Monday, July 12, 2010

pengumpat tegar

Jumaat lepas aku pulang ke Kuantan, seperti minggu-minggu yang sudah. Cuma kali ini, keinginan untuk memandu terbantut jadi keputusan paling tepat, pulang sebagai penumpang bas ekspres. Sengaja mahu mencari pengalaman menaiki bas di Bukit Jalil. Untuk ke Bukit Jalil, dengan tabah aku menunggu teksi di hentian bas di Bukit Indah. Ok, ada 2 orang remaja perempuan sedang berbual-bual. Dari gaya percakapan yang sungguh, hmm, baik jangan disebut perkataan itu, aku yakin mereka dalam lingkungan umur 12-13 tahun. Muda lagi. Aku tak tertarik pun dengan gaya pakaian mereka yang kononnya remaja gila lah. Rambut berkarat dengan sekali sekala jari menguis rambut di dahi. Oh, sungguh, hmmm sekali lagi jangan disebut perkataan itu.

Yang menarik perhatian aku, adalah butir bicara mereka. Adik, baliklah rumah baca buku. Tolong mak ayah ke.

Adik A: Eee, aku tak fahamlah kenapa lah si Aleeza (bukan nama sebenar) tu suka sangat warna pink. Hari jadi dia nanti dia nak suruh semua orang pakai pink. Ish, pink, pink, pink. Buatlah hijau ke.

Adik B: Yang lelaki?

Adik A: Dia suruh pakai hitam. Dia cakap cutting baju perempuan memang sesuai pink aja. Kalau tak pakai pink, dia malas layan.

Adik B: Saya dah cakap kat dia saya taknak pergi.

Adik A: Saya pun taknak pergi.


Hmm, pasal warna pun nak bikin kecoh ke adik? Mengumpat lak secara kuat-kuatan dan besar-besaran. Adoyai.


Adik B: Depan rumah saya tu ada orang gila.

Adik A: Eee, saya tak fahamlah dengan polis ni. Yang takut sangat nak tangkap isteri dia yang gila tu kenapa? Dah pintu tertutup, pecahkan jelah pintu. Ala, nanti kalau orang tu minta ganti rugi, berapa sangat lah. Setakat beribu-ribu tu, bagi jelah.


Masa depan adik A memang cerah sebagai peguam hebat. Adik A memang banyak betul celotehnya. Adik B sekadar mendengar. Sekali sekala turut memberi pandangan yang sangat bernas. Aku terfikir, memang kaum hawa dilahirkan sebagai pengumpat tegar ke? Atau hanya adik-adik ni saja yang mempunyai hobi untuk mengumpat sedari umur kecil lagi?

Aku pun mengumpat.

1 comment:

diana ghazali said...

ngahaha. itu mengumpat dan pengumpat junior. dia tak tau lagi cara gosip yg best. heh