Tuesday, April 24, 2012

"aku ok."

Setiap kali aku cakap "oh, aku OK je.", jarang aku betul-betul maksudkannya. Untuk mengaburi pandangan figura-figura di sekeliling, barangkali hanya itu ungkapan paling keramat dan berkesan. Ya, adakala bermimpi mahukan seorang teman yang bijak menelaah perasaan ini. Dia pandai membaca lirikan mata. Mahir mentafsir apa yang tesirat di dalam hati. Susah. Aku juga tak dilahirkan untuk bijak mengkaji perasaan manusia. Aku mahu bila aku ungkapkan "aku Ok.", ada seseorang pandang mataku, peluk aku dan kata "aku tahu kau tak OK."

Sunday, April 22, 2012

tipu untuk buat-buat lupa

Ada masa kita lupa, ada masa kita ingat.
Tetapi, lupa sentiasa menjadi pilihan yang tepat.

Ada masa kita ingat. Ini selalunya bila ia tentang keindahan hidup kita.
Ada masa kita lupa. Ini terjadi bila ia tentang keburukan sisi hidup kita.

Notakaki: Penat. Adakah kita benar-benar lupa? Atau sebenarnya kita buat-buat lupa. Untuk menutup kelemahan kita yang buat-buat lupa, kita menipu. Ya, menipu sudah tidak menjadi dosa di zaman ini. Canggih kan?

Monday, April 16, 2012

annyeong haseyo

Assalamualaikum w.b.t. Annyeong haseyo. Ok, bertekad mahu aktif blog semula. Moga kali ini betul-betul bertekad. Kesian ini blog.


Beberapa bulan yang lalu, saya tak pernah rasa saya mengalami obesiti. Nak kata gemuk, takda lah sangat. Oh, ayat penafian sedang berlaku. Maafkan saya. Ini gambar saya 3 bulan yang lalu. Sungguh malu saya tengok gambar ini. Mahu nangis. Ibu, nak pinjam bahu. Nak nangis.

Pipi tembam, kulit muka sangat tak cantik. Uwaaaa.

Ini saya masa obesiti. Serius, obese. Sebab lemak gila tinggi.

Serius, ramai yang tegur. "eh kau, kenapa gemuk sangat ni?". Sebab dah malas nak layan, saya jawab dengan sinisnya "aku kan dah kaya. dulu tak cukup duit nak makan." Berjaya, mereka diam. Tapi boh, sampai bila mahu menipu diri sendiri. Oh, saya masih belum kaya harta. Kaya budi bahasa je. Awww, terpuji.*merah pipi. Sebab dah tak sanggup nak menipu cakap saya ini kaya (maafkan hambaMu ni, ya Allah), saya tekad mahu turunkan beat badan. Maka, Allah temukan saya dengan coach saya Nadiah dan Juan. Tepuktepuktepuk. Saya dijodohkan dengan produk yang sangat hebat. Sila tepuk sambil berdiri, ok! Nadiah dan Juan sabar bimbing saya, ingatkan saya tentang disiplin. Mau nangis kali kedua. Juan, pinjam bahu. Bahu Nadiah tak boleh pinjam, itu Juan yang punya. Ini gambar Nadiah, coach saya. Maaf, gambar Juan tak ada. Oh, saya sangat tak adil kan.

Minah ni dulu panggil Nadue. Serius, agak senget dia ni. Tak berubah walaupun dah kahwin. Kelas kau jah!


Setelah hampir 3 bulan, ini hasilnya.

12 kilo berjaya dihapuskan. Alhamdulillah. Tepuktepuktepuk.
Tengok, muka poyo. Pipi dah susut. Kulit makin cantik. Fuh! Aku terpikat pada diri sendiri.


Mahu nangis lagi. Oh, jangan nangis Amri. Tapi senyumlah. Ini kejayaan yang kau impikan. Ok, bunyinya macam baru dapat 11A+ dalam SPM. Terima kasih yang tak terhingga pada Nadiah dan Juan. Terima kasih kerana membentuk saya menjadi insan yang lebih sihat. Saya bersyukur pada Illahi, saya bertemu semula anda berdua setelah lama kita tak saling hubungi.

Serius, semua orang pun mampu bah mahu kelihatan ganteng gitu. Jika anda mahu, saya juga bisa membantu anda untuk lebih sihat. Mahu turunkan berat badan, mahu naikkan berat badan, mahu baiki tahap kesihatan, semuanya boleh dong. Kan saya dah cakap, produk ini hebat. Luarrrr biasa deh. Gerek seh. Daebak!