Friday, February 27, 2009

ini bukan sajak atau puisi atau syair

Aku ada kawan.
Dia ni nampak baik.
Cakapnya berlapis.
Tingkahnya bersopan.
Itu pandangan dari luar.
Macam mana nak pandang dari dalam?
Itu susah.
Kena kenal hati budi.
Tak habis-habis hati budi.
Taknak sampai termakan budi.
Payah.
Jadi serba salah nanti.
Yang luar sama tak dengan yang dalam?
Macam tak.
Macam ya.
Nampak baik memang baiklah.
Nampak jahat jauhkanlah.
Tapi macam merepek.
Kawan aku tu nampak baik.
Tapi dah banyak perangai dia buat.
Kerana mulut badan binasa.
Tapi badan dia tetap kebal.
Banyak mulut ni susah juga.
Baik jadi pendiam.
Tapi jadi katak pulak.
Kesian katak.
Eh,istilah katak ni sensitif sekarang ni.
Kat Malaysia lah.
Aku nak pesan kat kawan aku tu.
Berubahlah.
Dah banyak dosa.
Nanti mati tak nak kena pukul.
Biar dapat rehat.
Sebelum pintuNYA terbuka nanti.
Aku pesan kat diri aku juga.
Sama-sama berubah.
Tak salahkan?

4 comments:

ainguzzle said...

habis ini apa? hihi. aku sudah dewasa

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

aku kurang pasti ini apa.mungkin cerita pendek yg dibuat dalam bentuk sajak atau puisi atau syair.aku tujukan utk seorg kwn.kau tahu siapa dia kan?

diana ghazali said...

aku rasa aku pun tahu siapa yg berkenaan itu. kenapa dia begiru fames smpai sume nak wat entry pasal dia ni. hahahaha.. jom bermulut jahat. sronok gak :p


*word verification kat bawah ni pun ada nama dia la!

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

mahu tak femes kalau dah banyak sgt perangai yang dia buat yang menjatuhkan org lain