Saturday, September 29, 2012

zakat itu berkat

Assalamualaikum.

Have you had your shake today?

Semalam lepas kerajaan bentangkan bajet 2013, macam biasa rumah siap cantik-cantik pun, tukul masih juga nak berbunyi kan. Salah satu darinya BONUS! Macam biasa, ada juga yang sedikit tak berpuas hati. Sepertinya cukai yang kami para pekerja swasta bayar adalah untuk menampung pemberian BONUS pada mereka. Aku sedikit tak berbekas dalam hati. Rezeki masing-masing kan. Bukan kerajaan yang tentukan. Bukan juga kita yang tentukan. Semuanya berbalik kepada Allah juga kan? Mungkin aku seorang sahaja yang tak ambil pusing tentang BONUS mereka. Jujurnya, aku langsung tak berminat nak dengar pembentangan bajet tu. Aku tidur. Kau Amri! Tapi aku memang dari mula kerja beberapa tahun lepas pun memang tak berminat langsung nak tahu bajet-bajet yang macam bajet tu. Sebabnya sebagai pekerja swasta, anda sangat digalakkan untuk melopongkan mulut anda seluas-luasnya bila dengar bajet. Kenapa? Di akhirnya, semua pekerja swasta akan bertanya soalan yang sama, "ok, apa kami dapat?" Kan? Hehe.

Ya, ramai yang tak berpuas hati tentang pembayaran cukai. Sebenarnya senang. Naikkan potongan bayaran zakat. Makanya, cukai anda berkurangan secara automatisnya. Cumanya, masih ramai yang tak pernah dengar tentang zakat pendapatan. Ok, sedih. Sila bersedih sekarang. Kau kan, kalau Ifong atau Samseng nak keluarkan gajet baru, cepat je kau update kan. Pasal zakat yang wajib sangat-sangat tu, sebelah mata pun tak nampak. Tapi jujur, memang ramai tak ambil endah pun tentang zakat pendapatan. Baik, dulu kan aku kerja sebagai Pembantu Pegawai Zakat. Ha, sila teruja dengan jawatan tersebut. Bahasa senang, Amil. Memang pengalaman aku, ramai yang masih kosong pengetahuan tentang zakat pendapatan walaupun gaji dah berpuluh ribu. Tak mengapa, belum terlewat. Ayuh, langkahkan kaki anda menuju ke Pusat Zakat berhampiran. Mulakan membuat potongan zakat.

Cuma sedikit sedih, bila ramai yang memberi alasan kenapa mereka masih tidak membuat potongan zakat. Senang saja alasan, belum cukup nisab. Serius, aku sedih. Terfikir, setiap bulan kita semua sanggup bayar bil telefon yang tinggi. Bayar kereta. Bayar rumah. Baik, itu semua keperluan. Tapi semuanya kita punya pilihan bukan? Dari guna bil, kenapa tak topup biasa sahaja? Kereta mahu beli besar-besar, kenapa tak beli kereta paling murah? Baik, bukan mahu pertikaikan pilihan kita semua. Aku juga bayar bil, bayar kereta. Cumanya, sekiranya kita mampu keluarkan duit untuk ini semua, kenapa tidak untuk bayar 2.5% sahaja bagi tujuan ZAKAT? Itu belum kira kos hiburan kita lagi. Karaoke, tengok wayang, makan meatball di IKEA, makan sushi, beli perfume dan segala macam lagilah. Kita sanggup untuk itu semua. Tapi kenapa masih beralasan untuk keluarkan 2.5% sahaja dari pendapatan kita untuk zakat? Jom, ubah situasi ini. Harta kita bukan sepenuhnya untuk kita. Itu untuk dikongsi. Cantik kan Islam. Kita berkongsi. Bilamana kita mampu untuk keluarkan duit untuk segala macam bentuk hiburan, itu bermakna kita mampu untuk berzakat. Percayalah. Mari, berlum terlambat untuk kita berzakat. 


“Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada bulan Ramadhan.” (al-Bukhari dan Muslim)


Zakat itu indah. Itulah sumbangan kita. Kalaupun tak banyak, tapi itu mencukupi. 


Dari ‘Asma binti Abu Bakar as-Siddiq r.a katanya, dia datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu dia bertanya:”Ya nabi Allah! Aku tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zuber (suamiku) kepaku (untuk belanja rumahtangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu kusedekahkan ala kadarnya ?”Jawab nabi s.a.w :”Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu dan jangan menghitung-hitung kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepadamu dan akan kedekut kepadamu.” (Muslim)



Pendapatan kita tak beerti gaji sahaja, tapi juga perniagaan yang kita usahakan. Itulah pendapatan kita. Barangkali ada antara kita yang membuat kerja sambilan dengan memulakan bisnes secara online. Itulah pendapatan kita sebenarnya. Aku berpesan juga untuk diri sendiri supaya jangan pernah lupa untuk keluarkan zakat melalui Herbalife. Semua Herbalifer akan dapat income setiap 15 haribulan kan? Mari, zakatkannya. Alhamdulillah, Allah bagi peluang pada kita semua untuk berzakat. Zakat, itulah keberkatan kita yang tersembunyi. Dan kita yang harus mencarinya. Zakat, hidup pasti berkat. InsyaAllah.

Wednesday, September 26, 2012

penang horey!

Assalamualaikum.

Have you had your shake today?

Ok, cerita ini dah berminggu pun berlalu. Tapi keterujaan masih berbekas di hati. Chewah. Setelah hampir 2 tahun duk ulang ayat yang sama, baru kali ini menjadi realiti. Ayat apa? Hah, ini ayatnya;

"wey, jom gi Penang!"

Bayangkan, 2 tahun punya cakap, baru menjadi kenyataan. Itu Penang. Bayangkan ayat kami yang berbunyi;

"wey, jom gi Vietnam."

Aku tak ada idea bila kami akan betul-betul sampai ke Vietnam. Tapi walaupun 2 tahun baru kami realisasikannya, kami gembira. Baiklah. Dulu yang asyik menyebut ayat di atas memanglah ramai. Apakan daya, masa berubah. Manusia juga berubah. Lupakan kisah sedih. Lupakan.

Seronok. Itu kata paling sesuai. Juga teruja. Kami mulakan perjalanan kami dengan masing-masing pertaruhkan RM250.00 sebagai perbelanjaan sepanjang perjalanan dari KL. Pertaruhkan itu bunyinya seakan berjudi. Tapi takkkkkk. Memandangkan kami berenam, makanya dua biji kereta diperlukan. Serius, dalam hati aku asyik tertanya-tanya cukup ke duit RM250.00 seorang ni? 3 hari ok! Pergi Penang selepas raya bukanlah satu idea yang bagus sebenarnya. Memang tak bagus pun hoi. Raya pun dah habis beribu masing-masing. Saki baki itulah buat bekalan ke Penang. Kalau tak cukup, menangis jela kat jambatan Pulau Pinang tu. 

RM250.00 jika didarabkan dengan 6 manusia, makanya jadilah RM1500.00. Harus rancang dengan betul. RM1500.00 inilah duit untuk petrol sepanjang perjalanan pergi balik. Inilah juga duit untuk makan minum kami. Penginapan juga ok! Duit tiket masuk muzium itu, muzium ini. Naik itu, naik ini. Fuh, semput. Walaupun aku kenkonon risau, tapi redah. Sampai ke Alor Setar, Taiping, Ipoh. Balik KL ahad tu makan di restoran arab lagi. Hambik kau. Di Penang, masuk situ, masuk sini. Makan pasemboq dan char kuey tiaw yang mahal tu. Fuh. Konon je kan risau. Tapi sangat membanggakan, dari RM250.00 yang kami cagarkan, kami dapat pulangan semula hampir RM62 seorang. Apa? Hah, percutian tak perlu kemewahan mana pun kan. Cukup dapat bersama teman-teman. Menghabiskan masa bersama-sama. Bergelak ketawa. Hotel mewah? Itu sangatlah bukan cara kami. 

Makan memang banyak. Oh, teringat donut yang Su Joh bagi yang sangat lembut dan sedap itu. Entah berapa biji aku makan donut tu? Lebih 5 bijik. Mungkin. Aduh, berapa ribu kalori ni dah masuk dalam badan? Tapi jangan risau. Teamix dan Aloe Herbalife ada. Hip hip horey. Boleh menghalau semula kalori-kalori tadi. Alhamdulillah. Yeaayyyyy.



















 Bai Penang. Jumpa lagi.


Ini di Saba, Setiawangsa. Slurrrpppp.


InsyaAllah ada rezeki, kita ke tempat lain pula. Perancangan kita, Kundasang!. Yipppiiii. Dayah, sila buat kutipan RM50 setiap bulan dari sekarang. 

pergilah rindu

Tak pernah aku pinta untuk rindu ini menjengah ruang hati semula.
Rasa rindu ini hanya mengundang derita.
Hari yang dilalui seperti lambat gerakan waktunya.
Seolahnya memberi detik yang lebih untuk rasa rindu ini menghuni jiwa ini.
Andai aku mampu padam semua cerita dulu, aku lakukannya.
Bukan atas nama benci.
Itu untuk sesuatu yang dinamakan ketenangan.
Biar kita semua terus senyum tanpa sembunyikan semua derita.
Biar kita tak lagi menjadi palsu di hadapan semua.

Rindu, pergilah.
Jangan lagi diganggu hati ini.
Izinkan aku lalui hari dengan gembira.
Jangan berterusan menyeksa raga ini.
Biarkan sengsara terus terbang jauh tinggalkan aku.
Pergilah rindu. Pergilah.
Aku izinkan.



Tuesday, August 7, 2012

nama kami saufi amri

Assalamualaikum.

Have you had your shake today?

Ok. Pernah tak korang rasa yang korang suka sangat dekat seorang guru? Baiklah, suka di sini bukannya "ah, aku dah cinta dengan cikgu tu." Ataupun "aduh, comelnya cikgu tu." Tapi suka di sini maksud dia lebih kurang "cikgu ni baik." atau "cikgu ni pandai ajar sampai saya boleh faham." atau apa-apa lah. Yang penting, ia harus positif. Bukan nak mengada-ngada berlagak macam orang besar-yang-dah-boleh-nikah.

Ini cerita zaman sekolah rendah. Darjah tiga. Lebih tepat, itu di tahun 1994. Sekolah aku Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau. Masa tu ada seorang cikgu praktikal baru masuk. Konon-konon cikgu baru tu tengah dalam praktikal lah. Ajar matematik. Aku suka subjek ni. Sebab tu UPSR dapat A. Ok, tiba-tiba la pulak! Aku kurang pasti suka aku pada cikgu ni adakah sebab dia pandai ajar atau dia baik. Yang aku tahu masa tu pemikiran aku, orang bertudung labuh semuanya baik-baik. Oh ya, cikgu baru tu pakai tudung labuh. Makanya aku sukakan dia sebab aku tahu dia baik. Entah macam mana, aku sedikit rapat dengan dia. Hello, waktu nak raya aku bagi kad raya pada dia ok! Tak pernah-pernah bagi kad raya, itulah julung kalinya. Konon macam "oh cikgu, terimalah kad ini. Khas untukmu." Padahal beli yang paling murah je pun. Istimewanya cikgu baru tu, sampaikan mak ayah aku boleh ingat dia sampai sekarang. Mak ayah aku tak pernah pergi beraya rumah cikgu-cikgu aku. Tapi mak ayah aku pernah pergi beraya di rumah cikgu ni. Haa, kelas kau kan!

Bertemu berpisah adat manusia biasa. Bila dah habis praktikal, merantaulah cikgu ni di tempat lain. Makanya terputus sudah perhubungan kami. Aku selalu berdoa dapat jumpa semula cikgu ni. Serius. Entah kenapa aku memang nak berjumpa cikgu ni. Sebab aku tahu dia memang baik. Dia istimewa. Aku tahu dia ikhlas bila mengajar. Betulkan, bila kita berdoa dan berdoa, Allah akan bagi. Cepat atau lambat. Tahun lepas entah macam mana aku terjumpa cikgu ni dalam Facebook. Susur galur perjalanan pertemuan kami nampak sempurna tapi semuanya macam tiba-tiba. Sepertinya "eh, cikgu." Dan setelah berbelas tahun, kami berjumpa semula. Kenal seisi keluarga dia. Paling macam "eh, yeke?" suami cikgu pun bekerja di Bank Islam. Cumanya aku di HQ, suaminya pula di Cawangan Kuantan. Baiklah, gred beliau lebih tinggi dari aku. Uhukuhukuhuk. Dan paling terharu dapat kenal anak cikgu. Ok, anak cikgu yang sulung umurnya baru 17 tahun. Nak tahu sebab apa terharu? Nak tahu? Ahhhh, nangis. Cikgu namakan anak dia, Ahmad Saufi Amri. Ok, aku ulang Ahmad SAUFI AMRI. Apaaaaaa?


Perkenalkan Ahmad Saufi Amri

Kadang terfikir, apa kelebihan aku sampai nama kami sama? Seorang budak hingusan seperti aku boleh mencipta satu kenangan buat cikgu. Apapun, aku sentiasa akan terus mendoakan kebaikan akan melimpahi kehidupan cikgu. Jasa seorang guru, tak mungkin dapat dilupakan. Mereka juga ibu dan bapa kita. 

Dengan hormatnya, jeng jeng jeng. Inilah cikgu aku itu,


Cikgu Norateka






Tuesday, July 31, 2012

keliru

Entah kenapa, kebelakangan ini suasana rasanya seperti menghimpit. Ada satu rasa yang cuba untuk membuang semangat jauh-jauh. Dan rasa ini sedaya upaya menghilangkan cinta yang semakin lama semakin dipupuk dalam hati. Takut. Kerana itu yang aku inginkan. Itu mimpi aku. Tapi semua mimpi-mimpi itu seolahnya cuba dihalang oleh keadaan sekeliling. 

Aku lemah dengan asakan. Aku cuba untuk menafsir apakah makna asakan itu. Lembut bunyinya asakan itu. Itu pada zahirnya. Demi Allah, aku keliru dengan asakan itu. Apa ada garis ikhlas? Walaupun setitik cuma. Ya, aku lemah. Aku diam. Itu bila aku rasakan ada sesuatu yang tidak enak di pandangan mata aku. Aku melarikan diri. Itu bila keadaan sekeliling langsung tak memberikan keselesaan pada aku. 

Berikan aku masa. Ya, ini bunyinya sungguh mementingkan diri sendiri. Berikan ruang untuk aku tenangkan diri. Biar nanti aku akan bangkit dengan satu semangat yang lebih gagah. Tak serapuh hari ini. Itu sahaja yang aku pinta. Ruang dan masa. Aku hargainya. 


Wednesday, June 27, 2012

puasa dengan herbalife

Assalamualaikum.

 Have you had your shake today?

Wow, sekarang dah Syaaban. Tak lama lagi dah Ramadan. Puasa oi! Siapa yang tak suka kan bila masuk bulan Ramadan? Auranya lain woi. Serius. Memang Ramadan ni bulan yang sungguh ajaib dan magis. Tepuktepuktepuk. Kenapa Ramadan ni ajaib? Meh sini nak bagitahu 

 1) Bulan yang akan buat manusia jadi sangat baik. Nak mengumpat waktu malam pun takut. Sebab takut sia-sia pahala puasa di waktu siangnya. Bagus andai ini dipraktikkan selamanya. Oh, dengan segera aku rasa mahu berhenti mengumpat. Amin. 

 2) Masjid dan surau akan sangat meriah sebab semuanya kalau boleh mahu solat jemaah 5 waktu sehari semalam. Kalau terawih takyah cakap. Silap haribulan kalau datang lambat, kau solat tepi tangga je. 

 3) Baca Quran bukan perkara asing. Semua mahu khatam dalam sebulan walaupun selama ni mungkin ambil masa setahun nak boleh habis setengah kitab. 

 4) Jangan risau pasal makan. Langkah setapak jumpa bazar Ramadan. Langkah lagi 12 tapak, jumpa lagi. Syurga makanan lah pendek kata.


Ok, banyak lagi pasal keajaibannya. Tapi yang lebih ajaib ialah, di saat mulut dan hati asyik cakap nak jadi umat terbaik di bulan yang mulia ini, selalunya kita gagal dalam mengawal nafsu makan. Puasa seharian akan menjadi alasan untuk beli segala macam jenis makanan di bazar Ramadan. Kalau boleh setiap kedai nak beli serba sedikit. Sedekah katanya. Kata kau lah kan! Dulu setiap kali nak buka puasa aku akan jadi gelabah. Haih, apa mahu makan. Zaman duduk dengan keluarga sendiri memang tak payah nak gelabah sangatlah kan. Ibu tak pernah gagal untuk masak. Selalu ibu akan tanya aku apa aku nak makan nanti. Eh, ibu tak tanya abah. Mungkin sebab ibu tahu aku sangat memilih untuk makan. Mengada kau Saufi Amri oi! Cuma sejak masuk Matric UIA sampai sekarang dah kerja di KL, memang akan cari makan sendiri. Haih. Tapi ini dulu lah. Sekarang memang langsung tak rasa gelabah. Nak sahur pun tak gelabah. Sebabnya kan sekarang dah ada Herbalife. Duduk rumah sediakan shake, siap pun hidangan sahur . Nak sahur, tak payah bangun seawal yang boleh untuk masak atau pergi kedai mamak. Ada yang konon-konon makan sahur jam 12 tengah malam sebab takut bangun lambat lantas tak sempat nak masak. Itu bukan sahur abang kakak wey. Berbuka pula cukup sekadar masak nasi sedikit dan kukus ikan dan sayur. Mudah lah sangat wey. Ini contoh carta yang kita semua boleh ikut.




Ini kebiasaan bentuk pemakanan kita. Aku juga dulu macam ini. Bezanya sayur tu memang takkan pernah wujud dalam pinggan aku. Fobia makan sayur. Mungkin sayurofobia. Ok, aku tipu. Takda istilah macam tu pun. Untuk yang fobia sayur macam aku dulu, anda digelar lachanophobia. Tapi ini fobia tahap kaw-kaw lah. Setakat tak suka makan sayur macam aku, jangan nak mengada-ngada nak gelarkan diri anda dengan gelaran ini. Tak cool pun ok.




Ini pula contoh bentuk pemakanan yang harus kita sama-sama amalkan. InsyaAllah akan menjadi berkat. Chewahhh.


Nampak tak, tak ada salahnya pun makan nasi. Itu kan salah satu sumber karbohidrat. Cumanya, kawal pengambilannya. Sederhana sahaja deh.


InsyaAllah jika ini yang kita amalkan, semuanya akan sentiasa cergas dan bertenaga. Paling penting, kita juga akan dapat kekalkan berat badan yang ideal. Inilah masa yang paling sesuai untuk memulakan pengambilan Herbalife anda. Tapi ingat, Herbalife bukan ubat pelangsing atau ubat penyembuh segala macam jenis penyakit. Ini, makanan kesihatan. Tepuktepuktepuk. 



  Hubungi atau sms 012.336.5043 / 013.603.8170 untuk mengetahui lebih lanjut tentang Herbalife.

Wednesday, June 20, 2012

kenapa?

Assalamualaikum semua. Have you had  your shake today?

Ok. Entri ini berbentuk material sikit. Eh, banyak. 

Ramai yang tanya kenapa aku buat keputusan untuk mula bisnes Herbalife. Setakat perli memerli, itu mainan je sekarang. Mula-mula rasa sangat sedih. Tapi lama-lama rasa macam, ah kau kenapa? Nak join, jom lah! Coach saya yang baik hati, nama mereka adalah JuaNadiah. 3 bulan yang lepas, sentiasa ingatkan "Kau kena tulis dream dan goal kau. Nanti boleh tengok semula." Memang. Impian-impian itu aku tengok, dan aku tahu aku harus capai. Ada impian yang nampak seperti kelakar, tapi hakikatnya impian itu hak milik individu. Masih basah dalam memori ingatan ini, STS pertama aku gagahkan diri untuk hadirkan diri setelah asyik tolak pelawaan JuaNadiah. Alasan banyak. Hah kau Saufi Amri! STS pertama ini di Hotel Vistana, Kuantan. Selesai STS, kami menghabiskan masa di Pantai Teluk Chempedak. JuaNadiah tanya, apa impian kau? Aku jawab dengan selamba ok,

 "Dulu aku pernah doa pada Allah, kalaupun umur aku tak panjang, sekurang-kurangnya ambillah nyawa aku setelah aku mampu belikan kereta dan rumah untuk ibu dan abah aku."

Entah. Memang ini doa aku dari dulu. Amalan tak banyak, ada hati kau doa macam ni? Dan Uncle Allen juga pernah tanya kenapa nak buat bisnes Herbalife, dengan selamba juga aku jawab,

"Saya taknak generasi akan datang (anak-anak saya) mewarisi kesusahan dan kemiskinan yang pernah saya lalui."

Penat jadi miskin. Bukan kerana serba kekurangan. Tapi penat dengan pandangan masyarakat. Hina sungguh menjadi miskin, seolah-olah miskin ini satu dosa yang maha hebat. Kerana miskin, pelbagai tohmahan dan kata dusta yang dilemparkan. Setakat air liur, itu minuman. Mak kau pernah kena ludah? Mak kau pernah keliling satu kampung dari rumah ke rumah, tanya ada sesiapa yang mahu servis basuh baju? Ayah kau pernah naik basikal hantar buku sekolah anak yang tertinggal sebab memang tak ada kereta dan nak naik teksi sangat mahal? Ok, tak kisah lah pernah atau tak pernah. Aturan Allah itu tetap cantik. Setiapnya ada hikmah. Setiap satu dari kita ada dramanya. Indah kan aturan ini? Ada kaya, ada miskin. Ada puji, ada hina. Kenapa? Supaya kita lebih kenal, empunya siapa sebenarnya dunia ini?

Herbalife, ini untuk ibu dan abah. Sakitnya buat Herbalife, ini untuk ibu dan abah. Manisnya buat Herbalife, ini untuk ibu dan abah. Susahnya buat Herbalife, ini untuk ibu dan abah. Mudahnya buat Herbalife, ini untuk ibu dan abah. Sebelum Herbalife, bukanlah tak cukup makan. Pegawai bank, gaji hampir RM3500. Rasa besar sungguh. Walau hakikatnya menjadi seorang pegawai bank itu bukan pilihan utama aku, tapi aku gagahkan juga. Kenapa? Semua untuk membuatkan ibu dan abah tersenyum. Sekurang-kurangnya bila ada yang bertanya, "Si Amri tu kerja apa?", mereka boleh tersenyum jawab "Pegawai bank." Bukan untuk bermegah, tapi hakikatnya ini satu kepuasan bagi mereka yang pernah bergelar manusia miskin harta. Bergelar pegawai bank, aku mampu memberi sedikit setiap bulan untuk ibu dan abah. Juga adik-adik. Adik-adik, ada 4 orang. Sekejap nanti adik yang ni mesej nak duit, sekejap nanti adik yang itu. Ayat semua memang sama, "nak pinjam duit sikit boleh?" Ok, memang seposen pun tak pernah bayar. Tabah.

Bila buat Herbalife, tak banyak yang aku dapat. Tapi sekurangnya lebih dari yang sebelumnya. Paling hebat, dapat bekalkan makanan kesihatan untuk ibu dan abah. Ini apa yang aku mampu beli dan berikan sepanjang hampir 4 bulan dalam Herbalife, 


Curi dari Nadiah punya facebook. Abaikan segala macam tulisan dalam gambar. 

Ibu dan abah dapat macam-macam produk dari Herbalife. Bulan pertama hanya mampu bagi ibu dan abah makan Formula 1 dan Teamix. Alhamdulillah bulan kedua dan seterusnya, Allah bagi rezeki untuk tambah NW, Calcium, Omega Oil. Syukur ya Allah. 


Ini namanya penapis air. Ada air panas dan sejuk. Tak payah nak masak atas dapur atau simpan dalam peti ais. Tepuktepuktepuk.

Kenapa beli ini? Satu sahaja tujuannya, untuk memudahkan ibu dan abah minum Herbalife. Tadah air, terus boleh minum. Mula nak beli dan letak di rumah sewa, tapi bila fikirkan lebih baik mudahkan ibu dan abah. Tiap-tiap pagi, aku tadah air sejuk dan air suhu bilik di pejabat untuk bawa balik. Boleh minum shake. Tiap-tiap pagi sampai ada yang cakap aku kedekut. Tak apa. Aku dah imun dengan segala kata cerca.


Impian menjadi kenyataan.

Katakan apa sahaja. Berlagak? Tak apa. Aku gembira dapat berkongsi cerita ini. Dapat belikan TV baru, sangat menyeronokkan. Kelakar kan? Beli TV pun mahu dikongsikan. Tak apa. Aku gembira untuk berkongsi. Boleh tengok Running Man puas-puas dengan TV besar ni oi! =)

Apa yang dapat aku berikan pada ibu dan abah, lebih dari apa yang pernah bayangkan. Herbalife banyak memainkan peranan. Allah datangkan ini, untuk sedikit demi sedikit mengubah sisi hidup aku. Yang hitam, biar jadi lebih suci. Yang gelap, moga-moga ia lebih terang sinarnya. Apa yang aku peroleh ini, jauh andai mahu dibandingkan dengan mereka yang lebih dulu dalam Herbalife. Tapi, inilah permulaannya.  Terima kasih Allah, terima kasih Herbalife.