Wednesday, January 18, 2012

Monday, January 16, 2012

saya sayang bilik kecik saya!

Entahlah aku ni jenis manusia apa? Yang pasti bila di rumah sewa, aku lebih suka habiskan masa dalam bilik sendiri. Berkurung dari pagi sampai malam, itu nyata bukan satu masalah besar bagi aku. Aku selesa walaupun bilik ini kecil sahaja ruangnya. Tv tiada. Radio tiada. Hanya berbekalkan komputer riba, itu sudah cukup. Mahu main game, cukup dengan menggunakan tablet yang ada. Muat turun saja apa jenis permainan. Asalkan syiok! Aku bukanlah sombong, bukan juga tidak mahu bercampur dengan manusia sekeliling. Tapi aku selesa begini. Sekurang-kurangnya buat waktu ini. Ok, waktu kerja yang lain dari yang lain ini sedikit sebanyak membantutkan hasrat aku untuk suka lepak di luar kawasan bilik. Akhirnya aku bayar Astro hanya untuk dijadikan hiasan semata. Mujur berkongsi. Bilik yang kecil dan tak cantik ini, sangat menenangkan perasaan. Oh bilik, aku sayangkan kau!



Tempat yang aku habiskan banyak masa. Dah mengadap laptop, memang boleh lupa banyak perkara. Berhenti untuk solat saja. Makan pun sanggup tangguh.


Tempat untuk beradu dan bermimpi. Juga berbaring saat ralit main game.

Wednesday, January 11, 2012

wordless wednesday

Let the pictures do the talking.











Thursday, January 5, 2012

dua ribu dua belas. rindu. sungguh.


Dush, dah masuk tahun baru. Dua ribu dua belas. Sekejap sungguh masa berlalu. Banyak kenangan yang dicipta di tahun-tahun yang sudah. Jika ditanya tahun-tahun sudah manakah yang paling dirindui, aku dengan bangga mahu nyatakan yang aku sangat rindukan zaman sekolah menengah. Itu tahun 1998-2002. Lebih 10 tahun meninggalkannya. Banyak sejarah di situ. Mahu nangis. Di situlah ada cerita manis, cerita pahit, cerita masam. Semuanya bercampur mencipta memori. Ok. Aku ini bukanlah pelajar yang cemerlang. 17A1 memang bukan milik aku lah. LOL. Tapi banyak kisah-kisah yang lebih berharga daripada menjadi pelajar 17A1 atau 20A1. Kisah melawan cikgu (macam tak percaya aku pernah lawan cikgu). Kisah kena panggil kaunseling sebab kononnya bercinta (cikgu pun sibuk gak nak bercintan cintun masa tu. haih. tak aci). Masa takkan boleh diundur. Hanya kenangan sahaja yang merangkul erat rasa rindu ini.

Dan tahun ini aku dengan rasminya mencecah ke angka 27. Wah. Apakah? Mahu menampar pipi sebab macam, apakah? Moga peningkatan ini memberi kehidupan yang lebih diredai. Azam aku pada tahun ini ialah untuk tidak mempunyai azam. Merepek aja semua itu. Entah hukum mana semua manusia nak ikut yang sibuk sangat nak pasang azam setiap tahun. Macam dah jatuh hukum wajib, DOWH!



Ini masa tingkatan 5. Kurus ok!


Ini tahun lepas. Tembam ok!



Ini antara kenangan bersama mereka:
















Moga ukhuwah kita sentiasa erat dan mesra. Kita pernah mencipta kenangan dan cerita dalam episod-episod yang lalu. Kita pegang dan simpan. Biar erat supaya satu hari nanti, kita mampu tersenyum kerana kita pernah bersama dalam mencari ilmu. Dan mencari persahabatan yang ikhlas dan jujur. Dan yang pasti, kenangan bersama teman kita ini takkan pernah padam. Walau dia kini sudah bertemu Penciptanya.


Allahyarham Ismail Naqiuddin bin Ismail
(1985-2010)