Sunday, November 30, 2008

bosan yang tak bosan

Semalam adalah hari bosan yg paling x bosan. Bangun tido,punyelah x tahu apa nak buat. At last, i've decided tuk gi klcc. Apa lagi,tengok wayang la. Ala, suraya ni. Nak ikut tapi ada masa lagi nak tolong abg technician tu. Ces!!! Scandal baru nampak. Tak pasal2 aku kena gi klcc dulu. Perut dah la lapar gila. Lapar gila sial!!! (hanya kami yg faham..) Sampai kt klcc, sume tempat mkn full house. DAMN!! Perut dah lapar ok!! KFC full. Food Court full. Nandos full. Delifrance full. A&W full. Apa aku nak mkn?! Lalu depan Secret Recipe. Yes!! Ada seat kosong. Terus duduk, order makanan. Tapi aku rasa mcm org baru putus cinta. Yelah, makan sorg2. Tak habis lak tu makan. Cit!! Lantak lah.

Naik atas nak gi tgk schedule wayang. Suraya masih belum sampai. Ni kalau tengok 2 movies ni layan gak. Balik uia pun bukan ada apa nak buat. Terus beli tiket tuk Twilight & Igor. Tak lama pastu, cik su sampai. Maka kami pun tgklah 2 movies smlm. Hajat utama keluar selain nak tgk wayang, nak cari jam tgn sbrnya. Alih2, jam tangan tah ke mana. Balik bilik dekat kul 12. Best ni dapat tido. Akhirnya pukul 7 am baru bangun. Dan hari ini akan tercipta satu lagi hari yg penuh kebosanan.

Saturday, November 29, 2008

aku masih lemah

tahun 2008 hampir di penghujung..tinggal lagi sebulan seblm kita semua melangkah ke era baru..tahun nie byk mengajar aku erti sebuah pengorbanan dan persahabatan..saat aku dipandang nista,aku tahu ada mata yg memandang yg cuba untuk mengembalikan keindahan yg pernah hilang..diuji bukannya satu perkara yg hina..Tuhan x akan memberi ujian pada hambaNya seandainya hambaNya x mampu menghadapinya..

pada ketika ini,aku mengharapkan satu sinar yg terang yg mampu untuk menerangi mereka yg kurang senang dgn apa yg aku miliki hari ini..aku cuba untuk menepis segala kesangsian,tapi ternyata Tuhan masih mahu menguji hambaNya yg serba kekurangan ini..Ya Allah ya Tuhanku,padaMu aku memohon,padaMu aku berserah..andai ujian yg Kau timpakan pada hambaMu ini mampu meningkatkan imanku padaMu,Kau teruskanlah..

di mana pun aku berdiri,aku tetap seorang insan yg selalu leka dgn dosa yg sering mendatangkan nikmat..aku cuba buang segalanya yg aku sendiri tahu tiada sinar di penghujung ceritanya..tapi aku tetap menanti untuk sesuatu yg takkan bisa dimiliki oleh insan di dunia..

aku tahu aku bukanlah manusia yg hebat,atau manusia yg mulia,tp aku cuba untuk memperbaiki segala kekurangan dan segala kejahilan yg ada dlm diri ini..aku pernah terleka dgn kehidupan,dan mungkin aku masih terleka dgn dunia yg penuh tipu helah ini..aku pernah sanggup bergadai demi kepuasan diri sendiri yg aku sendiri tahu pada pengakhirnya aku sendiri yg terhimpit..Ya Allah ya Tuhanku,Kau hidupkan aku di atas muka bumiMu ini dlm Islam,Kau keluarkanlah aku dari muka bumiMu ini juga dlm Islam…amin.

Wednesday, November 26, 2008

kliff 2008

KLIFF - Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2008..banyak story sepanjang aku join KLIFF.For the 1st timer cam aku,mmg aku xkan lupakan perkara2 yg menarik dan kurang menarik yg berlaku sepnjg hampir semggu aku jadi sekretariat..penat!!!tapi berbaloi dgn pengalaman2 yg best dan best dan best..

1)KLIFF buat aku dpt kawan baru..kawan yg langsung xpernah bertegur wpun 1 UIA..ada yg pernah nmpk..ada yg xpernah nmpk..kat KLIFF kami jadi kawan.sampai dah abes KLIFF,kami masih berkawan dan masih blh ketawa sama2..kat sinilah aku mula kenal MUAZ dan SYU..

2)KLIFF buat aku bertambah rapat dgn kawan2 aku yg mmg dah jadi kawan aku sebelum nie..NUZUL,KAK SU,JIJAT..buat pertama kalinya kami berprogram bersama2 hampir semggu lamanya..dan selama itulah kami bergelak ketawa yg secara tak lagsung kami jadi lebih shokshek..

3)KLIFF mencetuskan skandal2 yang mcm lebat..walaupun sekadar hiburan,tapi cukup utk menghiburkan hati kami semua..kami ketawa kerana cerita2 skandal yg sengaja diadakan..hanya kami yg faham!!!

4)KLIFF buat aku faham mcm mane sebuah company yg buat event management organize a very big event..belajar atau mengajar??!!hanya kami juga yang faham maknanya..

5)KLIFF bagi peluang aku kenal sorg kakak yg sporting..yg mmg suka gelak.yg terpaksa masuk dlm skandal ciptaan kami..KAK SITI..

6)KLIFF menjadikan tangan2 kami calar dgn kesan luka di sana sini..walaupun kecik2 je,tapi bila dihitung satu persatu,mmg pedih jari kalo mkn nasi berlaukkan tomyam..berkerja dgn file dan kertas yg sgt banyak tu,perkataan HATI-HATI tu seperti x pernah wujud..

7)KLIFF bagi aku peluang utk menginap di hotel 5-star selama hampir semggu..utk gi sndr,mmglah blm mampu..makan sushi tiap2 hari..mmg faveret aku tuh..

8)KLIFF adalah saat2 perasaan dan jiwa aku sgt menderita..perasaan itu sgt menyakitkan dan memedihkan..kekuatan yg aku cari utk menghapuskan perasaan itu kadang2 hilang di sebalik kesibukan berkerja sekaligus kadang2 membuatkan aku terdiam dan lebih senang membisu..hanya gurauan yg menjadi topeng utk perasaan itu..


aku bersama jijat on the 1st day

kak su dan nuzul

secretariats from IIUM

amri,jijat,nuzul,kak su

from right: amri,kak su,nuzul,syu,kak zihan,atim

kami mmg suka menggoda

aing g-u-z-z-l-e

aing yg mmg selalu sengal dgn gayanya

Happy belated birthday aing g-u-z-z-l-e..aku rasa mcm bangang je sbb aku lupa bday ko aing..merepek tul..sampai la ko ingatkan aku..damn!!!tapi aku tetap sayangkan ko sbgi kawan aku yg dah byk sgt kongsi luahan dgn aku..n smlm ko called aku smpi 2jam jugakla..kita shared mcm2 story yg kadang2 mengundang dosa sesama kita..hehehe..apa pun,aku hargai semuanya yang dah kita lalui bersama..mcm2 story yg kita dgr..ada best,ada xbest..smpi ada org yg x suka kat kita..so what??!!!bullshit!!!!do we care?!!or do they care a lot??!!aku bersyukur dpt kenal ko..kita kawan smpi bila2 ok!!!

nak terbang lebih tinggi

kenangan kita di langkawi

aku rindu saat-saat ini

perasaan Itu

Perasaan itu aku pendam
Tapi aku sendiri tertanya-tanya
Kenapa aku mesti begini
Meniti hari yang terbentang
Dalam senyum yang memaksa

Perasaan itu buat aku kecewa
Aku ingin buang semuanya
Semua yang mengecewakan aku
Tapi aku masih tidak mampu
Tuhan,berikanku kekuatan

Perasaan itu satu kesunyian
Mengapa susah untuk menzahirkannya
Mengapa takut berdepan realiti
Aku masih seorang manusia
Yang masih keliru dengan kehidupan

Perasaan itu menjerat perasaan ini
Aku ingin lari bebas
Kaki aku kaku untuk melangkah
Deritanya jiwa ini menggugat keimanan
Aku cuba untuk pasrah

Perasaan itu menambah kekosongon
Apakah erti perasaan itu
Aku sendiri masih mencari jawapannya

Wednesday, November 12, 2008

kenangan secret recipe

straight to the point..

semalam secret recipe buat promotion..

BUY 1 WHOLE CAKE, FREE I WHOLE CAKE!!!

aku keluar dgn fifi.lepas karaoke kat sogo,nak balik,hati makin berkocak2 nak beli kek tue.terus aku n fifi gi beratur kat SR.panjang sungguh kena beratur.tapi,kitorg mmg xde duit sbnrnya.bila dihitung kitorg ada duit rm40 je.padahal kek tu more than rm70.tp kitorg gatal gak nak beratur.sbbnya...

"kita doalah ada budak uia lalu.boleh kita pinjam duit dia."itu kata fifi yg diulang utk bbp kali.

tunggu punya tunggu punya tunggu,xlalu sorg pun budak uia.beratur dah lebih kurang 2ominit,tibe2..

"kak ruby!!!!"fifi menjerit.

xperlu cerita panjang lebar kat sini.dapatla rm30.dah beratur x cukup lagi duit.kan harga lebih rm70.dlm bank fifi ada rm20 lagi.cukup sbnrnya.tp xle nak withdraw sbb sume atm kat situ dlm gandaan rm50.

"abg sopi pinjamlah kat abg yg depan abg sopi nie."arini fifi mmg byk idea.

"ok.jap.dia tgh amek oder kek."

baru je nak mintak ngan abg kat depan (konon nak wat muka kesian),tibe2 pekerja SR dtg.

"bang,harge kek plus tax bape?"aku tanya.

"rm73.50."dia jwb dgn sedikit penjelasan yg x penting pun sbrnya.

yes,cukup duit.itupun setelah dikorek duit syiling yg ada.akhirnya dptla kami beli 2biji kek SR dgn harga sebijik kek.daripada duit xde,akhirnya kami dpt jugak beli kek SR.alhamdulillah..

pasni jgn lupa bayar hutang ye!!!!!

Wednesday, November 5, 2008

kenneth COLE

Semalam di FE Parfume..

"Kak,Kenneth Cole 50 mil nie berapa ringgit?" Soalan ni saja je bertanya walaupun dah tau harga dia berapa coz last week one of my friends [nama dirahsiakan..('',)] beli perfume nie.

"RM 99." Salesperson kat FE tu jawab sambil menunjukkan muka yg sgt berminat. Well, mestilah dia berminat. Customer kot!!!

"Haa,murahnya. Last week kawan sy beli kat JJ 50 mil, RM 129. Kalau yg 100 mil, RM 249. Kak, 100 mil berapa ringgit?" Aku nak kepastian. Terkejut la aku dengar harga yg sgt murah ni.

"RM129. Kita ada promotion sekarang ni. Tinggal 2 kotak je." Kakak tu bagi penerangan. Tak ubah macam seorg cikgu bagi penerangan dalam kelas.

"Abg Sopi, beli la. Murah ni." Fifi cuba menghasut.

"Kejap lagi kitorg dtg lagi ye kak" Aku kena pergi mendapatkan duit dgn kadar segera. tak boleh lepaskan. Perfume yang aku nak, harganya sgt murah. Kena dptkan ni.

15 minit berlalu...

Sampai kat kedai perfume tu, aku tak beli terus. Aku dan Fifi tanya pasal perfume lain dulu. Kononnya nak bermesra dgn kakak tu lah. After 10 minutes, barulah keputusan diambil.

"Kak, kasi yang 100 mil ni."

Aku balik dari kedai perfume tu semalam dgn perasaan berbunga-bunga. Sebotol lagi perfume baru aku beli. Rasanya baru aku beli masa nak Aidilfitri bulan lepas. Tak sampai sebulan setengah, aku beli lagi. Aku tahu, aku sekarang dah addict beli perfume. Thank u Fifi sebab kita sekarang berkongsi minat yang sama. Hehehehehehe..

Oh ya, sebelum melangkah keluar dari kedai tu, Fifi dgn bangganya;
"Kak, nanti kitorg kahwin, kitorg dtg beli perfume dekat sini."
"Bila nak kahwin?" Kakak ni melayan dan percaya la pulak.
"Lambat lagi kak. Kitorg study lagi."
Oh, kitorg memang takkan berkahwin bersama. Heee

Monday, November 3, 2008

P.E.N.A.T


Aku penat..
Dengan orang-orang yang hipokrit

Aku penat..
Dengan orang-orang yang cakap besar

Aku penat..
Dengan orang-orang yang kononnya suci

Aku penat..
Dengan orang-orang yang kononnya tak buta dan tak tuli

Aku penat..
Dengan orang-orang yang kononnya ada idea yang hebat

Aku penat dalam kepenatan yang mereka cipta.