Friday, February 20, 2009

kerajaan dan pembangkang

Dalam apa jua keadaan sekalipun, kekhilafan pendapat itu kadang-kala harus berlaku. Bukan untuk mencari siapa individu yang terbaik. Tetapi misi mencapai keputusan terbaik itu boleh mengatasi segala-galanya. Itu pesan aku kepada seorang sahabat yang meluahakan segala rahsia hatinya mengenai apa yang sedang diperjuangkan sekarang.

Dalam komuniti apa sekalipun kita bernafas, perlu ada dua entiti yang mana merekalah penentu aras kegemilangan sesuatu perkara. Aku fikir memang perlu wujudnya Kerajaan dan Pembangkang. Siapa pun yang bertakhta bukan satu persoalan yang boleh merangkumi segala keinginan dan kemusykilan. Yang lebih penting, apa yang akan diberikan, samada ia melepasi kemahuan setiap manusia atau sebaliknya.

Kerajaan apa pun yang menjadi raja dalam perjuangan itu, bukanlah bersayapkan kemuliaan sang malaikat yang tidak pernah melakukan kesilapan dan setiap langkahnya tersusun rapi. Dan sesungguhnya pembangkang itu bukanlah inti perjuangannya bermandikan dosa dan noda. Barangkali resepi pembangkang itu lebih membangkitkan aroma yang menyelerakan dan jalan yang dipilih juga jalan yang sempurna. Kerana itulah perlunya pembangkang dalam sesebuah komuniti, kecil atau besar. Kelompok minoriti inilah yang akan memberi pendapat untuk apa-apa yang difikirkan kurang atau tidak sesuai untuk dilakukan oleh komuniti majoriti itu.

Sejak tahun 2006 lagi aku mengatur tari dalam Persatuan Gemilang. Komuniti yang kecil ini juga perlukan dua pohon untuk bergantung. Aku pernah berpesan kepada seoarang teman, teruskan percanggahan pendapat kerana dari situlah akan tercipta satu keputusan yang lebih sepakat. Perlu bersetuju untuk tidak bersetuju. Di situ akan ada sinar yang GEMILANG.

Berada di awan adalah untuk menghargai keindahan hijaunya sang rumput dan keasyikan liuk lentuk sang daun. Berada di bawah adalah untuk kita mengejar impian dan anganan yang tingginyi di puncak.

Di mana pun kita bernafas, kiblat kita tetap sama. Walau sama arahnya, tetapi dengan kekhilafan idea-idea dari setiap manusia itu andai dinilai dari sudut yang positif, kehidupan ini mungkin menjadi lebih sempurna dan bahagia.

No comments: