Monday, December 28, 2009

atas nama cinta yang malu

Atas nama cinta yang malu
Berikan aku degupan cinta yang laju
Untuk aku sentiasa merasakan kehadirannya
Biar senyumannya selalu menemani
Kalau tak di sisi
Moga dalam mimpi-mimpi

Atas nama cinta yang malu
Ukirkan aku sebuah monumen cinta
Untuk aku merasakan pelukan kasihnya
Biar aku selalu menginap dalam hatinya
Moga aku terus bahagia
Meniti hari-hari yang ada

Atas nama cinta yang malu
Peluki aku dengan jiwa yang terindah
Kerana aku tak mampu untuk menyentuhnya
Tak mampu memeluk, tak mampu mencium
Dalam mimpi pun aku gagal
Memang dia tak tercipta untukku

Atas nama cinta yang malu
Terlalu jauh aku bermimpi
Terlalu banyak aku mengingini
Terlalu sukar dapat dipenuhi
Untuk segala yang aku miliki
Aku salurkan rindu untuk dia yang dicintai

Penat aku mencuba
Penat aku menangisi
Penat aku kecewa
Penat aku menderita
Aku terlalu penat untuk sebuah cinta yang malu

Untuk sebuah cinta yang malu, aku menangis lagi

11 comments:

diana ghazali said...

sedih puisi ini. pandai la awak berpuitis. bijak2

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

heh. sy xde kamhiran yg lain. dan sy xde kekuatan utk berbicara.

diana ghazali said...

aloh. kesedihannye. encik am, luah kan shj pada si dia jika kau cinta. tak rugi apa pun. jgn malu2 dong

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

sy cintakan kucing, tp sy xsuka kucing. dan sy tahu kucing pun xsukakan sy. jd baik sy diamkan diri.

Isabella. said...

jus drob by.
nice poem

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

thank u Isabella. nice knowing u.

YUSRIE MOHD YAMIN said...

ish..ape ni ???
tak sangka sopi begitu puitis...kagum!!bravo!!bravo!!!

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

yus, itu menunjukkan aku ada sifat malu dan romatik dan comel dan hebat dan .... dan ..... dan .... bla bla bla

ainguzzle said...

oh, ini dia. memang mantop

ainguzzle said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Saufi Amri Mohamad Zahid said...

dan ini menimbulkan pertanyaan. ya, sy sdg bercinta. bercinta dgn diri sndr.