Tuesday, July 31, 2012

keliru

Entah kenapa, kebelakangan ini suasana rasanya seperti menghimpit. Ada satu rasa yang cuba untuk membuang semangat jauh-jauh. Dan rasa ini sedaya upaya menghilangkan cinta yang semakin lama semakin dipupuk dalam hati. Takut. Kerana itu yang aku inginkan. Itu mimpi aku. Tapi semua mimpi-mimpi itu seolahnya cuba dihalang oleh keadaan sekeliling. 

Aku lemah dengan asakan. Aku cuba untuk menafsir apakah makna asakan itu. Lembut bunyinya asakan itu. Itu pada zahirnya. Demi Allah, aku keliru dengan asakan itu. Apa ada garis ikhlas? Walaupun setitik cuma. Ya, aku lemah. Aku diam. Itu bila aku rasakan ada sesuatu yang tidak enak di pandangan mata aku. Aku melarikan diri. Itu bila keadaan sekeliling langsung tak memberikan keselesaan pada aku. 

Berikan aku masa. Ya, ini bunyinya sungguh mementingkan diri sendiri. Berikan ruang untuk aku tenangkan diri. Biar nanti aku akan bangkit dengan satu semangat yang lebih gagah. Tak serapuh hari ini. Itu sahaja yang aku pinta. Ruang dan masa. Aku hargainya.