Wednesday, July 21, 2010

aku sedih dengan mereka

Hari Khamis minggu lepas adalah hari aku mengamuk dalam kelas. Apa kes kan mengajar tuisyen pun nak mengamuk. Kan budak-budak yang datang kat situ bayar untuk khidmat mengajar ni. Duit gaji tu hasilnya datang dari yuran mereka. Baiklah. Itu memang langsung tak diambil endah oleh aku yang memang kerek ni. Kau bayar. Tapi kau bukan raja, wahai para pelajarku.

Aku sampai tempat tuisyen dalam 7.45. Terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Keluar dari bilik air, ada 4, 5 orang di hadapan bilik air.

Aku: Ni dah solat belum?

Salah Seorang: Macam biasalah cikgu. Tak.

Aku: .....(terkesima dengan jawapannya). Macam manalah ilmu nak berkat kalau solat pun tak.

Mereka: (tanpa rasa bersalah, ketawa.)

Barangkali mereka fikir aku sedang membadutkan diri. Apakah? Nanti cikgu masuk Raja Lawak ya, wahai pelajar-pelajar kesayanganku.

Dalam kelas, seperti biasa yang akan datang awal ke kelas hanya 2 orang. Annie dan Tiang. Keduanya pelajar yang memberi tumpuan dan keduanya pelajar kaum Cina yang memang disenangi oleh aku. Mereka tak pandai, tapi mereka memberi tumpuan. Jawapan mereka tak semua betul, tapi mereka tak pernah tak buat latihan yang aku bagi. Dan mereka tak pernah lewat. Pelajar Melayu? Sampai lambat. Latihan memang tak buat. Sampai kelas, keluar makan dulu. Sampai kelas, main.

Aku: Simpan handphone sekarang!

Pelajar Melayu Perempuan: ...... (terkebil-kebil sambil terus pegang handphone.)

Aku: Simpan sekarang! Kalau datang tuisyen nak main, keluar sekarang. Balik!

Pelajar Melayu Perempuan: (buat muka, dan simpan.)

Ingat aku kisah dengan muka dia yang tak cantik mana tu. Serius, aku tengking sampai menggeletar tangan aku. Normal bagi aku kalau terlalu marah memang menggeletar tangan aku. Itu tandanya aku memang terlalu marah. Banyak cantik kau. Datang tuisyen nak bergalak la kan? Tapi pelik. Memang budak perempuan ni memang entah apa-apa. Main. Menjawab. Senyap dia hari tu.

Tengah melukis rajah kuboid bersambung separuh silinder ( topik Solid Geometry), seorang budak mencelah. Konon comel lah tu. Tak pun.

Pelajar Melayu Lelaki: Cikgu lukis keranda ke?

Aku: (terkejut). Nanti kita mati, dalam ni lah kita duduk.

Pelajar Melayu Lelaki: (ketawa)

Aku: (sambil melukis) Macam manalah kalau kamu semua mati kalau tak solat?

Pelajar Melayu Lelaki: Ala, bunuh diri lah.

Aku: (terkejut tahap maksima) Bunuh diri langsung tak masuk syurga.

Pelajar Melayu Lelaki: Insaf! Ala, kita buat rombongan bunuh diri.

Aku: (tak terluah kata-kata.)


Mentaliti bodoh macam ni rupanya menyelingkari pemikiran anak muda Melayu di tempat tuisyen tersebut. Nauzubillah.

Moga Allah lindungi kita semua. Ya Allah ya Tuhanku, hidupkan kami dalam Iman dan Islam. Matikan juga kami dalam Iman dan Islam. Amin.

3 comments:

diana ghazali said...

Hoho. ingt dah abes skolah je budak2 buat perangai gtu. patutlah dah masuk kolej pun perangai teruk, rupenye haihhh,... budak2 skrg. pelik

ainguzzle said...

haissshh. mulut bukan main. tabah ko bedepan ngn mereka. mintak simpang anak beranak kita jatuh kategori mereka. amiin

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

erk. anak sapa la tu?. rasa mcm nak campak dari klcc. macam setann (emosi). grrr.