu sebab adik dia yang masa tu darjah 5 @ 6 tak faham pun bila dia cakap "Wash your hand." Terkebil-kebil mata adik dia tak faham. Tuhan bayar cash wahai makhluk!

Yang seorang lagi dari mula kenal sampai sekarang, asyik nak menipu je. Kalau tak kantoi takpelah kan. Ini kantoi terang benderang. Patutlah ramai yang asyik mengadu pasal dia je. Ramai rupanya yang tertipu. Wei makhluk, kenapa perlu menipu? Kau dapat apa? Kepuasan? Macam hampeh je kan? Bosan aku dengan manusia-manusia macam ni.

Nota kaki: Entri ini entri yang jahat.