Wednesday, January 13, 2010

angin, sila terbangkan surat ini

Saufi Amri bin Mohamad Zahid
A123 Lorong Tanjung Api 200
25050 Kuantan
Pahang Darul Makmur

No. Tel : 0123456789
Email : rimas_bosan@facebook.com


Kepada yang berkenaan,

Sila Berambus Dengan Kadar Segera

Ini perasaan aku untuk hari semalam. Juga hari ini. Serupa. Aku betul-betul perlukan ruang untuk bernafas dalam udara yang nyaman. Kenapa kau orang tak membenarkan. Sila melangkah ke belakang untuk seketika. Itu aku pinta. Aku tidak bergurau. Aku maksudkannya. Jangan ekori aku untuk seketika. Jangan hubungi aku untuk seketika. Jangan berjumpa aku untuk seketika. Atau boleh aku buat satu permintaan yang sangat hebat?

Tolong jangan ganggu kehidupan aku untuk selamanya.
Aku sangat rimas dengan kehidupan pada hari semalam, hari ini, dan mungkin hari esok dan seterusnya. Jadi, sila berundur. Moga aku akan tersenyum pada esok hari dan hari-hari seterusnya. Kau orang sila berambus. Sebab aku RIMAS.
Sekian, terima kasih.
Tak ikhlas dan tak jujur,
(Saufi Amri bin Mohamad Zahid)

4 comments:

ainguzzle said...

oh. kenapakah. hebat

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

serius. aku rimas dengan mereka. mengekori aku demi 1 tujuan yang kononnya hebat.

ainguzzle said...

siapakah? hebat. huu

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

nama mereka mungkin kawan. tapi aku rasa aku malu untuk memanggil mereka kawan.