Saturday, September 29, 2012

zakat itu berkat

Assalamualaikum.

Have you had your shake today?

Semalam lepas kerajaan bentangkan bajet 2013, macam biasa rumah siap cantik-cantik pun, tukul masih juga nak berbunyi kan. Salah satu darinya BONUS! Macam biasa, ada juga yang sedikit tak berpuas hati. Sepertinya cukai yang kami para pekerja swasta bayar adalah untuk menampung pemberian BONUS pada mereka. Aku sedikit tak berbekas dalam hati. Rezeki masing-masing kan. Bukan kerajaan yang tentukan. Bukan juga kita yang tentukan. Semuanya berbalik kepada Allah juga kan? Mungkin aku seorang sahaja yang tak ambil pusing tentang BONUS mereka. Jujurnya, aku langsung tak berminat nak dengar pembentangan bajet tu. Aku tidur. Kau Amri! Tapi aku memang dari mula kerja beberapa tahun lepas pun memang tak berminat langsung nak tahu bajet-bajet yang macam bajet tu. Sebabnya sebagai pekerja swasta, anda sangat digalakkan untuk melopongkan mulut anda seluas-luasnya bila dengar bajet. Kenapa? Di akhirnya, semua pekerja swasta akan bertanya soalan yang sama, "ok, apa kami dapat?" Kan? Hehe.

Ya, ramai yang tak berpuas hati tentang pembayaran cukai. Sebenarnya senang. Naikkan potongan bayaran zakat. Makanya, cukai anda berkurangan secara automatisnya. Cumanya, masih ramai yang tak pernah dengar tentang zakat pendapatan. Ok, sedih. Sila bersedih sekarang. Kau kan, kalau Ifong atau Samseng nak keluarkan gajet baru, cepat je kau update kan. Pasal zakat yang wajib sangat-sangat tu, sebelah mata pun tak nampak. Tapi jujur, memang ramai tak ambil endah pun tentang zakat pendapatan. Baik, dulu kan aku kerja sebagai Pembantu Pegawai Zakat. Ha, sila teruja dengan jawatan tersebut. Bahasa senang, Amil. Memang pengalaman aku, ramai yang masih kosong pengetahuan tentang zakat pendapatan walaupun gaji dah berpuluh ribu. Tak mengapa, belum terlewat. Ayuh, langkahkan kaki anda menuju ke Pusat Zakat berhampiran. Mulakan membuat potongan zakat.

Cuma sedikit sedih, bila ramai yang memberi alasan kenapa mereka masih tidak membuat potongan zakat. Senang saja alasan, belum cukup nisab. Serius, aku sedih. Terfikir, setiap bulan kita semua sanggup bayar bil telefon yang tinggi. Bayar kereta. Bayar rumah. Baik, itu semua keperluan. Tapi semuanya kita punya pilihan bukan? Dari guna bil, kenapa tak topup biasa sahaja? Kereta mahu beli besar-besar, kenapa tak beli kereta paling murah? Baik, bukan mahu pertikaikan pilihan kita semua. Aku juga bayar bil, bayar kereta. Cumanya, sekiranya kita mampu keluarkan duit untuk ini semua, kenapa tidak untuk bayar 2.5% sahaja bagi tujuan ZAKAT? Itu belum kira kos hiburan kita lagi. Karaoke, tengok wayang, makan meatball di IKEA, makan sushi, beli perfume dan segala macam lagilah. Kita sanggup untuk itu semua. Tapi kenapa masih beralasan untuk keluarkan 2.5% sahaja dari pendapatan kita untuk zakat? Jom, ubah situasi ini. Harta kita bukan sepenuhnya untuk kita. Itu untuk dikongsi. Cantik kan Islam. Kita berkongsi. Bilamana kita mampu untuk keluarkan duit untuk segala macam bentuk hiburan, itu bermakna kita mampu untuk berzakat. Percayalah. Mari, berlum terlambat untuk kita berzakat. 


“Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada bulan Ramadhan.” (al-Bukhari dan Muslim)


Zakat itu indah. Itulah sumbangan kita. Kalaupun tak banyak, tapi itu mencukupi. 


Dari ‘Asma binti Abu Bakar as-Siddiq r.a katanya, dia datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu dia bertanya:”Ya nabi Allah! Aku tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zuber (suamiku) kepaku (untuk belanja rumahtangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu kusedekahkan ala kadarnya ?”Jawab nabi s.a.w :”Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu dan jangan menghitung-hitung kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepadamu dan akan kedekut kepadamu.” (Muslim)



Pendapatan kita tak beerti gaji sahaja, tapi juga perniagaan yang kita usahakan. Itulah pendapatan kita. Barangkali ada antara kita yang membuat kerja sambilan dengan memulakan bisnes secara online. Itulah pendapatan kita sebenarnya. Aku berpesan juga untuk diri sendiri supaya jangan pernah lupa untuk keluarkan zakat melalui Herbalife. Semua Herbalifer akan dapat income setiap 15 haribulan kan? Mari, zakatkannya. Alhamdulillah, Allah bagi peluang pada kita semua untuk berzakat. Zakat, itulah keberkatan kita yang tersembunyi. Dan kita yang harus mencarinya. Zakat, hidup pasti berkat. InsyaAllah.

Wednesday, September 26, 2012

penang horey!

Assalamualaikum.

Have you had your shake today?

Ok, cerita ini dah berminggu pun berlalu. Tapi keterujaan masih berbekas di hati. Chewah. Setelah hampir 2 tahun duk ulang ayat yang sama, baru kali ini menjadi realiti. Ayat apa? Hah, ini ayatnya;

"wey, jom gi Penang!"

Bayangkan, 2 tahun punya cakap, baru menjadi kenyataan. Itu Penang. Bayangkan ayat kami yang berbunyi;

"wey, jom gi Vietnam."

Aku tak ada idea bila kami akan betul-betul sampai ke Vietnam. Tapi walaupun 2 tahun baru kami realisasikannya, kami gembira. Baiklah. Dulu yang asyik menyebut ayat di atas memanglah ramai. Apakan daya, masa berubah. Manusia juga berubah. Lupakan kisah sedih. Lupakan.

Seronok. Itu kata paling sesuai. Juga teruja. Kami mulakan perjalanan kami dengan masing-masing pertaruhkan RM250.00 sebagai perbelanjaan sepanjang perjalanan dari KL. Pertaruhkan itu bunyinya seakan berjudi. Tapi takkkkkk. Memandangkan kami berenam, makanya dua biji kereta diperlukan. Serius, dalam hati aku asyik tertanya-tanya cukup ke duit RM250.00 seorang ni? 3 hari ok! Pergi Penang selepas raya bukanlah satu idea yang bagus sebenarnya. Memang tak bagus pun hoi. Raya pun dah habis beribu masing-masing. Saki baki itulah buat bekalan ke Penang. Kalau tak cukup, menangis jela kat jambatan Pulau Pinang tu. 

RM250.00 jika didarabkan dengan 6 manusia, makanya jadilah RM1500.00. Harus rancang dengan betul. RM1500.00 inilah duit untuk petrol sepanjang perjalanan pergi balik. Inilah juga duit untuk makan minum kami. Penginapan juga ok! Duit tiket masuk muzium itu, muzium ini. Naik itu, naik ini. Fuh, semput. Walaupun aku kenkonon risau, tapi redah. Sampai ke Alor Setar, Taiping, Ipoh. Balik KL ahad tu makan di restoran arab lagi. Hambik kau. Di Penang, masuk situ, masuk sini. Makan pasemboq dan char kuey tiaw yang mahal tu. Fuh. Konon je kan risau. Tapi sangat membanggakan, dari RM250.00 yang kami cagarkan, kami dapat pulangan semula hampir RM62 seorang. Apa? Hah, percutian tak perlu kemewahan mana pun kan. Cukup dapat bersama teman-teman. Menghabiskan masa bersama-sama. Bergelak ketawa. Hotel mewah? Itu sangatlah bukan cara kami. 

Makan memang banyak. Oh, teringat donut yang Su Joh bagi yang sangat lembut dan sedap itu. Entah berapa biji aku makan donut tu? Lebih 5 bijik. Mungkin. Aduh, berapa ribu kalori ni dah masuk dalam badan? Tapi jangan risau. Teamix dan Aloe Herbalife ada. Hip hip horey. Boleh menghalau semula kalori-kalori tadi. Alhamdulillah. Yeaayyyyy.



















 Bai Penang. Jumpa lagi.


Ini di Saba, Setiawangsa. Slurrrpppp.


InsyaAllah ada rezeki, kita ke tempat lain pula. Perancangan kita, Kundasang!. Yipppiiii. Dayah, sila buat kutipan RM50 setiap bulan dari sekarang. 

pergilah rindu

Tak pernah aku pinta untuk rindu ini menjengah ruang hati semula.
Rasa rindu ini hanya mengundang derita.
Hari yang dilalui seperti lambat gerakan waktunya.
Seolahnya memberi detik yang lebih untuk rasa rindu ini menghuni jiwa ini.
Andai aku mampu padam semua cerita dulu, aku lakukannya.
Bukan atas nama benci.
Itu untuk sesuatu yang dinamakan ketenangan.
Biar kita semua terus senyum tanpa sembunyikan semua derita.
Biar kita tak lagi menjadi palsu di hadapan semua.

Rindu, pergilah.
Jangan lagi diganggu hati ini.
Izinkan aku lalui hari dengan gembira.
Jangan berterusan menyeksa raga ini.
Biarkan sengsara terus terbang jauh tinggalkan aku.
Pergilah rindu. Pergilah.
Aku izinkan.