Wednesday, July 21, 2010

aku sedih dengan mereka

Hari Khamis minggu lepas adalah hari aku mengamuk dalam kelas. Apa kes kan mengajar tuisyen pun nak mengamuk. Kan budak-budak yang datang kat situ bayar untuk khidmat mengajar ni. Duit gaji tu hasilnya datang dari yuran mereka. Baiklah. Itu memang langsung tak diambil endah oleh aku yang memang kerek ni. Kau bayar. Tapi kau bukan raja, wahai para pelajarku.

Aku sampai tempat tuisyen dalam 7.45. Terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Keluar dari bilik air, ada 4, 5 orang di hadapan bilik air.

Aku: Ni dah solat belum?

Salah Seorang: Macam biasalah cikgu. Tak.

Aku: .....(terkesima dengan jawapannya). Macam manalah ilmu nak berkat kalau solat pun tak.

Mereka: (tanpa rasa bersalah, ketawa.)

Barangkali mereka fikir aku sedang membadutkan diri. Apakah? Nanti cikgu masuk Raja Lawak ya, wahai pelajar-pelajar kesayanganku.

Dalam kelas, seperti biasa yang akan datang awal ke kelas hanya 2 orang. Annie dan Tiang. Keduanya pelajar yang memberi tumpuan dan keduanya pelajar kaum Cina yang memang disenangi oleh aku. Mereka tak pandai, tapi mereka memberi tumpuan. Jawapan mereka tak semua betul, tapi mereka tak pernah tak buat latihan yang aku bagi. Dan mereka tak pernah lewat. Pelajar Melayu? Sampai lambat. Latihan memang tak buat. Sampai kelas, keluar makan dulu. Sampai kelas, main.

Aku: Simpan handphone sekarang!

Pelajar Melayu Perempuan: ...... (terkebil-kebil sambil terus pegang handphone.)

Aku: Simpan sekarang! Kalau datang tuisyen nak main, keluar sekarang. Balik!

Pelajar Melayu Perempuan: (buat muka, dan simpan.)

Ingat aku kisah dengan muka dia yang tak cantik mana tu. Serius, aku tengking sampai menggeletar tangan aku. Normal bagi aku kalau terlalu marah memang menggeletar tangan aku. Itu tandanya aku memang terlalu marah. Banyak cantik kau. Datang tuisyen nak bergalak la kan? Tapi pelik. Memang budak perempuan ni memang entah apa-apa. Main. Menjawab. Senyap dia hari tu.

Tengah melukis rajah kuboid bersambung separuh silinder ( topik Solid Geometry), seorang budak mencelah. Konon comel lah tu. Tak pun.

Pelajar Melayu Lelaki: Cikgu lukis keranda ke?

Aku: (terkejut). Nanti kita mati, dalam ni lah kita duduk.

Pelajar Melayu Lelaki: (ketawa)

Aku: (sambil melukis) Macam manalah kalau kamu semua mati kalau tak solat?

Pelajar Melayu Lelaki: Ala, bunuh diri lah.

Aku: (terkejut tahap maksima) Bunuh diri langsung tak masuk syurga.

Pelajar Melayu Lelaki: Insaf! Ala, kita buat rombongan bunuh diri.

Aku: (tak terluah kata-kata.)


Mentaliti bodoh macam ni rupanya menyelingkari pemikiran anak muda Melayu di tempat tuisyen tersebut. Nauzubillah.

Moga Allah lindungi kita semua. Ya Allah ya Tuhanku, hidupkan kami dalam Iman dan Islam. Matikan juga kami dalam Iman dan Islam. Amin.

Monday, July 19, 2010

mulut orang bijaksana berkata-kata

Orang Paling Baik: Itu semua yang nak pergi bagi bantuan tu bukan ikhlas tu. Nak nama semua tu.

Orang Paling Jahat: Apa kau cakap macam tu. Mana kau tahu mereka tak ikhlas?

Orang Paling Baik: Kalau mereka ikhlas, Allah akan tolong mereka. Tak ada lah nak kena serang dengan tentera Israel. Tak ikhlas lah tu. Nak nama. Nanti balik boleh dapat pangkat Datuk. Orang kat Malaysia ni ramai lagi yang dalam kesusahan. Kenapa tak nak tolong di tempat sendiri? Kenapa nak pergi jauh-jauh? Tak ikhlas lah tu.

Orang Paling Jahat: .......................................

Monday, July 12, 2010

pengumpat tegar

Jumaat lepas aku pulang ke Kuantan, seperti minggu-minggu yang sudah. Cuma kali ini, keinginan untuk memandu terbantut jadi keputusan paling tepat, pulang sebagai penumpang bas ekspres. Sengaja mahu mencari pengalaman menaiki bas di Bukit Jalil. Untuk ke Bukit Jalil, dengan tabah aku menunggu teksi di hentian bas di Bukit Indah. Ok, ada 2 orang remaja perempuan sedang berbual-bual. Dari gaya percakapan yang sungguh, hmm, baik jangan disebut perkataan itu, aku yakin mereka dalam lingkungan umur 12-13 tahun. Muda lagi. Aku tak tertarik pun dengan gaya pakaian mereka yang kononnya remaja gila lah. Rambut berkarat dengan sekali sekala jari menguis rambut di dahi. Oh, sungguh, hmmm sekali lagi jangan disebut perkataan itu.

Yang menarik perhatian aku, adalah butir bicara mereka. Adik, baliklah rumah baca buku. Tolong mak ayah ke.

Adik A: Eee, aku tak fahamlah kenapa lah si Aleeza (bukan nama sebenar) tu suka sangat warna pink. Hari jadi dia nanti dia nak suruh semua orang pakai pink. Ish, pink, pink, pink. Buatlah hijau ke.

Adik B: Yang lelaki?

Adik A: Dia suruh pakai hitam. Dia cakap cutting baju perempuan memang sesuai pink aja. Kalau tak pakai pink, dia malas layan.

Adik B: Saya dah cakap kat dia saya taknak pergi.

Adik A: Saya pun taknak pergi.


Hmm, pasal warna pun nak bikin kecoh ke adik? Mengumpat lak secara kuat-kuatan dan besar-besaran. Adoyai.


Adik B: Depan rumah saya tu ada orang gila.

Adik A: Eee, saya tak fahamlah dengan polis ni. Yang takut sangat nak tangkap isteri dia yang gila tu kenapa? Dah pintu tertutup, pecahkan jelah pintu. Ala, nanti kalau orang tu minta ganti rugi, berapa sangat lah. Setakat beribu-ribu tu, bagi jelah.


Masa depan adik A memang cerah sebagai peguam hebat. Adik A memang banyak betul celotehnya. Adik B sekadar mendengar. Sekali sekala turut memberi pandangan yang sangat bernas. Aku terfikir, memang kaum hawa dilahirkan sebagai pengumpat tegar ke? Atau hanya adik-adik ni saja yang mempunyai hobi untuk mengumpat sedari umur kecil lagi?

Aku pun mengumpat.

Thursday, July 8, 2010

rindu

Aku memang betul-betul kecewa dengan seorang kawan. Makin renggang jadinya perhubungan. Sedih, sepertinya semakin diabaikan. Penat pula menjadi seorang kawan yang kononnya baik hati asyik nak ajak kawannya pergi tengok wayang, makan, lepak, jalan-jalan, dan apa-apa sajalah. Tapi setiap kali diajak, sama je jawapan yang diberi;

"Kawan aku ajak keluar."


Aku makin merindui seorang kawan ini. Tapi hati itu seperti kaca. Jangan dilambung sesuka hati. Takut jatuh nanti memang berderai la pecah kan? Kalau dicantumkan sekalipun, mana mungkin boleh jadi seperti yang sebelumnya. Dan, kaca sudah pun berderai kini. Terima kasih.

Tuesday, July 6, 2010

saya datang semula, encik blog

Sejak bekerja di tempat baru, blog ini semakin diabaikan. Maaf ya wahai Encik Katarsis. Kamu dilupakan. Jahat itu Encik Dadidai. Buka blog dan, oh, adakah betul ada 18 pengikut? Tak pernah tahu. Tiba-tiba rasa seperti mahu meraikannya dengan daun saderi. Ya, tak perlu rasa teruja-gila-padahal-takda-menda-pun sebab blog orang lain berpuluh-puluh pengikut. Beratus-ratus pun ada. Beribu-ribu pun ada. Kot. Ah, biarkan. Teruja, teruja, teruja.

Ok, bila sebut tentang kerja sungguh aku langsung tak teruja. Cik Ain Guzzle, kalaulah semua orang memahami kan? Katakan apa saja, aku telan. Aku sekarang dalam situasi menyedapkan percakapan supaya mereka di sekeliling tidak menganggap aku bodoh. Yelah, bodoh kan sebab perkara enteng saja. Itu mungkin kata mereka. Aku semakin merindui zaman normal yang walaupun tak mewah kehidupan, tapi aku bangun setiap hari dengan senyuman. Aku merindui zaman pergi kerja jam 7.50 pagi dan sampai di pejabat jam 7.55 pagi. Aku merindui zaman pulang kerja jam 5.00 petang dan sebelum jam 5.30 petang aku sudah lena beradu di atas katil. Aku merindui zaman berhibur selepas penat bekerja tanpa perlu risau "alamak, esok kena bangun awal sebab takut tersangkut dalam kesesakan jalan yang sedang beraya dengan kenderaan." Jadi aktiviti selepas waktu kerja adalah karaoke, tengok wayang, makan kat Jelita @ Coffee Street, lepak di Teluk Chempedak, dan sebagainya. Tapi semuanya hanya mampu dirindui. Tertekan.

Aku sering kali mendapat mesej dari rakan-rakan, "Ok ke kerja tempat baru?" Ok, boleh tak jangan tanya lagi soalan menyampah-tapi-korang-memang-patut-tanya ni? Aku dah banyak menipu orang ramai. Tangkaplah saya, cepat. Saya sudah mula enak untuk menjadi penipu. Enak? Abaikan. Tapi macam makan nasi putih, ikan panggang beserta budu. Cik Ain pasti berkecuran air liurnya. Air liurnya berkecuran dia.

Banyak gambar yang ingin dikongsikan bersama. Beberapa puisi, eh ke sajak, yang ingin diluahkan. Tunggu aja, ya. Mesej ini khas untuk 18 pengikut ku. Meroyan sebentar.