Wednesday, November 18, 2009

semalam punya cerita

penat yang biasa di hari biasa

Beralaskan cadar berwarna oren
Berkelubungkan selimut- juga warnanye oren
Aku terlentang
Ah, lega
Aku mahu penat itu pergi terus
Kalau pun tak lenyap
Sembunyilah di mana-mana
Esok datang semula
Aku akan layan lagi
Seperti hari-hari biasa


facebook punya pasal

Semalam aku termenung
Laman Facebook depan mata
Jari meliuk menyentuh papan kekunci
Seperti mahu ketawa
Seperti mahu menjerit
Tapi suara tersekat
Whoa, lu bikin gua hangin
Siot tul la
Amri, kau ada 2 pilihan
Tidur dengan senyuman atau tidur dengan dendam

Tuesday, November 17, 2009

pencinta senyap berkata-kata

Rindu, terjahlah jiwa dia
Biar dia tahu aku sedang tersenyum

Sayang, singgahlah di hati dia
Biar dia tahu aku sedang mengingini

Kasih, diami terus susuk dia
Biar dia tahu aku sedang memerlukan

Benci, jangan kau datang ke sini
Tangis, jangan kau huni kamar hati
Luka, jangan kau kacau rasa cinta


Nukilan,
Pencinta Senyap

Monday, November 16, 2009

hello, kawan!!


Nama dia kawan.
Kami rapat, tapi bukan kawan baik.

Beza kan?
Rapat sebab kami kenal sudah lama.
Tahun ni tahun ke-11 kami jadi kawan.
Tapi sekadar kawan biasa.
Tiada istilah baik di sini. Cuma rapat.
Selepas 11 tahun berkawan, masih ada perangai lama.
Bosan. Muak. Menyampah.
Umur tahun ini 24. Tahun depan 25. Ulang, 25!
Nak jadi budak-budak lagi?

Matang hilang ke mana?

Waras sembunyi di mana?
Fuh, aku memang perlukan udara bersih.
Udara bersih, kemari kau. Aku lemas dalam mainan kawan rapat ini.
Sensitif tak tentu pasal.
Terasa tak tentu pasal.
Hembur tak tentu pasal.
Bla.. Bla.. Bla.. Bla..


Aku marah.
Aku tak suka.

Tolonglah faham, boleh?

Aku perlukan lantai yang sempurna.
Untuk terus menari.
Biar cantik. Tak ada cela.
Tapi kenapa perlu kau sumbangkan langkah ini?
Kau tak ada kerja lain ke?
Kau bosan ke?
Jangan kacau aku dengan permainan kau.
Aku tak ingin turut serta.
Tapi ingat, kau takkan menang dengan aku.
Aku dah puas kalah. Aku ingin jadi juara pula.
Aku jemu biarkan kau dominasi.
Jangan terlalu gembira dengan kemenangan kau yang dulu-dulu.
Aku tak seperti dulu lah, kawan.
Kau cakap aku berubah kan?
Nah, biar aku terus berubah.
Aku nak berubah. Biarkan kau terus berkata-kata tentang perubahan.

Aku ingin ketawa sepuasnya.
Ah, malas nak layan.
Tolong, aku perlukan Big Apple sekarang.


Jom makan.

Sunday, November 15, 2009

selamat maju jaya 2

14 Oktober 2009, SMK Lepar

Moga kalian berjaya. Doa kami sentiasa mengiringi perjuangan kalian.


Pemberian yang tak seberapa dari kami untuk adik-adik perempuan


Pemberian yang tak seberapa dari kami untuk adik-adik lelaki


Atan, wakil lelaki memotong kek


Mereka mewakili pelajar perempuan

Perkenalkan, Atan


Bersama mereka sebelum pulang

Individu yang tidak merancang untuk berjaya bererti individu yang merancang untuk gagal.


Kita datang dengan harapan.
Kita pulang dengan kejayaan.

Kami sayang kalian semua.

selamat maju jaya 1

10 Oktober 2009, Kelana Jaya

Moga ibu dan abah dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna dan selamat. Amin.



Waktu check-in untuk bergerak ke KLIA


Selepas solat Maghrib


Selepas sekelian lama mengumpul duit untuk ke Mekah. Alhamdulillah.

Kami sekeluarga

Lambaian haji, lambaian yang penuh bermakna.
Penuh pengharapan.
Penuh kesyukuran.
Ada bahagia yang tersembunyi.


Moga selamat semuanya. Amin.

Friday, November 13, 2009

rindu

Cium tangan ibu, peluk ibu, ibu pesan " Jangan marah-marah." Aku menangis. Ibu pesan. "Jangan menangis." Aku terus menangis. Ibu cakap "Ibu maafkan dosa anak-anak ibu."

Friday, November 6, 2009

hujan oh hujan

Hari ini hujan lebat.
Aku malas bangun pagi.
Aku malas masuk pejabat.
Aku malas kerja.
Ok, hujan, teruskan turun.
Supaya aku dapat melayan kemalasan ini.

Tuesday, November 3, 2009

momen yang aku rindu

Aku tiba dengan harapan
Wajah-wajah mulus itu
Aku tenung dengan sejujurnya
Cuba untuk tidak membezakan
Sedaya upaya mencari titik persamaan
Kerana itulah asas perhubungan
Mata yang memandang
Telinga yang mendengar
Mulut yang berbicara
Hati menyimpulkan
Ah, pergi rasa marah itu
Pergilah sejauhnya
Aku tak merindui rasa itu
Aku ingin ikhlas
Aku ingin setia
Aku ingin jujur

Ok, mereka nakal
Mereka tak mendengar
Mereka tak memandang
Tapi mereka berbicara
Bukan dengan aku
Tapi bersama teman
Hanyutkan rasa marah sekali lagi
Aku tak perlukannya dalam arus rasa ini
Biar ikhlas jadi langit
Biar jujur jadi lantai
Biar senyum jadi udara

Mereka seumpama naskah agung
Aku belek
Aku baca
Aku fahami
Watak-watak yang hadir itu mencipta momen
Warna yang ada itu pelbagai
Itulah yang mencantikkan
Benar, aku rindu momen itu
Benar, aku menangis kerana momen itu
Benar, aku tersenyum kerana momen itu
Benar, aku ketawa kerana momen itu
Benar, aku inginkan momen itu berulang
Ah, aku terlalu bermimpi

Untuk teman-teman semua (Azri, Rizal, Fazli, Lutfi, Nadiah, Jaliah, Dayah Bahari, Dayah Sapeai, Dayat, Adik Dayat, Mastura, Dila, Hasanah, dan Zeti), terima kasih untuk momen-momen yang sempat kita cipta selama tiga hari di sana. Ampun maaf andai terkasar bahasa dan sebarang khilaf.

entri ini hanya untuk mengisi masa lapang

Atan: Abang, salah ke kalau jadi musician?

Aku: Tak salah.

Atan: Tak salah eh?

Aku: Tak. Tapi kena tahu batasan. Jangan lupa Allah. Atan nak jadi musician ke? Guitarist? Atan ada band?

Atan: Itulah yang Atan minat sebenarnya. Tak ada band. Selalu ikut abah.

Aku: Abah ada band ke?

Atan: Ha,ah. Selalu ikut abah main muzik dengan kawan-kawan dia.

Aku: Nanti dah habis SPM, boleh ambil jurusan muzik. Tapi jangan sampai lagha.

Atan: Eh, tak. InsyaAllah.


Entri ini wujud sebab aku teringatkan Atan. Atan, selamat maju jaya untuk SPM yang dah tak lama. Nanti abang datang jumpa Atan ok. Miss you.

Monday, November 2, 2009

abang sayang kamu.

Malam itu, terlalu laju air mata aku mengalir. Seolah sungai yang deras, aku tak mampu mebuang rasa hiba dan simpati. Rayuan dan tangisan itu terlalu ikhlas dari hati seorang remaja belasan tahun. Belum pernah pun ada sesiapa yang merayu dan menangis sambil melutut meminta maaf pada aku.


Dia: Abang, tolonglah jangan balik. Tolonglah. Saya merayu. Saya tahu saya tak berguna.

Aku: Jangan cakap macam tu.

Dia: Tak, saya memang tak berguna. Saya selalu buat mak dengan abah risau. Saya derhaka pada mak dengan abah. Dah setahun saya derhaka pada mak dengan abah. Saya tak pernah rasa rindu dekat mak dengan abah. Saya memang tak berguna.

Aku: ......diam....

Dia: Abang pukul je saya. Abang tamparlah saya. Saya tak kisah. Tapi abang jangan pergi. Tolonglah bang. Saya merayu. Tolonglah. Saya tak pernah merayu pada mak dengan abah macam ni. Saya tak pernah minta maaf pada mak dengan abah macam ni.

Aku: Bangun. Tak baik macam ni. Tak elok.

Dia: Saya takkan bangun selagi abang tak berjanji abang takkan pergi. Abang jangan balik. Tolonglah. Saya tak pernah rasa kasih sayang seorang abang. Saya dah anggap abang macam abang saya. Saya pernah mimpi saya dapat seorang abang. Tolonglah.


Selama lebih sejam, dia terus meluahkan segala-galanya. Semua isi hatinya diluahkan. Dua kali dia melutut, aku menjadi semakin lemah. Aku menjadi semakin sakit dengan perasaan itu. Tanganku digenggam erat olehnya seolah-olah tak ingin melepaskan. Tangisan yang lebat menjadi saksi sekeping hati yang terlalu inginkan kasih sayang. Cuma dia alpa dengan kehidupan.


Dia: Tadi abah datang. Abah cakap "abah sayang kamu."