Thursday, February 12, 2009

untuk kawan-kawan

Dalam hidup, kita sentiasa dikelilingi oleh mereka yang menjadi kawan kepada perjalanan. Ada antara kawan-kawan itu yang kita suka. Ada juga yang kita terpaksa memberi kuntum senyum. Tawar dan hambar.

Teringat satu perbualan ringkas aku bersama seorang teman. Entah di mana silapnya kehidupan dia. Berbekalkan rupa paras yang boleh dikatakan menarik dan dibesarkan dengan sedikit kemewahan, dia tetap memilih jalan yang itu untuk mengemudi pelayaran dia.

Aku: Dah tak ada bunga ke?

Dia: Hmm.. Banyak. Tapi kumbang juga yang aku suka.

Itu pilihan hidup dia. Dia memilih untuk bernafsu songsang. Ternyata rupas paras dan kekayaan belum mampu memberi selera nafsu yang normal.

Pernah aku menerima satu pesanan ringkas dari seorang kenalan. Figura ini sebolehnya aku ingin mengelakkan diri dari bertembung.

"Aku jenis yang tak suka cakap belakang. Aku tak puas hati, aku cakap terus."

Itu ayat yang pernah kenalan itu berikan pada aku. Aku benci dengan ayat-ayat bodoh dan bangang yang akhirnya menjerat diri sendiri. Cerita dia mencanang buruk nama aku di belakang bukan sekali dua aku dengar. Sudah muak telinga ini menadah cerita dari mulut seorang manusia yang penuh hipokrit. Lagi sekali, jalan itu yang dia pilih untuk belayar.

Aku sebolehnya tidak meletakkan sempadan untuk sesiapa pun menjadi kawan dan teman rumah hati ini. Apa pun jalan yang mereka pilih, itu sepenuhnya terletak di tangan mereka. Aku punya kawan yang tanpa segan silu bercerita tentang kisah kenikmatan dingin malam bersama teman lelaki. Cerita yang penuh kiasan tetapi penuh dengan keghairahan. Aku juga punya kawan yang gemar untuk bersosial di pusat-pusat hiburan. Sambil mengatur gerak tari, sambil membasahkan tekak dengan air haram. Aku punya kawan yang pakaiannya boleh menaikkan syahwat sesiapa yang memandang.

Tapi sebolehnya aku tidak ingin lari dari mereka. Mereka kawan dan mereka juga teman rumah hati aku. Tiada sempadan yang terletak di antara jalan-jalan itu. Aku juga terkadang lalai dalam membezakan dosa dan pahala. Aku takut. Tapi aku ada teman yang jujur yang boleh memberi kata madah berguna untuk aku berubah.

Biarlah kita merangkak untuk sampai ke puncak. Jangan kita terus berlari langsung kita tersungkur di lembah kehinaan.

Untuk kawan-kawan, ini mungkin appresiasi aku kepada kalian. Simple. Aku sayang kalian semua. Mudahkan appresiasi ini?

1 comment:

ainguzzle said...

Lantang. Berani. Potensi untuk menjadi penulis yang penuh kontroversi, aku fikir. Bersedia untuk dicemuh. Namun, peminat semestinya melampaui bilangan mereka yang mencemuh. Tun M, sedikit kontroversi namun dia sinikal. Cuma kerana English written, tidak diterbit kan di Malaysia