Tuesday, March 30, 2010

kawan dunia akhirat

Ini kawan baik saya. Saya cuma nak cakap, "Hairi, selamat maju jaya. Kuatkan semangat. Aku selalu di sisi kalau kau memerlukan."

Saya suka kawan dengan dia. Setiap kali saya bercakap, dia akan dengar. Setiap kali saya putus harapan, dia akan nasihatkan saya. Saya sayang dia sebab dia adalah kawan yang tak kan jemu mendengar. Terima kasih, Hairi.


Untuk sebuah kehidupan baru nanti, kuatkan semangat kau. Manusia boleh menghukum, tetapi mereka tak mampu merasai apa yang kau rasakan.


ALL THE BEST!!


Ikhlas,
Sahabat

Sunday, March 28, 2010

secebis nota daripada teman kepada temannya

Pertama kali teman ini memberi bingkisan ini, aku menangis membacanya. Dan hari ini, setelah aku hampir terlupa akan bingkisan yang secebis ini, aku membacanya lagi. Dan aku menangis lagi. Aku bersyukur pada Tuhan, aku punya secebis kenangan ini bersama teman ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------


To,
AMRI :)


Teman,

Lembutkan hati sesuai dengan fitrahnya. Jangan keraskan hatimu, sehingga menyamai taraf batu yang rendah!

Hidup ini memang begitu. Ada turun naiknya. Selagi kita bergelar HAMBA ALLAH di muka bumi ini, selagi itu ribut melanda.

Suatu hubungan itu ibarat TALI. Diikat dilerai sesuka hati. Tapi hubungan persahabatan yang sebenar ibarat AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS.


- Nailofar- :)



Moga tenang dikau di sana, Safawati Rustamin. Alfatihah..

hadiah-hadiah yang terbang dari UK

Hari Rabu, 24 Mac 2010 bungkusan yang terbang jauh ini sampai di bumi Kuantan. Lama menunggu. Serius. Apa-apa pun, junjung kasih kepada adik kesayangan ini, Adib. Ada ke dia cakap kasih sayang aku bersebab. Haih, babab kang. Inilah hadiah-hadiah yang terbang daripada UK merentasi selat untuk sampai ke Malaysia.


Taddaaaa...!!!



Ini yang paling ditunggu-tunggu. Akibat terpengaruh dengan Dynas. Dia bilang ini bau suaminya. Haih..




Tak disangka-sangka betul dapat baju Topman ni. Terbang jauh tu. Sayang Adib sangat-sangat.



Macam tahu je tengah cari beg sekarang ni. Jimat duit.


Ok. Sepatutnya ada 4 hadiah. Lagi satu, set perfume Diesel. Tapi Encik Kastam dah rembat. Pakai perfume aku, memang keji perangai kau. Busuk!!!! Nanti kena tulah aku, baru kau tahu. Cis!!!


Nota kaki: Bukan menunjuk ye. Dah ini blog aku, apa ada hal kan?

Tuesday, March 16, 2010

sopi disayangi kawan-kawan tersayang

Bila: 14 Mac 2010.
Di mana: Naili's, Sentul.
Siapa: Saufi, Ain, Lukman

Walaupun hanya bertiga, namun ia sungguh menyeronokkan. Sambutan mini ini sungguh memberi kegembiraan. Oleh itu, sekalung penghargaan kepada Ain dan Lukman. Serius, aku memang rindu nak sambut ulang tahun ini dengan kalian. Zeze tak dapat datang. Diana juga tiada. Pertama kali sambut dengan kalian, itu hampir 5 tahun yang lalu. Bersama Zarifi dan arwah Sha. Memori berputar kembali.

Friday, March 12, 2010

25, itu hanyalah angka

Itu sekadar angka sahaja. Ada apa dengan angka? Yang penting, tingkatkan kualiti hidup dalam semua aspek. Dunia dan akhirat. Insyaallah.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25, Saufi Amri bin Mohamad Zahid.

Thursday, March 11, 2010

malaysia boleh, atan pun boleh

Tahniah Atan. Atan dah buat yang terbaik. Hasilnya agak memberangsangkan. Jangan patah semangat seandainya keputusan SPM Atan tak seperti yang diharapkan. Abang sentiasa menyokong Atan. Selamanya.

Monday, March 8, 2010

mari amin sama-sama

Haih, tengah-tengah lipat selimut tadi tiba-tiba teringat sesuatu. Ya, esok 9 Mac 2010. Alamak, nasib baik teringat. Kalau tak, terlepas. Terima kasih Allah kerana buka hati ini untuk ingat perkara yang satu ini. Mungkin sebab dah 2 bulan tak melalui saat-saat ini. Sampai terlupa. Ah, follow up lagi. Bila mahu habis? Ok-ok. Positif. Tak baik negatif. Orang cakap, sakit penghapus dosa-dosa kecil. Mudah-mudahan. Amin.

rindukan pelangi cantik


Pelangi yang cantik
Ke mana bersembunyi
Datanglah menemani
Duduklah di dalam hati
Moga tiada sepi
Terus melingkari
Dasar hidup ini

Pelangi yang cantik
Rindunya aku padamu
Entah bila kan bertemu
Bersarang rindu di kalbu
Kembalilah dirimu
Lenyapkan segala syahdu
Lilitkan cinta yang satu

Pelangi yang cantik
Izinkan aku mengejar
Untuk hapuskan semua debar
Hilangkan kasih yang bergetar
Supaya cinta terus malar
Sayang tetap segar
Kasih selamanya mekar