Friday, January 22, 2010

sistem pesanan ringkas

Ini minggu yang sungguh hebat dan manis dan menarik dan gembira dan bahagia dan yang sewaktu dengannya. Jadi kepada sesiapa juga, aku punya pesanan pada kamu semua;


Jangan cuba bikin spoil pada perasaan yang sungguh hebat ini.


Sekian, terima kasih.

Tuesday, January 19, 2010

kita raikannya dengan kfc!

18 Januari 2010: Ini adalah hari senyum. Ukirannya akan terus tersemat untuk sebuah keabadian kasih sayang. Permulaan hari yang pada asalnya tidak begitu memberangsangkan. Namun, pengakhiran harinya ada senyuman terindah yang menjadi peneman tidur. Aku kira, ini adalah antara hari yang begitu cantik yang aku inginkan. Dan Tuhan mendengar. Terima kasih Allah untuk anugerah ini. Dan aku harus berterima kasih kepada mereka yang melengkapkan keindahan ini. Tanpa mereka, keindahan ini tidak akan tercipta.



Dia adalah Rohana

Susuk ini akan sentiasa menceriakan aku bila aku murung. Dia juga akan setia mendengar saat aku bercerita. Bilamana semangat aku pudar, dialah yang menghangatkan kembali rasa kuat itu. Aku fikir, tak ramai yang ingin menangis bersama. Mungkin ramai yang hanya mahu ketawa bersama. Tidak bagi seorang teman bernama Rohana. Dia akan ketawa bersama. Dia tak lupa untuk menangis bersama. Terima kasih Ro. Episod semalam adalah bahagian paling cantik di sisi seorang Saufi Amri. Aku sayang kau, sahabat.






Mereka adalah Faiz dan Aimi
Mereka melengkapkan keindahan yang tercipta semalam. Tiada satu pun perkataan untuk menggambarkan rasa bahagia itu. Cuba untuk mencari, namun gagal. 5 tahun menanti, Tuhan berikan kesempatan yang sungguh berharga. Untuk sebuah entiti bernama sabar, Tuhan hadiahkan anugerah yang begitu cantik dan sempurna. Dan untuk sebuah anugerah ini, aku tahu senyum ini akan terus menjadi sahabat kita semua.


Kesabaran membawa kemenangan. Kemenangan membawa senyuman. Terima kasih semua.

Monday, January 18, 2010

tak pergi langkawi pun boleh happy maa

Tiba-tiba rasa, keputusan tak pergi langkawi adalah keputusan yang tepat dan bijak. Cerdik pandai je yang akan buat keputusan bijak ini. Aku sedang memuji diri sendiri.


Kuantan pasti berbahagia dengan kesudian kami untuk menikmati keindahannya.
Nota kaki: Menunggu kesudian Maria, Lukman dan Abg Azam untuk menikmati keindahan Kuantan. Ain juga diharapkan masih sudi supaya Kuantan akan bertambah bahagia.

Thursday, January 14, 2010

saya pernah ke langkawi, dulu

Entri ini wujud disebabkan pembatalan aku menuju ke Langkawi. Jadi ini cebisan pengalaman yang sempat aku wujudkan bersama teman-teman di Langkawi pada tahun 2007. Gembira. Seronok. Apa lagi yang perlu dikatakan apabila percutian kita dilengkapi oleh teman-teman yang hebat?





Untuk menghiburkan hati yang lara, aku mahu menjelajah Kuantan bersama Ain dan Diana. DSLR, siap sedia untuk merakam kenangan kami.

Nota kaki: Sangat teruja menantikan Ain. Fasa memujuk Luke, gagal!





Wednesday, January 13, 2010

angin, sila terbangkan surat ini

Saufi Amri bin Mohamad Zahid
A123 Lorong Tanjung Api 200
25050 Kuantan
Pahang Darul Makmur

No. Tel : 0123456789
Email : rimas_bosan@facebook.com


Kepada yang berkenaan,

Sila Berambus Dengan Kadar Segera

Ini perasaan aku untuk hari semalam. Juga hari ini. Serupa. Aku betul-betul perlukan ruang untuk bernafas dalam udara yang nyaman. Kenapa kau orang tak membenarkan. Sila melangkah ke belakang untuk seketika. Itu aku pinta. Aku tidak bergurau. Aku maksudkannya. Jangan ekori aku untuk seketika. Jangan hubungi aku untuk seketika. Jangan berjumpa aku untuk seketika. Atau boleh aku buat satu permintaan yang sangat hebat?

Tolong jangan ganggu kehidupan aku untuk selamanya.
Aku sangat rimas dengan kehidupan pada hari semalam, hari ini, dan mungkin hari esok dan seterusnya. Jadi, sila berundur. Moga aku akan tersenyum pada esok hari dan hari-hari seterusnya. Kau orang sila berambus. Sebab aku RIMAS.
Sekian, terima kasih.
Tak ikhlas dan tak jujur,
(Saufi Amri bin Mohamad Zahid)

Tuesday, January 12, 2010

ini untuk diana, ain, luke




Diana,
Kami sedang bersedih. Betul, memang sedih. Tapi tak menangis. Kehilangan mood secara tiba-tiba. Keghairahan seperti pudar sedikit demi sedikit. Bayangan indah seperti ditutupi oleh kabus-kabus. Tak nampak. Ah, pelangi semakin beranjak pergi. Tapi kami faham. Serius.
Ain,
Tiba-tiba kau juga rasa seperti kehilangan semangat. Kata-kata semakin hilang seri. Entah ke mana hilang dan terbang. Persis sang merak kehilangan bulu-bulu megahnya. Boleh aku buat 1 permintaan? Datangkan semula semangat kau yang hilang itu.

Lukman,

Kau memang tak pernah baca blog aku. Tak apa. Kau memang bukan seorang penggemar dunia blog. Facebook juga kau jarang mengikuti perkembangan walaupun kau seoarang Software Engineer. (ok, aku harap betul jawatan kau ini.) Kau tiada, semangat juga terbang bebas. Cis punya semangat.

......kita merancang, Allah juga perancang terhebat.....

Thursday, January 7, 2010

luka itu darah itu pitam itu tidur

Jari aku kena besi. Fuh, aku yang mabuk darah terus dilanda kepitaman. Pitam, berpusing-pusing dunia, lalu terduduk.




Bengkak ibu jari aku. Gila dalam. Darah macam malu untuk berhenti selama sejam lebih. Aku memang gagal dalam bab menghentikan darah dari berterusan keluar macam air.










Rakan sepejabat mengambil plaster. Ah, klasik betul plaster dia.

Serius, aku rasa gila tak kool sebab membenarkan ibu jari aku berbalut plaster klasik ni. Baik, perlu lakukan sesuatu. Sebelum tu, aku nak tidur dulu. Tak tipu, tak larat nak bangun. Tolongggg!!!




zzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzz







Sangat menarik dapat tidur selama sejam di dalam surau pejabat. Misi seterusnya, menuju ke farmasi terdekat. Ok, terus terang je. Bukan nak beli ubat pun. Nak beli plaster baru. Biar nampak kool. Hah, inilah hasil yang tak berapa nak memberangsangkan.



Namanya ialah Mami Momi Kids Plaster.


Nota kaki: Saya adalah penakut darah.

mereka kasih cinta aku

Hidup perlu ada kasih sayang. Perlu selalu wujud rasa mengasihi dan dicintai. Baiklah, cinta tak perlu tipikal. Di sini, konteksnya berbeza. Bukan antara lelaki dan wanita. Sebut cinta, itu saja dalam otak, kan? Sila fikir di luar kotak. Dalam kotak gelap. Tak nampak. Ok, aku tahu tak ramai sayang aku sejujurnya. Tapi aku tabah. Tak perlu gopoh. Gelabah jauh sekali. Cuma aku doa, panjangkan peluang aku untuk bersama insan-insan ini. Dunia aku kekurangan warna tanpa mereka mengelilingi aku. Inilah mereka;



Nurul Iris Safwa


Mohammad Adam Hafiey

Sara Abida Zulfa

Nurul Ieyman Safiyyah

Mohammad Aiman Syafiq
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ok, yang seorang ini membuatkan perjalanan emosi menjadi lebih lambat. Langkah rasa terlalu lembap. Baiklah, aku mengaku kalau sebut nama dia, aku boleh menangis. Perkenalkan,
-
-
-
-
-
-
-


Raudhatus Syifa'

Tepuk, tepuk, tepuk. Walaupun Syifa' tak pernah tahu yang Alang ni pakcik Syifa', tapi Alang reda dengan apa yang Tuhan bagi. Cuma Alang kesiankan Mak Tok sebab Syifa' tak pernah panggil Mak Tok. Abah Aki pun. Walaupun Syifa' tak pernah tahu yang kami sekeluarga juga adalah keluarga Syifa', tapi kami sayangkan Syifa'. Syifa' jadi budak baik ok. Dah besar nanti, Syifa' akan faham semuanya. Insyaallah.

Ayuh kesat air mata. Damn!!!

Wednesday, January 6, 2010

gila rasa cool

Cool. Ok, aku tukar latar belakang. Tiba-tiba rasa serabut dan rimas dengan warna oren yang biasa je aku tengok! Aku rasa tenang dengan putih yang hebat. Senang orang nak baca. Ah, berapa kerat yang baca? Tengok komen-komen aku, kalau tak ain guzzle yang petite itu, pasti diana ghazali yang sepet itu. Yang lain? Sekadar menyinggah. Apapun, terima kasih pada yang sudi menyinggah. Sayang kamu semua.

Aku berperangai pelik hari ini. Apa yang pelik? Ok, aku buat air milo. Aku tak suka minum air milo. Ustazah aku cakap milo tak bagus. Tapi aku tak terpengaruh pun. Tapi hari ini, milo membangkitkan nafsu aku ke aras tertinggi. Ah, tak mampu mengawal. Nah, milo secawan besar.

Dah. Nanti update lagi. Sekarang harus bagi tumpuan pada kerja. Damn!! Belum siap key in data.

Monday, January 4, 2010

aku sayang dia dan dia tak perlu sayang aku.

Tahun 2010 bermula dengan penuh busuk. Dush, aku perlukan perfume baru segera. Menanti perfume yang akan diterbangkan jauh dari UK. Pemberian ikhlas Adib. Hai, sayang betul adik aku ni kat aku. Beli Hugo Boss walaupun aku sangat bersemangat nakkan Boss Pure. Tapi pemberian ikhlas tu dah cukup mewangikan hadiah tu. Kan? Satu lagi Diesel Fuel for Life (gift set). Walaupun Diesel tak termasuk dalam senarai aku bagi pada dia. Tapi takpe. Sayang Adib. Muahh.

Kenapa busuk eh? Aku memberanikan diri bersuara pada seseorang. Gila tul. Bangang ada, bengong ada, bangsat ada, hah, celaka pun ada. Bapak barai perangai aku. Aku bagitahu je. Tapi dah dia tak suka. Dia dah macam taknak tegur aku. Uwaaaaaa. Ok. Cool. Tapi dah aku sayang dia. Tett!!! Tapi aku tak harap pun dia rasa yang sama. Cukuplah dia nak jadi kawan aku, sahabat aku, teman aku. Yang aku boleh jadi pendamping di dunia dan di akhirat. Yang boleh membantu aku di waktu aku susah. Yang boleh berada di sisi aku bila aku perlukan. Yang boleh jaga aku bila aku sakit. Oh, esok ada treatment lagi. Bullshit!!!

Kawan, aku sayangkan kau. Aku perlukan sokongan dari kau untuk membantu aku dan mengubah aku. Jangan biarkan aku hidup dalam kekosongan. Peluki aku dengan rasa keikhlasan. Jangan penuhi hatimu dengan dendam dan benci. Ah, malas nak jiwang. Ok. Rasa kali ketiga ini sangat sakit. Betul. Yang pertama dan kedua dulu tak sesakit ini. Yang ketiga ni rasa macam kalau ada duit banyak, nak berhenti kerja nak pergi melancong mana-mana. Tinggalkan sekejap Malaysia selama 4 bulan setengah. Taknak berhubung dengan sesiapapun. Balik je, dengan imej baru. Semangat baru. Motivasi baru. Hell yeah!!! Hai, kena cari orang kaya yang boleh tanggung kehidupan aku ni. Gila sial niat kan?

Ok, berhenti beremosi sebentar. Saufi Amri, kau kan salah seorang ahli Civil Society. Mana boleh berfikiran macam orang lain. Kenalah lain daripada yang lain. Ok-ok. Mari meniup angin. Dan terbang bersama aingin. Angin, mari terbangkan aku kepada rasa yang sangat bahagia. Haaah, nikmatnya rasa. Bayangkan boleh terbang macam Harry Potter. Taknak. Nak terbang macam para-para. Comel seh.

Kawan, aku sayangkan kau. Dan kau tak perlu sayang aku seperti mana aku sayang kau. Cukup kau jadi teman, kawan, sahabat aku. Dunia akhirat.

Sunday, January 3, 2010

berakhir di januari

Dan kini dia memberikan aku benci
Aku menangis rindu

Dan kini dia hadiahkan derita
Aku menangis rindu

Itu yang terbaik

Saturday, January 2, 2010

entri panjang untuk kawan-kawan

ini entri yang ke 101. jadi untuk entri ini, aku biarkan ia menjadi sebuah entri yang biasa dan lari dari norma. untuk yang memahami, bagus. pada yang tak, itu tak penting pun.

hari-hari yang aku lalui, aku jadikan sebagai kenangan yang tak hilang begitu saja. apapun kenangan itu, samada berdiri di atas landasan bahagia atau derita, aku ambil dan sematkan dalam hati. sekaligus membanyakkan muka surat dalam naskah kenangan yang akan terus berada di dalam hati. dan kenangan-kenangan ini akan lebih bermakna bilamana aku lalui dan ciptakan bersama mereka yang dekat dengan hati aku. hidup akan sunyi bila ruang lingkup kehidupan tidak dikelilingi dengan insan-insan yang banyak berkongsi rasa, kita panggil mereka kawan.

entah mana silap, aku tak punya ramai kawan yang sebetulnya dekat di hati. aku memilih. itu alasan yang terlalu kukuh. atas hukum apa aku menjadi seorang yang terlalu memilih, aku kurang pasti. dan akhirnya, aku tak punya ramai kawan. orang cakap, pi mai pi mai tang tu. dan kerana kawanlah, hati aku banyak dilengkapi dengan pelbagai emosi. semua menjadi satu. rasa suka, duka, ketawa, menangis, rindu, benci, cinta. ah, semuanya ada kan? aku terlalu menghargai kawan-kawan yang menerima aku seadanya. kadang-kadang susah menjadi manusia lain hanya untuk memberi kepuasan yang maksimum. jadi jalan terbaik, jadilah diri sendiri walau ada yang memandang nista.

aku rindukan kawan-kawan. adakah kawan-kawan juga merindui aku? nak aku senaraikan kawan-kawan yang aku rindu? oh, jangan. itu akan mendedahkan secara terperinci betapa jumlahnya terlalu sedikit. tipikal manusia akan cakap "kualiti lebih berharga daripada kuantiti." dan aku harus bersetuju walau kadang kala aku rasa "kuantiti kadang-kala menunjukkan penerimaan orang ramai terhadap kita." aku rindukan kamu, kamu, kamu, kamu. kamu adalah kawan-kawan.

aku pernah ada kawan-kawan yang selalu di sisi. mendengar segala cerita yang ada. setia mendengar. ketawa bersama. menangis bersama. dan sekarang, aku seperti kehilangan semua itu. aku ketawa bersama kawan-kawan, tetapi menangis sendirian. siapa yang sudi berkongsi dan mendengar? siapa yang sudi memberi bahagia yang hujungnya terlalu indah? siapa yang ingin menyayangi? ah, aku terlalu rindukan kawan-kawan.

aku percaya, hadiah yang bernilai dalam persahabatan adalah keinginan untuk berkongsi cerita dan emosi. itu akan memberikan satu pengalaman yang terlalu sukar untuk dibuang. untuk semua kawan-kawan yang menerima aku, penghargaan yang terlalu sukar dicari dalam bentuk material aku kalungkan untuk kalian. untuk segala dusta dan nista yang pernah tercalit dalam lembaran persahabatan kita, keampunan dari hati yang terlalu kecil untuk disayangi. untuk semua pengorbanan yang pernah ada dan mungkin akan terjadi, aku hanya mampu mengungkapkan kata yang terlalu dekat di hati kita semua, terima kasih. dan satu perkara yang aku jujur katakan pada kalian, aku sayangkan kawan-kawan walau aku tahu sayang itu mungkin tidak berbalas.

untuk sebuah rindu ini, aku terlalu menghargai kalian, kawan-kawan.

aku mahu... tak tercapai

Jangan dekati aku
Itu bisa menyuburkan rasa rindu
Jangan lemparkan senyummu
Kelak bayangmu berterusan memburu
Jangan layarkan manjamu
Takut hanya kamu yang aku mahu

Berikan aku dinginmu
Walau aku akan menangis rindu
Berikan aku bencimu
Walau aku akan menangis rindu
Berikan aku amarahmu
Walau aku akan menangis rindu

Aku berterusan bertanya
Kenapa hanya kamu yang aku mahu
Aku berterusan keliru
Kenapa hanya kamu yang aku mahu
Aku berterusan buntu
Kenapa hanya kamu yang aku mahu

Dan sehingga kini
Aku tak tercapai apa yang aku mahu

Friday, January 1, 2010

2010 datang

Selamat tahun baru 2010 semua. Macamlah ramai baca blog ni nak sebut semua!! Moga tahun baru membawa kegembiraan pada semua. Ini juga namanya resolusi kan? Resolusi aku, tak ada. Tiap-tiap hari aku memendam sebuah resolusi itu. Tapi hampeh. Aku yang kecewa sebab tak pernah tercapai. Jadi, pergi jalanlah dengan resolusi.


HAVE A GREAT NEW YEAR. MAY EACH DAY OF THE YEAR AHEAD FILL YOUR WORLD WITH SWEETNESS AND HAPPINESS.