Thursday, April 2, 2009

bosan dengan kau

Agak-agak apa perasaan anda bila mana kawan-kawan yang mendampingi anda sebenarnya punya niat untuk kesenangan diri sendiri? Juga apa perasaan anda bila anda punya kawan yang memandang rupa dan harta sebagai tiket untuk menjadi rapat dengan anda? Untuk berdiri atas nama persahabatan itu memang kadang kala kita perlu berimaginasi. Imaginasi ini untuk kita memelihara sebuah ikatan sekaligus dari imaginasi itu kita alihkan ia ke bentuk lakonan yang nyata.

Kenapa perlu rupa dan harta itu menjadi titik kepada perjalanan sebuah persahabatan? Kenapa perlu semua ini ditransformasikan menjadi satu tarian yang mana langkahnya sumbang? Aku secara peribadi memang sedikit terkilan dengan kelompok manusia yang mementingkan darjat demi sebuah kehidupan. Aku penat untuk melayan kerenah manusia yang kononnya hebat ini. Apa kau ingat kau terlalu masyhur hanya kerana kau punya rupa yang menarik dan datang dari keluarga yang selesa kedudukannya? Tolonglah. Bila susah kau datang, bila senang kau lari. Aku memang dah penat dan bosan dengan kau. Mulut yang manis. Janji yang tumbuh melata. Persetankan semua itu sebab aku tahu yang aku dah penat dengan kebodohan lakonan itu. Juga kebodohan aku yang pernah mendambakan sebuah persahabatan yang tak perlukan harta benda dengan kau. Aku silap wahai kawanku. Aku silap besar.

5 comments:

ainguzzle said...

tuh dia saufi amri berkata kata. panas dan lantang. dan yang pasti jujur.

aku pon nyampah kwn mcm tuh. kesian pun ada. tak cukup kasih syg mungkin

diana ghazali said...

aku rasa kawan tuh nak org tgk dia sbb dia prasan lawa... alahai, kalo lawa luaran tapi busuk hati buat ape.

bagus la tulisan encik amri. sama hebat dgn encik aing. korang mmg terer ayat BM. hehe

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

*ain
mungkin sbb aku dah bosan utk berkiasan atau menjaga hati. sbb aku selalu dipermainkan oleh manusia2 yang ada topeng "penipu" di wajahnya.

*diana
mungkin sbb saya tak pandai english. jadi lebih teratur bila saya gunakan bahasa melayu. hee

ainguzzle said...

tak pandai english. humble.
topeng. aku jumpa banyak topeng semenjak dua tiga menjak ni. topeng kepalsuan yang digunakan untuk pelindung diri. kekuatan, penafian, pergelutan. memang identity crisis dalaman. fahamkah kau ngomelan aku ni. huhu. anggap je bebelan orang pening dengan exam. waa

diana ghazali said...

hahaha. ape jua la korang ni membebel. Ayat bm sentiasa berubah. aaaa... ayat bi slalu conpius.. aaaa lagii