Saturday, January 2, 2010

entri panjang untuk kawan-kawan

ini entri yang ke 101. jadi untuk entri ini, aku biarkan ia menjadi sebuah entri yang biasa dan lari dari norma. untuk yang memahami, bagus. pada yang tak, itu tak penting pun.

hari-hari yang aku lalui, aku jadikan sebagai kenangan yang tak hilang begitu saja. apapun kenangan itu, samada berdiri di atas landasan bahagia atau derita, aku ambil dan sematkan dalam hati. sekaligus membanyakkan muka surat dalam naskah kenangan yang akan terus berada di dalam hati. dan kenangan-kenangan ini akan lebih bermakna bilamana aku lalui dan ciptakan bersama mereka yang dekat dengan hati aku. hidup akan sunyi bila ruang lingkup kehidupan tidak dikelilingi dengan insan-insan yang banyak berkongsi rasa, kita panggil mereka kawan.

entah mana silap, aku tak punya ramai kawan yang sebetulnya dekat di hati. aku memilih. itu alasan yang terlalu kukuh. atas hukum apa aku menjadi seorang yang terlalu memilih, aku kurang pasti. dan akhirnya, aku tak punya ramai kawan. orang cakap, pi mai pi mai tang tu. dan kerana kawanlah, hati aku banyak dilengkapi dengan pelbagai emosi. semua menjadi satu. rasa suka, duka, ketawa, menangis, rindu, benci, cinta. ah, semuanya ada kan? aku terlalu menghargai kawan-kawan yang menerima aku seadanya. kadang-kadang susah menjadi manusia lain hanya untuk memberi kepuasan yang maksimum. jadi jalan terbaik, jadilah diri sendiri walau ada yang memandang nista.

aku rindukan kawan-kawan. adakah kawan-kawan juga merindui aku? nak aku senaraikan kawan-kawan yang aku rindu? oh, jangan. itu akan mendedahkan secara terperinci betapa jumlahnya terlalu sedikit. tipikal manusia akan cakap "kualiti lebih berharga daripada kuantiti." dan aku harus bersetuju walau kadang kala aku rasa "kuantiti kadang-kala menunjukkan penerimaan orang ramai terhadap kita." aku rindukan kamu, kamu, kamu, kamu. kamu adalah kawan-kawan.

aku pernah ada kawan-kawan yang selalu di sisi. mendengar segala cerita yang ada. setia mendengar. ketawa bersama. menangis bersama. dan sekarang, aku seperti kehilangan semua itu. aku ketawa bersama kawan-kawan, tetapi menangis sendirian. siapa yang sudi berkongsi dan mendengar? siapa yang sudi memberi bahagia yang hujungnya terlalu indah? siapa yang ingin menyayangi? ah, aku terlalu rindukan kawan-kawan.

aku percaya, hadiah yang bernilai dalam persahabatan adalah keinginan untuk berkongsi cerita dan emosi. itu akan memberikan satu pengalaman yang terlalu sukar untuk dibuang. untuk semua kawan-kawan yang menerima aku, penghargaan yang terlalu sukar dicari dalam bentuk material aku kalungkan untuk kalian. untuk segala dusta dan nista yang pernah tercalit dalam lembaran persahabatan kita, keampunan dari hati yang terlalu kecil untuk disayangi. untuk semua pengorbanan yang pernah ada dan mungkin akan terjadi, aku hanya mampu mengungkapkan kata yang terlalu dekat di hati kita semua, terima kasih. dan satu perkara yang aku jujur katakan pada kalian, aku sayangkan kawan-kawan walau aku tahu sayang itu mungkin tidak berbalas.

untuk sebuah rindu ini, aku terlalu menghargai kalian, kawan-kawan.

8 comments:

ainguzzle said...

Aku berada di dalam kapal yang sama. Rasa mcm sendiri. Bila sendiri, rasa sunyi. Bila sunyi rasa tidak d hargai dan tiada kawan2. Kawan2 aku sikit. Boleh dikira. Kenalan ramai, bersepah. Tapi kenalan bukan mcm kawan.

Kualiti memang berharga jika dibandingkan dengan kuantiti. Pernah kulihat "heading" ini somewhere.

You know what, I believe a lot of my friends, including you are people who should be considered as members in a civil society.

There are people who scratch the boundary. And I'm proud with it. Because we are not typical yet different and rare. ;)

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

People who scratch the boundary usually do not have many friends. Dan aku harus akui, kehidupan aku banyak berputar dalam ruang lingkup yang sama. Walau aku kekurangan warna, tapi aku cukup tertarik dengan warna-warna yang ada ini. Dan aku fikir, kita tak perlu terlalu mengejar kecantikan pelangi kalau hujan di siang hari itu pun kita belum puas menikmati dan menghargai.

diana ghazali said...

i love u kawan kawan. :)

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

We love you too, our dear Diana.

ainguzzle said...

i love u too semek :P

diana ghazali said...

kenapa ye, bila kite dah dekat nk jumpa, hati rasa debor2? hihik

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

sbb mungkin kita ditakdirkan utk jadi kwn selamanya. kot. kita kan dlm golongan org yg xramai kwn.

ainguzzle said...

insya-Allah