Friday, January 30, 2009

kita yang tentukan sebenarnya

Entri yang pernah aku baca ini cukup memberi kesan kepada aku. Aku berfikir kalau mereka boleh kenapa aku nak mengeluh. Merepek dan melampau. Mungkin. Aku petik dari salah satu blog yang aku suka.

"Cukup ke RM400 sebulan?? Apa you makan??Jawabnya lebih menyedihkan.Abang, RM400 cukup untuk saya abang. Saya lagi hantar wang balik kampung. Cukuplah abang. Kalau saya duduk di Bangladesh sampai ini hari saya takkan dapat rasa gaji banyak RM400. Saya sana tada kerja, miskin.RM400 itu jumlah paling banyak pernah diterima dalam hidupnya"

Apa yang aku lakukan kini harganya juga RM400 sebulan. Mulanya aku terfikir cukupkah untuk aku menampung kehidupan yang agak mahal. Aku kadang kala mengeluh. Hidup di Kuala Lumpur yang kononnya serba lengkap ni memang menyesakkan jiwa sebenarnya. Segalanya perlukan duit. RM400 sebulan kalau difirkan secara logiknya memang langsung tidak mencukupi.

Tapi aku kena redah juga laluan ini. Aku suka atau aku tak suka hanya ini yang akan aku dapat nanti. Perjalanan hidup aku untuk beberapa bulan ini kalau celaka pun tak siapa yang akan ambil peduli. RM400 yang aku peroleh nanti hanya untuk menampung nafsu aku seorang sahaja. Aku tak perlu berkongsi rezeki dan nikmat itu dengan manusia yang lain.

Teringat kudrat yang abah aku gunakan untuk membesarkan 10 orang anak dalam kehidupan yang tidak seimbang. Dengan gaji yang sedikit, abah dikurniakan rezeki anak yang ramai. Bukankah itu namanya juga rezeki? Gaji abah yang sedikit itu pun mampu menyuap nasi dan menyarung baju seluruh ahli rumah, takkan aku tak mampu untuk memberi sedikit makna kepuasan untuk diri sendiri. Memang bodoh dan bangsat lah kalau alasan lebih banyak dari ketabahan. Ahli rumah kami ramai juga yang melangkah ke taman ilmu yang tinggi. Jangan mengeluh Amri!

Wednesday, January 28, 2009

ahli rumah baru


Alhamdulillah, pada jam 530 pagi tadi kakak aku selamat melahirkan anak keduanya. Baby girl. Semoga lahirnya seorg lagi umat Rasulullah ini mampu memberi sumbangan yg berguna kepada agama dan negara suatu hari kelak. Amin. Sempat aku telefon kakak aku tadi bertanyakan khabar dan yg paling penting mestilah nak tahu nama kan? Nama baby baru ni ialah Nurul Iris Safwa binti Mohd Rizal. Saffiyah dapat adik baru. Dapat kawan utk dia main anak patung nanti.

Cupcakes utk baby baru. Tapi baby Iris tak boleh makan lagi. Hee

Friday, January 23, 2009

apa lagi yang mampu dikatakan?

Semalam di ofis aku terima satu sms dari seorg bekas rakan sekelas aku ketika di sekolah menengah. Sms tersebut berbunyi;

"Slm..klu nk tgok x-IHSAN y seksi gle..bli REMAJA 15 Jan m/s 35"


Tiada kena mengena dgn bekas pelajar yg seksi itu. Sekadar hiasan


Saat aku membaca sms tersebut, tiada sebarang rasa terkejut hatta sekelumit pun. Aku yakin, setiap manusia yg pernah menuntut di sekolah yg sama dgn bekas pelajar yg dikatakan "seksi gile" itu, lebih kenal siapa empunya badan itu. Untuk aku mengutarakan pendapat aku tentang perkara yg mungkin boleh diklasifikasikan sebagai melampau ini, mungkin bukan satu idea yg bagus. Sedang aku masih berjuang untuk memperbaiki kelemahan yg ada ini, aku juga perlukan bimbingan.Lagi sekali pertanyaan yg sering aku ajukan pada diri sendiri; apa yg kita cari sebenarnya? Masing-masing dikurniakan akal fikiran yg menjadikan kita sebagai seorg yg waras. Gunakanlah sebaik mungkin. Semoga Tuhan membuka pintu hatinya utk melupakan segala kenikmatan dunia yg menutup pintu-pintu pahala. Juga utk kita semua, moga Tuhan juga membuka pintu hati kita utk menerima segala kebaikan dan kebahagiaan yg hakiki. Amin.

Thursday, January 22, 2009

yang dikejar itu: kenikmatan atau kehambaan?

Tarikh: 21 Januari 2009

Tempat: TGV KLCC

Filem: Maut
Antara barisan pelakon MAUT. Adakah keinsafan terbit di hati mereka? Atau mereka hanya melakonkan watak yg diberi tanpa ada sekelumit rasa insaf? Tepuk dada tanyalah Iman

Menonton sebuah lagi filem hasil sentuhan Bade memberi satu perspektif baru dlm kehidupan aku. Kehidupan yg seperti mana yg ingin aku jejaki? Kehidupan yg penuh dgn segala kenikmatan hidup? Kehidupan yg penuh dgn rasa kehambaan pada Penciptanya? Tamatnya cerita Maut, saat lampu dibuka aku tertanya sendirian; agak-agak berapa ramai yg menonton Maut malam ni yg sanggup menggadaikan solat Maghrib mereka memandangkan waktu tayangan adalah pada jam 7.30 malam? Alhamdulillah aku masih tahu apa tanggungjawab aku sebagai seorg Muslim. Lewat sedikit menonton bukan satu masalah. Jangan sampai tanggungjawab itu ternoda oleh dosa yg terpalit gara-gara menonton sebuah filem berunsurkan dakwah itu. Kalau apa yg ditonton itu belum mampu membuka mata mereka betapa maut itu boleh menjemput kita pada bila-bila masa, dalam apa jua keadaan, apakah yg dicarinya sebenarnya dalam filem itu? Adakah sekadar ingin berhibur? Tepuk dada tanyalah sejauh mana tahap keimanan kita semua.

Teringat ajakan seorang teman untuk berlibur di sebuah kelab malam yg aku pun tak tahu tahap kepopularannya. Terletak di Kuantan. Aku keliru. Inikah yg aku cari? Sebagai seorg Muslim yg pernah menuntut di salah sebuah sekolah aliran agama dan menyambung perlajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, apakah aku lupa tentang batas-batas seorg Islam? Ajakan itu aku tolak. Aku pohon pada Tuhan utk selamatkan aku dari anasir-anasir yg cuba menjatuhkan maruah aku sebagai seorg Muslim yg tidak pernah lekang dari berbuat dosa yg bagaikan butiran pasir di pantai. Terlalu banyak.

Terima kasih kepada pengarah ini yg sanggup mengambil risiko dgn memaparkan sisi gelap manusia di muka bumi Allah ini. Sisi inilah yg menjadi pilihan utama sebahagiaan daripada kita semua. Berfikir sejenak; apakah yg ingin di cari dlm kehidupan ini? Apakah yg ingin dicapai selepas maut itu menjemput tuannya ke tempat asalnya? Apakah syurga yg kita cari? Atau kita sendiri masih keliru dgn apa yg kita inginkan dlm sebuah kehidupan dan kematian? Tuhan itu Maha Pengampun lagi Maha Menyayangi. Amin

Wednesday, January 21, 2009

aku bahagia di penang

Apa yg aku nak cakap kat sini ialah, perjalanan dan pengembaraan aku ke Penang selama 3 hari bermula pada hari Jumaat hingga Ahad adalah pengalaman yg sgt berharga dan bahagia. Antara 4 Gemilang Away Day yg aku dah pernah pergi, aku tak boleh nafikan yg pengalaman kali ini sgt berbeza dan melahirkan sebuah perasaan yg sgt berlainan. Keberangkatan aku ke Penang bersama teman-teman diiringi oleh air mata Fifi yg sgt menzahirkan sisi melankolik seorg Fatin Filzah Mohd Sabri. Segalanya harus dikenang dan tidak harus dilupakan. Lupakan Pasal makanan yg kurang umphhh kat hotel tu. Lupakan juga dgn aktiviti perjalanan ke tempat-tempat menarik yg sgt kurang tu. Cukup dgn segala kegembiraan yg jujur itu. Kongsi pasembor ramai-ramai,beli sate ikan pastu kongsi jugak ramai-ramai. Macam-macam lagi kegembiraan tu. Aku mmg bahagia di Penang.


p/s: nanti aku upload gambar ye!!

Thursday, January 15, 2009

oda bumi anbia



Title: Oda Bumi Anbia
Song by: Dato' Siti Nurhaliza


Iznkanlah aku bercerita

Sebuah kisah yang telah engkau tahu

Dari kaca TV dan di dada-dada akhbar

Kau sendiri melihat dan mendengarnya bukan?

Penganiayaan datu bangsa terhadap

Satu bangsa yang lain
Begitulah apabila kemanusiaan

Di penghujung kewarasan


Merengkok tubuh mungil

Di atas pasir berbumbung langit

Entah apalah dosanya

Rebah dihinggap peluru yang tak bermata


Berkawat lasykar angkuh

Di balik jentera perisainya

Berselendangkan senjata

Tiada belas nuraga nun dihatinya


Dunia bagai pejamkan mata

Serta terpasung tangannya

tidak mampu berbuat apa

sedangkan mungkar beraja... oh

(oh mengapa?... ohhh)


Netzarim, Khan Yunis, Gaza, Jenin,Namlus

dan sepanjang tebing barat

Hari demi hari
Lasykar angkuh ini

Terus mengganas mencari mangsanya

Kanak-kanak atau orang tua

Tidak mengapa

Pada mereka sama sahaja!


Mengalir darah merah

Di atas bumi suci Anbia

Laungan Intifada

Bergema membakar semangat perjuangannya


Sampai bila...?

Sampai bilakah penindasan dan kekejaman ini akan berterusan?

Sampai bilakah bumi Anbia ini akan terus terkapai-kapai mencari keadilan dan kebebasan?

Aku sendiri menanti jawapnya...

Wednesday, January 14, 2009

kutuk, mengutuk, terkutuk

Sekadar berkongsi pendapat dan luahan. Bukan utk kepuasan diri sendiri atau sesiapa, tapi sekadar rasa ingin berkongsi. Setiap hari kita akan digemparkan dgn cerita-cerita dan gambar-gambar yg sungguh menyayat hati. Bukan sesuatu yg mengejutkan andai ada di kalangan kita yg mengalir air mata tatkala mata menatap gambar-gambar yg penuh 1001 kedukaan dan kepiluan. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan kanak-kanak dan warga emas. Bom sana. Bom sini. Bom seolah-olah menjadi makanan mereka setiap masa dan ketika. Betapa kejamnya manusia yg sanggup mencemarkan kedaulatan bumi itu dgn lautan darah dari mereka yg tidak berdosa.

Situasi yg menyebabkan aku terfikir dan terdetik:

Perkahwinan Mawi&Ekin, Dato' Siti&Dato' K. Mereka umpama putera dan puteri kayangan yg diangkat martabatnya hingga mencecah langit. Penaja-penaja begitu bermurah hati utk menghulur demi kelangsungan majlis yg ditunggu-tunggu oleh setiap umat di Malaysia dan serantau. Tapi bukan penajaan ini yg menyakitkan hati aku. Tapi apa yg meyebabkan aku terfikir hingga kadang-kadang membuatkan aku menyampah ialah reaksi oleh manusia-manusia yg membuatkan aku ingin ketawa sinis sendirian. Reaksi yg ditunjukkan oleh manusia sekililing apabali mendengar penajaan perkahwinan-perkahwinan ini mencecah jutaan ringgit sungguh menjengkilkan. Ayat-ayat yg terhembur keluar antaranya;

1) "daripada diorg ni taja kahwin artis yg dah memang jutawan, baiklah bantu org susah yg ramai kat Malaysia ni"
2) "baiklah diorg ni tolong org2 kat Palestin tu"

Kelakar. Kita suka menyuruh tangan yg lain menghulur tapi hakikatnya kita sendiri tidak ingin utk melakukannya. Ramai antara pengutuk-pengutuk di atas yg hanya pandai bercakap tetapi tidak ingin utk melakukan apa yg terucap. Memang kelakar. Berapa ramai di kalangan pengutuk-pengutuk di atas yg sudi menghulurkan bantuan utk membantu mereka yg memerlukan? Program Bersamamu TV3, berapa banyak sumbang yg diterima? Berapa ramai yg membantu? 20 juta manusia di Malaysia? Dah tentu TAK!!! Tabung Gaza yg dilancarkan di UIA berjaya mengutip dana sebanyak RM4000. RM4000!!!! Kapasiti UIA lebih kurang 20,000. Aku pasti TAK SEMUA YG MENGHULURKAN BANTUAN!!! Kita hanya pandai bercakap kan??!!

Bila melintas depan peminta sedekah, jangankan utk melihat, menghulurkan hatta RM0.10 kita tak ingin. Malah dicacinya mereka. Kata-kata yg PALING POPULAR yg akan keluar ialah;
"ala sindiket la tu"

Mentaliti inilah yg menyebabkan kita lupa utk bersyukur. Tidak perlu wang yg beribu-ribu atau berjuta-juta utk membantu. Utk membantu, tiada istilah sikit atau banyak. Cukuplah sekadar yg termampu. Dan yang paling penting; TIDAK PERLU MENGUTUK ORG LAIN YG MEMBERI TAJAAN PADA ARTIS-ARTIS DI MALAYSIA KALAU KITA SENDIRI PUN TAK INGIN MEMBANTU HATTA RM1 SAHAJA!!!