Sunday, May 24, 2009

tak ada tajuk yang sesuai

Kalau ada di kalangan sahabat-sahabat anda yang sedang berbunga-bunga hatinya, sila jangan sakiti hati mereka. Jangan kerana buah hati mereka itu teman baik anda sejak azali lagi, anda sepertinya tahu segala-galanya. Ego. Sombong. Bodoh. Saya betul-betul maksudkannya.

Friday, May 22, 2009

bosan dan alasan dan putus harapan

Aku bosan dengan alasan. Aku menyampah dengan alasan. Aku penat dengan alasan. Tolonglah jangan bagi aku seribu alasan lagi semata-mata mahu menjaga hati aku. Aku penat dengan lakonan engkau. Aku mula putus harapan terhadap engkau.

Wednesday, May 20, 2009

positif bukan negatif


Jumaat lepas hari terakhir aku menapak ke tempat kerja.
Berhenti. Tapi bukan dibuang. Berbeza.
Kehendak hati sendiri. Tiada yang memaksa.
Sebelum berhenti, aku hadir temuduga.
Berjaya. Dipanggil untuk kali kedua.
Aku tak dapat memenuhi hasrat mereka. Sayang.
Kerana kesihatan yang sangat terganggu pada bulan lepas. 4 kilo berat badan hilang.
Aku memang teringin untuk makan gaji di tempat itu. Rezeki bukan di situ.
Tabah. Pasrah. Sedih ada juga.
Tapi sepertinya nama sedikit busuk.
Dua kali dipanggil untuk sesi seterusnya. Langsung tak boleh nak pergi.
Kesihatan yang terganggu. Juga tuntutan kerja yang menjerat.
Tak mengapalah. Tuhan yang tentukan.
Jangan merungut. Positif. Negatif jangan.

adil yang tak adil

Tolonglah khabarkan pada suara-suara lantang itu
Kembalikan keadilan yang kian lama menyepi
Mungkin dunia makin sakit
Dengan segala kebodohan umat yang sombong
Celakanya situasi yang menjerat hati-hati itu
Langsung tidak dipinta
Tetapi mereka juga insan-insan yang masih hidup
Dalam dunia yang sudah penat dengan lakonan plastik manusia derhaka
Kalau tangan yang mengetuk tukul itu juga dikongkong
Oleh manusia yang penuh agenda bangsat
Apa lagi yang mahu dikata?


Bila keadilan mahu berpihak pada hati-hati yang jujur itu
Nyata Yang Maha Berkuasa masih mahu menguji

Tuesday, May 19, 2009

pinjamkan padaku

Di titik pertemuan semalam
Aku tahu
Ada kepastian yang belum diungkai

Di saat mata bertemu mata
Kata berganti kata
Aku cuba mencari erti

Penat
Tak mahu meneka
Tak suka
Tapi terpaksa
Benci

Hati
Jangan biar terus menangis
Biar cahaya jadi kawan
Hati
Jangan berterusan bertanya
Biar selamanya tiada sangsi

Pinjamkan aku kebahagiaanmu
Untuk aku terus menjadi penghuni
Dalam hati yang penuh kegembiraan
Biar semua tahu
Aku ini hamba yang pernah sepi

Pinjamkan aku sedikit serimu
Untuk aku terus rasa percaya
Setiap yang duka di hujungnya suka
Biar semua tahu
Hati ini tak ingin sunyi lagi

Monday, May 18, 2009

kembali

Sudah lama jari jemari aku tidak menyentuh papan kekunci dan meluahkan isi hati di sini. Mungkin terlalu sibuk dengan urusan dunia. Mungkin juga aku ketiadaan isi untuk berkongsi. Hari ini hati aku sedikit tenang. Tiada lagi kerja-kerja yang perlu aku habiskan semata-mata untuk mengambil hati manusia-manusia di sekeliling.

Semalam ada satu kenangan yang sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk perasaan. Entah. Buntu. Dan aku tetap menanti untuk mendengar satu andaian yang memerlukan satu penjelasan dan kepastian. Tolonglah sahabat. Aku ingin tahu tentang yang satu itu. Jangan biarkan aku terus tertanya-tanya. Aku penat. Aku merayu.