Tuesday, February 2, 2010

aku kool

Entah kenapa fasa hidup aku sekarang lebih ke arah perlahan dan sederhana. Dulu aku agak taksub dengan irama laju dan pantas. Rasa seperti, hey aku remaja kool. Dengar lagu rancak, kepala nak gerak-gerak. Bajet macam berada di mana-mana kelab hiburan walau hakikat duduk dalam bilik kat mahalah Siddiq. Bilik 3.3 dan 3.8. Sekarang aku makin jatuh cinta dengan Atilia. Dulu aku pernah dengar sampai nak muntah tahi telinga lagu dia, Sangkar. Dengar sebab aku teruja tengok muzik video Sangkar dan aku fikir "apahal hebat sangat minah ni buat muzik video?" Tapi aku tak pernah rasa nak muat turun lagu-lagunya selain Sangkar. Sekarang aku punya koleksi lagu-lagu dia. Dan aku juga fikir "apahal aku lambat sangat menghargai bakat minah ni?"

Nak cakap aku tak kool sebab dengar lagu Melayu? Sebab aku dengar lagu Atilia? Ada aku ambil peduli semua tu? Aku manusia kool sebab aku rasa kool dengar lagu Melayu dan lagu Atilia.




Nota kaki: Dato' Siti Nurhaliza tetap manusia yang akan berada di hati aku. Kool betul aku!

3 comments:

ainguzzle said...

aku tak minat dia tapi aku suka dia. aku suka suara dia. suara dia mcm rare. lepas tu aku suka cara dia sebut perkataan. jelas. bunyi fonologi nya umpama bole rakam buat org baljar bahasa melayu utk pronunciation bm.

bm ke bi ke. dia ada kelebihan itu.

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

dan aku rasa dia pun barang rare. sbb dia tak main muzik yg komersial. dia bermain dlm ruang lingkup yg sederhana yg mana muzik itu dinikmati oleh segelintir manusia saja. dan aku yakin, dia buat muzik bukan utk jd mewah. tp lebih kepada minatnya dlm genre ini.

ainguzzle said...

ya. dia memang menghibur kerana dia suka. sebab tu dia pilih untuk perform selalu tanpa ada konsert, di lokasi2 kecil