Friday, October 22, 2010

saya demam

Tekak ini memang dah lama sangat tak dibasahi dengan air berais. Entah apa mimpi, dua hari berturut-turut aku mengalami virus-minumlah-air-berais-wei. Hari rabu malam menuju ke UIA untuk mesyuarat-lah-sangat-kan. Kemudian ketemu sama Nahdi. Pergi lepak bilik budak post-grad ini. Dia belanja minum air jus epal. Gelas tu besar. Makanya, aisnya pun banyaklah. Haih. Pulang ke rumah, memandu dalam keadaan kurang selesa. Sepertinya perut ini dicucuk. Ok, ini cerita rabu yang punya.

Ini cerita Khamis pula. Pulang dari kerja, dengan gigih menuju ke Wangsa Walk. Gila sangap nak membaham Popeyes. Terus mintak Sprite. Ais yang banyak juga. Bongok tul minta air sejuk.



Akibatnya, hari ini demam. Memandu ke pejabat dalam keadaan terpaksa. Sangat memerlukan hot coffee. Tolong!

Tuesday, October 19, 2010

senarai nafsu

Tajuk entri bunyinya seakan lucah. Oh, tidak. Ini masih dalam lingkup umum. Belum masanya lagi untuk jatuh ke hukum 18sx. Kerja, memang rasa menyapah. Kadang kala-lah. Kerja jadinya hebat bila kita mampu memuaskan nafsu serakah sendiri. Syiok. Serius tak tipu. Dulu sekadar memandang tepi-tepi. Sekarang, rezeki Tuhan memang tak ternilai harganya. Alhamdulillah. Ini nafsu-nafsu yang berjaya dipenuhi dan yang akan dipenuhi. Sangap sungguh. Ohh.





Nafsu 1- Komputer riba. Baru disambar. Ok, tak baru sangat. Tapi nafsu ini berjaya dipenuhi.


Nafsu 2- Kamera. Sekian lama asyik makan hati tengok keasyikan manusia lain guna, akhirnya berjaya juga nafsu ini dipenuhi.





Nafus 3- Kereta. Katanya minggu ini akan diserahkan kuncinya. Doa-doalah supaya ia jadi nyata. Amin.





Nafsu 4- Telefon bimbit. Damn betul Nokia. Saja keluarkan model baru yang cambest. Hmm, bulan depan bolehlah kan? InsyaAllah.



Nafsu-nafsu yang sungguhlah dipenuhi dengan karakter dunia. Haih.

Monday, October 18, 2010

kahkahkah

Aku pun bukan manusia yang terlalu hidup dalam hukum-hakam yang Tuhan memang tentukan sejak sekian lamanya. Dosa, itu mungkin perkara yang seakan sebati. Kalau tak besar, yang kecil dan picisan itu barangkali selalu terjebak. Manusia, memang mudah lupa. Oh, bukan Melayu mudah lupa. Tapi manusia mudah lupa.

Tapi sebagai manusia yang mudah lupa, tak usah melenting bilamana ada yang menegur secara berhemah. Kalau tak ada hemah pun, apa yang salah tetap salah. Jangan pula ego untuk membaik pulih kecacatan hanya kerana susuk tubuh yang menegur itu kurang hemahnya.

Dan aku memang ada rasa benci yang meluap-luap bila ada suara-suara bangsat yang dengan tiada rasa salahnya berkata;

"Aku bukan budak sekolah agama. Lainlah kau."

Kau fikir, Tuhan turunkan hukum-hakam hnya untuk manusia-manusia yang pernah dan sedang bersekolah di sekolah agama? Kau memang melucukan. Boleh aku ketawakan kau? Kahkahkahkah..

Thursday, October 14, 2010

benci

Manusia ini kalau mencanang cerita busuk, memang juara. Ke mana pun pergi, akan dikhabarkan berita ke segenap alam. Supaya semua tahu, manusia yang kononnya jahat sedang membuat mungkar.

Cerita busuk ini bermula dari mulut manusia ini. Bila akhirnya, manusia ini menafikan. Sepertinya manusia ini juga adalah mangsa penipuan. Licik, bukan?

Kerana terlalu mendengar, mausia sekeliling lupa mencari kebenaran. Hanya mendengar. Sekali sekala mencelah. Menambah garam. Sedikit cuma.

Terfikir juga, apa tiada lagi sosok yang boleh dipercayai? Hatta diri sendiri. Yang akan memberi kehidupan yang penuh kecantikan.

Dan kini, aku dibenci. Pedih bila dibenci atas kepalsuan manusia lain. Sakit bila dibaluti kata-kata nista. Barangkali Tuhan itu sayangkan hambaNya ini yang penuh dosa. Diberikan rasa benci yang membaluti, supaya di hujungnya akan ada kehidupan yang cerah. Kalau pun tak sempurna, ia masih indah.