Monday, April 20, 2009

terharunya aku

Pagi tadi masa dalam bas menuju ke tempat mecari nafkah, hati aku tersentuh melihat satu suasana yang sangat segar dan menarik. Tidak jauh dari tempat duduk aku, kelihatan seorang bapa duduk bersebelahan dengan anak lelaki beliau. Aku tengok kemesraan mereka sampai aku tersenyum sendirian. Comel. Romantik. Si bapa mengusap lembut muka anaknya. Si anak dengan manjanya melentokkan kepalanya ke bahu si bapa. Suka. Gembira.

Sampai di satu persinggahan, mereka turun. Sempat aku menoleh ke arah mereka. Ada air mata yang cuba aku seka. Dan aku berjaya. Si anak bukanlah sesempurna si bapa. Si anak menghidap sindrom down rupanya. Aku terharu dengan pengorbanan si bapa yang sanggup menemani anaknya yang memang sangat memerlukan perhatian yang lebih darinya. Aku terus menoleh walaupun bas sudah bergerak. Sepanjang perjalanan si bapa dan si anak ke sekolah, tidak pernah walau sesat pun si bapa tidak memimpin erat tangan si anak. Kagum aku dengan si bapa yang sangat memuliakan anaknya walaupun anaknya tidak dilahirkan dengan sempurna di mata insan-insan sekeliling. Tetapi sungguh sempurna di mata bapanya.

Mungkin aku yang terlalu sensitif dan cepat terharu dengan perkara-perkara macam ini. Entahlah.

4 comments:

ainguzzle said...

aku rasa ada cecair yang bakal meleleh tapi aku tahan. tahaaann.


mulia bapa itu

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

kau yang membaca pun mahu meleleh cecair tersebut, apatah lagi. aku menahan. aku berjaya tapi sehingga kini, situasi yang manis tu sentiasa terbayang-bayang.

ainguzzle said...

anak sapa tak sayang weh. ta[i mmga da org tak sayang pon. cth? ada di mana mana. depan mata kita pona da kot.

FFMS said...

terharu.
nak nangis... ;(