Ini Diana. Dia dah menjadi Puan Kiman dari tahun lepas lagi. Dia yang pertama menhilangkan status bujang dalam kumpulan kami walaupun dulu dia cakap dia nak jadi yang terakhir. Tapi kuasa Tuhan menyatakan cinta mereka bersatu lebih awal. Semakin bahagia dia sekarang. Alhamdulillah. Walaupun ramai yang cakap dia gemuklah, berisilah, hei pedulikan. Bukan berdosa pun badan meningkatkan isinya.Dan untuk seorang teman ini, takdir Allah mahu dia bertemu putera idaman di syurga nanti. Moga kebahagian itu akan menemanimu di sana, Sha. Putera idamanmu sedang setia menanti di sana. Kau pasti akan bergembira dan berbahagia.

Allahyarham Safawati Rustamin
1985-2010
Rindu aku pada kalian. Harap kalian akan terus berbahagia bersama insan yang kalian cintai tulus dari hati. Aku juga punya impian yang sama. Cuma Allah masih mahukan aku melayari liku-liku hidup ini tanpa pendamping yang akan terus setia di sisi, susah dan senang, suka dan duka, tawa dan tangis. Moga harinya akan tiba nanti. Insyaallah.
3 comments:
insyaAllah.....
kita masih di dalam group yang sama. aku doakan, kita masih kekal berkawan, ada bila memerlukan dan yang penting, kita ikhlas.
aku doakan aku ikhlas supaya aku bahagia bersama kalian
sayang kalian
yeah, love u guys too sampai bila2 :)
Post a Comment