Friday, December 3, 2010

see foot bee bee

Aktiviti yang sungguh mengghairahkan ini sebenarnya dah lama sangat terpendam dan tergendala. Antara penyebabnya, tak tahu kat mana kedai yang hodoh ini tersembunyi. Serius hodoh kedainya. Buruk. Tak cantik. Haa, bagi semua kata-kata nista pada kedai ni. Lupa nak ambil gambar kenangan kat kedai hodoh ini. Tapi, itu kedainya. Makanannya? Oh, tukang masak. Kenapalah sedap sangat anda memasak? Kenapa? Kenapa? Mahu pergi lagi.
Tak perlu cakap banyak. Tengok saja gambar-gambar yang sungguh bernafsu besar ini. Moga terangsang dengan godaan-godaan dasyat ini ya.


Ini udang yang besar. Lupa masak apa. Ada rasa garlic.


Ini pelakon utama. Tepuktepuktepuk. Masak apa pun aku tak tahu. Tapi ada bunyi daun kari. Belasah saja.


Lala masak tak tahu juga. Ada bunyi halia. Aku memang gagal untuk jadi pengulas makanan.


Habis dinodai dan dirogol oleh manusia-manusia yang sangat lapar dan gersang. Ahhh.



Tengok, punyalah dasyat menodai makanan-makanan itu. Apa barang pakai sudu. Menyampas!

Sunday, November 7, 2010

patah tak berganti

Lebih kurang 2 atau 3 minggu lepas, kami bertemu. Itu setelah beberapa ketika tidak bersua. Jarang seorang sahabat ini berkumpul bersama teman-teman yang lain. Bukan kerana sombong, tetapi itulah sisi si dia. Lebih senang berada di rumah. Tiba waktunya, kakinya melangkah ke masjid. Mulia sisinya sebagai seorang hamba Allah.


Mengenali si dia sebagai seorang sahabat, nyata ia sebuah pengalaman yang terlalu mahal. Untuk melihat si dia meninggikan suara, entah siapa yang pernah melihatnya. Setiap gurauan, akan diakhiri dengan ungkapan maaf. Tenang. Bersahaja. Tidak lokek untuk berkongsi rezeki. Tiada rasa riak dalam dirinya. Baginya, kita semua manusia yang sama di sisi Pencipta. Iman itu, nyata membezakan kita.


Tanggal 5 November 2010, si dia mengucapkan salam terakhir. Tiada lagi senyuman di bibirnya. Tiada lagi madah-madah nasihat yang selalu dilayangkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Sukar rasanya untuk kehilangan seorang sahabat. Mengejut. Tetapi apakan daya, janjinya dengan Penciptanya itu sudah tiba. Si dia pergi meninggalkan semua yang disayangi untuk selama-lamanya.

Moga cahaya sentiasa menemanimu di alam sana. Agak sukar untuk kami menerima kenyataan ini. Tapi sebagai hamba yang selalu percayakan ketentuan Illahi, kami reda atas pemergianmu. Moga doa kami akan menjadi sahabatmu di sana. Moga segala kebaikan dan kemuliaanmu akan sentiasa mendampingimu. Amin.

Allahyarham Ismail Naqiuddin bin Hamdan

(1985-2010)

Alfatihah.

Wednesday, November 3, 2010

mahu


bangun pagi itu
entah mahu senyum
entah mahu muram
wajah itu masih di hati
suaranya masih di telinga
gelaknya masih basah
perlahan
tapi sungguh damai
mahu senyum
sebab rindu
mahu juga muram
tepuk sebelah tangan
hati lagi berkecamuk
mahu kata jangan
tapi nafsu terus mengingini
mahu kata tidak
rindu membuak-buak


tatap gambarnya
ada senyuman terukir
oh tuhan
indahnya mukanya
meroyan sebentar
mahu di sisinya
mahu dipelukannya
mahu disayanginya
mahu dicintainya
mahu selamanya bersamanya


sungguh mahu terus senyum
sungguh tak mahu muram
tolong, aku perlukan dia!

cuti saya

Bila bercuti lama sangat, semangat kerja itu memang hilang. Banyak. Memang tak tipu, fikiran ini melayang-layang teringatkan Kuantan dan yang ada kaitan dengannya. Bila semangat tak ada, nak makan pun tak punya perasaan. Nak buat kerja pun terpaksa memaksa diri. Oh, boleh tak nak cuti lagi lama? Oh, bolehlah bos. Bos baik. Haip, cuti lama-lama, habis orang lain tak nak cuti lah?

Cuti tempoh hari banyak jalan-jalan. Seronok. Sungguh. Asalnya mahu ke Pekan untuk menikmati apam balik yang lazat. Tangguh sebab dah janji dengan Faiz nak tengok wayang. Sebab dia dah sampai di ECM, perancangan bertukar. Jom tengok wayang. Tiba-tiba buntu sebab tak tahu nak tengok filem apa. Faiz nak sangat Takers, layan. Mantap. Tak sia-sia RM9. Serius. Ini Sabtu punya cerita. Ah, terkenang nasi kandar di pelabuhan. Nak. Nak. Nak. Memang terbaik lah kak! Sedap dan lazat. Tepuktepuktepuk.

Ahad bangun awal sebab nak ke Temerloh. Zamil dah jadi Encik Suami. Tahniah Encik Suami. Orang lain beratur panjang-gila-ramai-orang. Nak makan lah maknanya. Ramai sungguh umat yang dapat makan percuma. Jimat duit. Berpahala sungguh tuan rumah. Ok, kami dengan bangganya disuruh makan di meja tengah. Tak payah berpeluh nak beratur. Tak payah nak lenguh kaki sebab nak makan nasi minyak percuma. Semua terhidang. Terima kasih ayah Zamil. Jasamu disanjung-sanjung, dijunjung-junjung.

Kemudian ke Jerantut untuk ke kenduri Majid. Sebelum itu singgah di SBPI Temerloh. Sakinah nak kirim barang. Sampai rumah Majid, Faiz dengan yakinnya "Ha, park kereta dekat situ." Keluar dari kereta, terima kasih kepada encik tanah. Memang kena ada orang tolak lah lepas ni. Sampai sekitar jam 2.45 petang. Dah nak tutup dah kenduri. Meja pengantin dah dalam proses dicabut. Habis makan, salam-salam, menuju ke kereta. Sah, kena tolak. Sian korang kena tolak. Korang memang hebat dan gagah. Uff.

Kereta kotor gila. Pergi kedai, cuci. Habis cuci, terus balik rumah Faiz. Sebab penat, aku terus beradu atas katil. Sebab tak larat, baliklah Kuantan esok. Esok tu Isnin lah. Malam tu ke Temerloh ambil seseorang di sana. Makan di Mentakab. Perjalanan balik ke Jerantut semula, aku dah selamat bermimpi dalam kereta.

Esok sebelum balik, singgah Pusat Kutipan Zakat, Jerantut. Terimbas kenangan lama. Dulu kan aku pembantu pegawai zakat. Sekarang dah dipanggil, Perunding Zakat. Cayalah. Pukul 245 petang, balik menuju ke Kuantan dengan senyuman yang sangat indah. Cuti kali ini memang sangat lazat.

Pulang ke KL jam 930 malam, Selasa. Sebelum pulang ke tempat mencari banyak suap nasi, menuju ke Pusat Kutipan Zakat, Kuantan. Rindu. Serius. Andai dapat diundurkan waktu, aku ingin kembali ke zaman itu. Tiada sesalan yang berbuku di hati. Aku bahagia di situ. Teringat kata-kata seorang guru bilamana beliau tahu aku bekerja di situ suatu ketika dulu, "Terjagalah sikit kan kerja kat sini." Aku rindu.

Friday, October 22, 2010

saya demam

Tekak ini memang dah lama sangat tak dibasahi dengan air berais. Entah apa mimpi, dua hari berturut-turut aku mengalami virus-minumlah-air-berais-wei. Hari rabu malam menuju ke UIA untuk mesyuarat-lah-sangat-kan. Kemudian ketemu sama Nahdi. Pergi lepak bilik budak post-grad ini. Dia belanja minum air jus epal. Gelas tu besar. Makanya, aisnya pun banyaklah. Haih. Pulang ke rumah, memandu dalam keadaan kurang selesa. Sepertinya perut ini dicucuk. Ok, ini cerita rabu yang punya.

Ini cerita Khamis pula. Pulang dari kerja, dengan gigih menuju ke Wangsa Walk. Gila sangap nak membaham Popeyes. Terus mintak Sprite. Ais yang banyak juga. Bongok tul minta air sejuk.



Akibatnya, hari ini demam. Memandu ke pejabat dalam keadaan terpaksa. Sangat memerlukan hot coffee. Tolong!

Tuesday, October 19, 2010

senarai nafsu

Tajuk entri bunyinya seakan lucah. Oh, tidak. Ini masih dalam lingkup umum. Belum masanya lagi untuk jatuh ke hukum 18sx. Kerja, memang rasa menyapah. Kadang kala-lah. Kerja jadinya hebat bila kita mampu memuaskan nafsu serakah sendiri. Syiok. Serius tak tipu. Dulu sekadar memandang tepi-tepi. Sekarang, rezeki Tuhan memang tak ternilai harganya. Alhamdulillah. Ini nafsu-nafsu yang berjaya dipenuhi dan yang akan dipenuhi. Sangap sungguh. Ohh.





Nafsu 1- Komputer riba. Baru disambar. Ok, tak baru sangat. Tapi nafsu ini berjaya dipenuhi.


Nafsu 2- Kamera. Sekian lama asyik makan hati tengok keasyikan manusia lain guna, akhirnya berjaya juga nafsu ini dipenuhi.





Nafus 3- Kereta. Katanya minggu ini akan diserahkan kuncinya. Doa-doalah supaya ia jadi nyata. Amin.





Nafsu 4- Telefon bimbit. Damn betul Nokia. Saja keluarkan model baru yang cambest. Hmm, bulan depan bolehlah kan? InsyaAllah.



Nafsu-nafsu yang sungguhlah dipenuhi dengan karakter dunia. Haih.

Monday, October 18, 2010

kahkahkah

Aku pun bukan manusia yang terlalu hidup dalam hukum-hakam yang Tuhan memang tentukan sejak sekian lamanya. Dosa, itu mungkin perkara yang seakan sebati. Kalau tak besar, yang kecil dan picisan itu barangkali selalu terjebak. Manusia, memang mudah lupa. Oh, bukan Melayu mudah lupa. Tapi manusia mudah lupa.

Tapi sebagai manusia yang mudah lupa, tak usah melenting bilamana ada yang menegur secara berhemah. Kalau tak ada hemah pun, apa yang salah tetap salah. Jangan pula ego untuk membaik pulih kecacatan hanya kerana susuk tubuh yang menegur itu kurang hemahnya.

Dan aku memang ada rasa benci yang meluap-luap bila ada suara-suara bangsat yang dengan tiada rasa salahnya berkata;

"Aku bukan budak sekolah agama. Lainlah kau."

Kau fikir, Tuhan turunkan hukum-hakam hnya untuk manusia-manusia yang pernah dan sedang bersekolah di sekolah agama? Kau memang melucukan. Boleh aku ketawakan kau? Kahkahkahkah..

Thursday, October 14, 2010

benci

Manusia ini kalau mencanang cerita busuk, memang juara. Ke mana pun pergi, akan dikhabarkan berita ke segenap alam. Supaya semua tahu, manusia yang kononnya jahat sedang membuat mungkar.

Cerita busuk ini bermula dari mulut manusia ini. Bila akhirnya, manusia ini menafikan. Sepertinya manusia ini juga adalah mangsa penipuan. Licik, bukan?

Kerana terlalu mendengar, mausia sekeliling lupa mencari kebenaran. Hanya mendengar. Sekali sekala mencelah. Menambah garam. Sedikit cuma.

Terfikir juga, apa tiada lagi sosok yang boleh dipercayai? Hatta diri sendiri. Yang akan memberi kehidupan yang penuh kecantikan.

Dan kini, aku dibenci. Pedih bila dibenci atas kepalsuan manusia lain. Sakit bila dibaluti kata-kata nista. Barangkali Tuhan itu sayangkan hambaNya ini yang penuh dosa. Diberikan rasa benci yang membaluti, supaya di hujungnya akan ada kehidupan yang cerah. Kalau pun tak sempurna, ia masih indah.

Wednesday, July 21, 2010

aku sedih dengan mereka

Hari Khamis minggu lepas adalah hari aku mengamuk dalam kelas. Apa kes kan mengajar tuisyen pun nak mengamuk. Kan budak-budak yang datang kat situ bayar untuk khidmat mengajar ni. Duit gaji tu hasilnya datang dari yuran mereka. Baiklah. Itu memang langsung tak diambil endah oleh aku yang memang kerek ni. Kau bayar. Tapi kau bukan raja, wahai para pelajarku.

Aku sampai tempat tuisyen dalam 7.45. Terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Keluar dari bilik air, ada 4, 5 orang di hadapan bilik air.

Aku: Ni dah solat belum?

Salah Seorang: Macam biasalah cikgu. Tak.

Aku: .....(terkesima dengan jawapannya). Macam manalah ilmu nak berkat kalau solat pun tak.

Mereka: (tanpa rasa bersalah, ketawa.)

Barangkali mereka fikir aku sedang membadutkan diri. Apakah? Nanti cikgu masuk Raja Lawak ya, wahai pelajar-pelajar kesayanganku.

Dalam kelas, seperti biasa yang akan datang awal ke kelas hanya 2 orang. Annie dan Tiang. Keduanya pelajar yang memberi tumpuan dan keduanya pelajar kaum Cina yang memang disenangi oleh aku. Mereka tak pandai, tapi mereka memberi tumpuan. Jawapan mereka tak semua betul, tapi mereka tak pernah tak buat latihan yang aku bagi. Dan mereka tak pernah lewat. Pelajar Melayu? Sampai lambat. Latihan memang tak buat. Sampai kelas, keluar makan dulu. Sampai kelas, main.

Aku: Simpan handphone sekarang!

Pelajar Melayu Perempuan: ...... (terkebil-kebil sambil terus pegang handphone.)

Aku: Simpan sekarang! Kalau datang tuisyen nak main, keluar sekarang. Balik!

Pelajar Melayu Perempuan: (buat muka, dan simpan.)

Ingat aku kisah dengan muka dia yang tak cantik mana tu. Serius, aku tengking sampai menggeletar tangan aku. Normal bagi aku kalau terlalu marah memang menggeletar tangan aku. Itu tandanya aku memang terlalu marah. Banyak cantik kau. Datang tuisyen nak bergalak la kan? Tapi pelik. Memang budak perempuan ni memang entah apa-apa. Main. Menjawab. Senyap dia hari tu.

Tengah melukis rajah kuboid bersambung separuh silinder ( topik Solid Geometry), seorang budak mencelah. Konon comel lah tu. Tak pun.

Pelajar Melayu Lelaki: Cikgu lukis keranda ke?

Aku: (terkejut). Nanti kita mati, dalam ni lah kita duduk.

Pelajar Melayu Lelaki: (ketawa)

Aku: (sambil melukis) Macam manalah kalau kamu semua mati kalau tak solat?

Pelajar Melayu Lelaki: Ala, bunuh diri lah.

Aku: (terkejut tahap maksima) Bunuh diri langsung tak masuk syurga.

Pelajar Melayu Lelaki: Insaf! Ala, kita buat rombongan bunuh diri.

Aku: (tak terluah kata-kata.)


Mentaliti bodoh macam ni rupanya menyelingkari pemikiran anak muda Melayu di tempat tuisyen tersebut. Nauzubillah.

Moga Allah lindungi kita semua. Ya Allah ya Tuhanku, hidupkan kami dalam Iman dan Islam. Matikan juga kami dalam Iman dan Islam. Amin.

Monday, July 19, 2010

mulut orang bijaksana berkata-kata

Orang Paling Baik: Itu semua yang nak pergi bagi bantuan tu bukan ikhlas tu. Nak nama semua tu.

Orang Paling Jahat: Apa kau cakap macam tu. Mana kau tahu mereka tak ikhlas?

Orang Paling Baik: Kalau mereka ikhlas, Allah akan tolong mereka. Tak ada lah nak kena serang dengan tentera Israel. Tak ikhlas lah tu. Nak nama. Nanti balik boleh dapat pangkat Datuk. Orang kat Malaysia ni ramai lagi yang dalam kesusahan. Kenapa tak nak tolong di tempat sendiri? Kenapa nak pergi jauh-jauh? Tak ikhlas lah tu.

Orang Paling Jahat: .......................................

Monday, July 12, 2010

pengumpat tegar

Jumaat lepas aku pulang ke Kuantan, seperti minggu-minggu yang sudah. Cuma kali ini, keinginan untuk memandu terbantut jadi keputusan paling tepat, pulang sebagai penumpang bas ekspres. Sengaja mahu mencari pengalaman menaiki bas di Bukit Jalil. Untuk ke Bukit Jalil, dengan tabah aku menunggu teksi di hentian bas di Bukit Indah. Ok, ada 2 orang remaja perempuan sedang berbual-bual. Dari gaya percakapan yang sungguh, hmm, baik jangan disebut perkataan itu, aku yakin mereka dalam lingkungan umur 12-13 tahun. Muda lagi. Aku tak tertarik pun dengan gaya pakaian mereka yang kononnya remaja gila lah. Rambut berkarat dengan sekali sekala jari menguis rambut di dahi. Oh, sungguh, hmmm sekali lagi jangan disebut perkataan itu.

Yang menarik perhatian aku, adalah butir bicara mereka. Adik, baliklah rumah baca buku. Tolong mak ayah ke.

Adik A: Eee, aku tak fahamlah kenapa lah si Aleeza (bukan nama sebenar) tu suka sangat warna pink. Hari jadi dia nanti dia nak suruh semua orang pakai pink. Ish, pink, pink, pink. Buatlah hijau ke.

Adik B: Yang lelaki?

Adik A: Dia suruh pakai hitam. Dia cakap cutting baju perempuan memang sesuai pink aja. Kalau tak pakai pink, dia malas layan.

Adik B: Saya dah cakap kat dia saya taknak pergi.

Adik A: Saya pun taknak pergi.


Hmm, pasal warna pun nak bikin kecoh ke adik? Mengumpat lak secara kuat-kuatan dan besar-besaran. Adoyai.


Adik B: Depan rumah saya tu ada orang gila.

Adik A: Eee, saya tak fahamlah dengan polis ni. Yang takut sangat nak tangkap isteri dia yang gila tu kenapa? Dah pintu tertutup, pecahkan jelah pintu. Ala, nanti kalau orang tu minta ganti rugi, berapa sangat lah. Setakat beribu-ribu tu, bagi jelah.


Masa depan adik A memang cerah sebagai peguam hebat. Adik A memang banyak betul celotehnya. Adik B sekadar mendengar. Sekali sekala turut memberi pandangan yang sangat bernas. Aku terfikir, memang kaum hawa dilahirkan sebagai pengumpat tegar ke? Atau hanya adik-adik ni saja yang mempunyai hobi untuk mengumpat sedari umur kecil lagi?

Aku pun mengumpat.

Thursday, July 8, 2010

rindu

Aku memang betul-betul kecewa dengan seorang kawan. Makin renggang jadinya perhubungan. Sedih, sepertinya semakin diabaikan. Penat pula menjadi seorang kawan yang kononnya baik hati asyik nak ajak kawannya pergi tengok wayang, makan, lepak, jalan-jalan, dan apa-apa sajalah. Tapi setiap kali diajak, sama je jawapan yang diberi;

"Kawan aku ajak keluar."


Aku makin merindui seorang kawan ini. Tapi hati itu seperti kaca. Jangan dilambung sesuka hati. Takut jatuh nanti memang berderai la pecah kan? Kalau dicantumkan sekalipun, mana mungkin boleh jadi seperti yang sebelumnya. Dan, kaca sudah pun berderai kini. Terima kasih.

Tuesday, July 6, 2010

saya datang semula, encik blog

Sejak bekerja di tempat baru, blog ini semakin diabaikan. Maaf ya wahai Encik Katarsis. Kamu dilupakan. Jahat itu Encik Dadidai. Buka blog dan, oh, adakah betul ada 18 pengikut? Tak pernah tahu. Tiba-tiba rasa seperti mahu meraikannya dengan daun saderi. Ya, tak perlu rasa teruja-gila-padahal-takda-menda-pun sebab blog orang lain berpuluh-puluh pengikut. Beratus-ratus pun ada. Beribu-ribu pun ada. Kot. Ah, biarkan. Teruja, teruja, teruja.

Ok, bila sebut tentang kerja sungguh aku langsung tak teruja. Cik Ain Guzzle, kalaulah semua orang memahami kan? Katakan apa saja, aku telan. Aku sekarang dalam situasi menyedapkan percakapan supaya mereka di sekeliling tidak menganggap aku bodoh. Yelah, bodoh kan sebab perkara enteng saja. Itu mungkin kata mereka. Aku semakin merindui zaman normal yang walaupun tak mewah kehidupan, tapi aku bangun setiap hari dengan senyuman. Aku merindui zaman pergi kerja jam 7.50 pagi dan sampai di pejabat jam 7.55 pagi. Aku merindui zaman pulang kerja jam 5.00 petang dan sebelum jam 5.30 petang aku sudah lena beradu di atas katil. Aku merindui zaman berhibur selepas penat bekerja tanpa perlu risau "alamak, esok kena bangun awal sebab takut tersangkut dalam kesesakan jalan yang sedang beraya dengan kenderaan." Jadi aktiviti selepas waktu kerja adalah karaoke, tengok wayang, makan kat Jelita @ Coffee Street, lepak di Teluk Chempedak, dan sebagainya. Tapi semuanya hanya mampu dirindui. Tertekan.

Aku sering kali mendapat mesej dari rakan-rakan, "Ok ke kerja tempat baru?" Ok, boleh tak jangan tanya lagi soalan menyampah-tapi-korang-memang-patut-tanya ni? Aku dah banyak menipu orang ramai. Tangkaplah saya, cepat. Saya sudah mula enak untuk menjadi penipu. Enak? Abaikan. Tapi macam makan nasi putih, ikan panggang beserta budu. Cik Ain pasti berkecuran air liurnya. Air liurnya berkecuran dia.

Banyak gambar yang ingin dikongsikan bersama. Beberapa puisi, eh ke sajak, yang ingin diluahkan. Tunggu aja, ya. Mesej ini khas untuk 18 pengikut ku. Meroyan sebentar.

Wednesday, May 19, 2010

pertemuan yang cantik kenangannya

Program : Reunion: Ihsanian 1998-2002
Tarikh : 1 & 2 Mei 2010
Tempat : Agro Resort Semuji, Gambang

Puas dapat meluangkan masa yang sangat berkualiti bersama rakan-rakan lama yang sentiasa dekat di hati. Lain perjalanan masa itu bila dikelilingi oleh mereka yang disenangi dan dikasihi. Secara peribadi, aku lebih selesa bersama mereka. Saling menghormati dan menerima. Bukan mudah mencari nilai-nilai ini.



Bain konon terer mengail. Mengail anak dara bolehlah, bro! Haha


Permainan paling tipu dalam dunia.

Datang reunion, terus dapat main tarik upih. Sampai injured siku aku.

Ok. Aku konpius, orang berlari dalam guni atau melompat dalam guni? Mana satu cara yang betul?

Salah satu kawasan ternakan yang dilawati. Nampak tak burung unta kat belakang tu? Mana nak nampak, sibuk dengan budak-budak ni je.

Ad-hoc punya aktiviti. Jauh tu nak ke Teluk Chempedak.

Hanif yang banyak membantu. Terima kasih, Anip!

Tak ramai pun tak apa. Janji kita semua bahagia dan sentiasa menguntum senyum dan menyulam tawa sepanjang pertemuan.

Insyaallah jumpa lagi di pertemuan akan datang. Rindu kalian.

Pertemuan seterusnya;

Program : Kem Ibadah (Fasilitator)

Tarikh : 25, 26 & 27 Jun 2010

Tempat : SMK Lepar

Program : Tour d Genting

Tarikh : 17 & 18 Julai 2010

Tempat : Genting Highlands

Program : Ramadan BBQ

Tarikh : 28 & 29 Ogos 2010

Tempat : Kediaman Nuzul, Dengkil

Bila kita saling percaya, kita pasti saling menghormati. Bila kita saling menerima, kita pasti saling menghargai. Darjat dan harta itu tak sedikit menjadi racun. Malah semakin hari semakin kita semai keindahan yang tercipta ini dengan wangian. Kalaupun ada duri sesekali mencelah, tak meninggalkan luka pun dalam hati kita. Kerana kita ini punya satu peluang dan satu kehidupan, kita cuba menjadikan setiap kenangan itu sebagai hadiah yang nilainya terlalu berharga. Sayang kalian!

Sunday, May 9, 2010

tabah lagi

Sudah masuk minggu ke-4, tapi aku belum ada keinginan untuk mengucapkan " Aku suka dengan kerja baru aku." Tabah.

Thursday, April 15, 2010

untuk renungan

Seorang ustazah di sekolah menengah aku dulu pernah cakap, dalam dunia ini ada dua jenis manusia. Manusia yang berfikir dan manusia yang tak berfikir. Dan katanya, ramai manusia yang berjaya adalah manusia yang tak berfikir. Sebab manusia yang banyak berfikir sentiasa akan berfikir banyak perkara. Paling penting berfikir apa manusia lain akan berkata. Dan kata ustazah itu lagi, jangan pandang terlalu hina dan rendah golongan manusia yang agak terpesong. Contohnya, penagih dadah. Dalam sisi hitam itu, pasti ada sisi putih. Andai kata Malaysia mengisytiharkan darurat dan jihad akan dijalankan, pasti golongan ini yang dulu akan menyahut cabaran dan akan berjihad. Sebabnya, mereka tidak berfikir tentang apa-apa. Hati kering. Tapi bagi kita yang kononnya "berhati mulia" ini, pasti akan teragak-agak untuk menjadi pejuang walau untuk berjihad di jalan Allah. Kita akan berfikir tentang ibu bapa, rakan taulan, keluarga dan macam-macam lagi.

Renung-renungkan.

Thursday, April 8, 2010

pak kastam tak curi pun!!

Siang tadi 1 bungkusan sampai. Ok. 1 set perfume yang kononnya dicilok oleh Pak Kastam sebenarnya tak dicilok pun. Dan Adib suruh aku minta maaf dekat Pak Kastam. Ok, saya minta maaf ya Pak Kastam. Bertambah koleksi minyak wangi. Alhamdulillah.

Tuesday, March 30, 2010

kawan dunia akhirat

Ini kawan baik saya. Saya cuma nak cakap, "Hairi, selamat maju jaya. Kuatkan semangat. Aku selalu di sisi kalau kau memerlukan."

Saya suka kawan dengan dia. Setiap kali saya bercakap, dia akan dengar. Setiap kali saya putus harapan, dia akan nasihatkan saya. Saya sayang dia sebab dia adalah kawan yang tak kan jemu mendengar. Terima kasih, Hairi.


Untuk sebuah kehidupan baru nanti, kuatkan semangat kau. Manusia boleh menghukum, tetapi mereka tak mampu merasai apa yang kau rasakan.


ALL THE BEST!!


Ikhlas,
Sahabat

Sunday, March 28, 2010

secebis nota daripada teman kepada temannya

Pertama kali teman ini memberi bingkisan ini, aku menangis membacanya. Dan hari ini, setelah aku hampir terlupa akan bingkisan yang secebis ini, aku membacanya lagi. Dan aku menangis lagi. Aku bersyukur pada Tuhan, aku punya secebis kenangan ini bersama teman ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------


To,
AMRI :)


Teman,

Lembutkan hati sesuai dengan fitrahnya. Jangan keraskan hatimu, sehingga menyamai taraf batu yang rendah!

Hidup ini memang begitu. Ada turun naiknya. Selagi kita bergelar HAMBA ALLAH di muka bumi ini, selagi itu ribut melanda.

Suatu hubungan itu ibarat TALI. Diikat dilerai sesuka hati. Tapi hubungan persahabatan yang sebenar ibarat AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS.


- Nailofar- :)



Moga tenang dikau di sana, Safawati Rustamin. Alfatihah..

hadiah-hadiah yang terbang dari UK

Hari Rabu, 24 Mac 2010 bungkusan yang terbang jauh ini sampai di bumi Kuantan. Lama menunggu. Serius. Apa-apa pun, junjung kasih kepada adik kesayangan ini, Adib. Ada ke dia cakap kasih sayang aku bersebab. Haih, babab kang. Inilah hadiah-hadiah yang terbang daripada UK merentasi selat untuk sampai ke Malaysia.


Taddaaaa...!!!



Ini yang paling ditunggu-tunggu. Akibat terpengaruh dengan Dynas. Dia bilang ini bau suaminya. Haih..




Tak disangka-sangka betul dapat baju Topman ni. Terbang jauh tu. Sayang Adib sangat-sangat.



Macam tahu je tengah cari beg sekarang ni. Jimat duit.


Ok. Sepatutnya ada 4 hadiah. Lagi satu, set perfume Diesel. Tapi Encik Kastam dah rembat. Pakai perfume aku, memang keji perangai kau. Busuk!!!! Nanti kena tulah aku, baru kau tahu. Cis!!!


Nota kaki: Bukan menunjuk ye. Dah ini blog aku, apa ada hal kan?

Tuesday, March 16, 2010

sopi disayangi kawan-kawan tersayang

Bila: 14 Mac 2010.
Di mana: Naili's, Sentul.
Siapa: Saufi, Ain, Lukman

Walaupun hanya bertiga, namun ia sungguh menyeronokkan. Sambutan mini ini sungguh memberi kegembiraan. Oleh itu, sekalung penghargaan kepada Ain dan Lukman. Serius, aku memang rindu nak sambut ulang tahun ini dengan kalian. Zeze tak dapat datang. Diana juga tiada. Pertama kali sambut dengan kalian, itu hampir 5 tahun yang lalu. Bersama Zarifi dan arwah Sha. Memori berputar kembali.

Friday, March 12, 2010

25, itu hanyalah angka

Itu sekadar angka sahaja. Ada apa dengan angka? Yang penting, tingkatkan kualiti hidup dalam semua aspek. Dunia dan akhirat. Insyaallah.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25, Saufi Amri bin Mohamad Zahid.

Thursday, March 11, 2010

malaysia boleh, atan pun boleh

Tahniah Atan. Atan dah buat yang terbaik. Hasilnya agak memberangsangkan. Jangan patah semangat seandainya keputusan SPM Atan tak seperti yang diharapkan. Abang sentiasa menyokong Atan. Selamanya.

Monday, March 8, 2010

mari amin sama-sama

Haih, tengah-tengah lipat selimut tadi tiba-tiba teringat sesuatu. Ya, esok 9 Mac 2010. Alamak, nasib baik teringat. Kalau tak, terlepas. Terima kasih Allah kerana buka hati ini untuk ingat perkara yang satu ini. Mungkin sebab dah 2 bulan tak melalui saat-saat ini. Sampai terlupa. Ah, follow up lagi. Bila mahu habis? Ok-ok. Positif. Tak baik negatif. Orang cakap, sakit penghapus dosa-dosa kecil. Mudah-mudahan. Amin.

rindukan pelangi cantik


Pelangi yang cantik
Ke mana bersembunyi
Datanglah menemani
Duduklah di dalam hati
Moga tiada sepi
Terus melingkari
Dasar hidup ini

Pelangi yang cantik
Rindunya aku padamu
Entah bila kan bertemu
Bersarang rindu di kalbu
Kembalilah dirimu
Lenyapkan segala syahdu
Lilitkan cinta yang satu

Pelangi yang cantik
Izinkan aku mengejar
Untuk hapuskan semua debar
Hilangkan kasih yang bergetar
Supaya cinta terus malar
Sayang tetap segar
Kasih selamanya mekar

Thursday, February 11, 2010

tabah

Di mana pintu Doraemon? Aku sangat perlukannya. Ingin sekali aku kembali ke waktu dulu dan ubah sejarah lama supaya aku tak perlu terseksa dan menderita. Sakitnya perasaan ini. Pedihnya keinginan ini. Dan kini, senyuman selalu diiringi kesepian. Tabah.

Thursday, February 4, 2010

aiman tak kisah

Semalam Aiman jatuh masa main basikal. Dahi terhantuk di jalan raya. Aiman tak menangis. Tapi bila Adam nampak darah yang mengalir laju, Adam menangis. Kuat. Aiman yang pada mulanya berlagak kool, terus tumpang sekaki menangis. Orang Pahang cakap, selok! Memang selok dua beradik comel ni menangis. Pergi klinik, cuci luka, balut dahi. Alhamdulillah, tiada kesan dalaman. Dan Aiman dengan comelnya cakap "Abang taknak keluar rumah sampai betul-betul ok. Abang malu." Tapi macam tak je, Abang wei!


Moga cepat sembuh luka-luka tu wahai Aiman.

Tuesday, February 2, 2010

aku kool

Entah kenapa fasa hidup aku sekarang lebih ke arah perlahan dan sederhana. Dulu aku agak taksub dengan irama laju dan pantas. Rasa seperti, hey aku remaja kool. Dengar lagu rancak, kepala nak gerak-gerak. Bajet macam berada di mana-mana kelab hiburan walau hakikat duduk dalam bilik kat mahalah Siddiq. Bilik 3.3 dan 3.8. Sekarang aku makin jatuh cinta dengan Atilia. Dulu aku pernah dengar sampai nak muntah tahi telinga lagu dia, Sangkar. Dengar sebab aku teruja tengok muzik video Sangkar dan aku fikir "apahal hebat sangat minah ni buat muzik video?" Tapi aku tak pernah rasa nak muat turun lagu-lagunya selain Sangkar. Sekarang aku punya koleksi lagu-lagu dia. Dan aku juga fikir "apahal aku lambat sangat menghargai bakat minah ni?"

Nak cakap aku tak kool sebab dengar lagu Melayu? Sebab aku dengar lagu Atilia? Ada aku ambil peduli semua tu? Aku manusia kool sebab aku rasa kool dengar lagu Melayu dan lagu Atilia.




Nota kaki: Dato' Siti Nurhaliza tetap manusia yang akan berada di hati aku. Kool betul aku!

Friday, January 22, 2010

sistem pesanan ringkas

Ini minggu yang sungguh hebat dan manis dan menarik dan gembira dan bahagia dan yang sewaktu dengannya. Jadi kepada sesiapa juga, aku punya pesanan pada kamu semua;


Jangan cuba bikin spoil pada perasaan yang sungguh hebat ini.


Sekian, terima kasih.

Tuesday, January 19, 2010

kita raikannya dengan kfc!

18 Januari 2010: Ini adalah hari senyum. Ukirannya akan terus tersemat untuk sebuah keabadian kasih sayang. Permulaan hari yang pada asalnya tidak begitu memberangsangkan. Namun, pengakhiran harinya ada senyuman terindah yang menjadi peneman tidur. Aku kira, ini adalah antara hari yang begitu cantik yang aku inginkan. Dan Tuhan mendengar. Terima kasih Allah untuk anugerah ini. Dan aku harus berterima kasih kepada mereka yang melengkapkan keindahan ini. Tanpa mereka, keindahan ini tidak akan tercipta.



Dia adalah Rohana

Susuk ini akan sentiasa menceriakan aku bila aku murung. Dia juga akan setia mendengar saat aku bercerita. Bilamana semangat aku pudar, dialah yang menghangatkan kembali rasa kuat itu. Aku fikir, tak ramai yang ingin menangis bersama. Mungkin ramai yang hanya mahu ketawa bersama. Tidak bagi seorang teman bernama Rohana. Dia akan ketawa bersama. Dia tak lupa untuk menangis bersama. Terima kasih Ro. Episod semalam adalah bahagian paling cantik di sisi seorang Saufi Amri. Aku sayang kau, sahabat.






Mereka adalah Faiz dan Aimi
Mereka melengkapkan keindahan yang tercipta semalam. Tiada satu pun perkataan untuk menggambarkan rasa bahagia itu. Cuba untuk mencari, namun gagal. 5 tahun menanti, Tuhan berikan kesempatan yang sungguh berharga. Untuk sebuah entiti bernama sabar, Tuhan hadiahkan anugerah yang begitu cantik dan sempurna. Dan untuk sebuah anugerah ini, aku tahu senyum ini akan terus menjadi sahabat kita semua.


Kesabaran membawa kemenangan. Kemenangan membawa senyuman. Terima kasih semua.

Monday, January 18, 2010

tak pergi langkawi pun boleh happy maa

Tiba-tiba rasa, keputusan tak pergi langkawi adalah keputusan yang tepat dan bijak. Cerdik pandai je yang akan buat keputusan bijak ini. Aku sedang memuji diri sendiri.


Kuantan pasti berbahagia dengan kesudian kami untuk menikmati keindahannya.
Nota kaki: Menunggu kesudian Maria, Lukman dan Abg Azam untuk menikmati keindahan Kuantan. Ain juga diharapkan masih sudi supaya Kuantan akan bertambah bahagia.