Wednesday, March 9, 2011

silalah pergi

Kecewa kerana kemanisan mulutnya. Sungguh, dari dulu aku tahu dia bukan seperti yang aku fikirkan. Dan setelah beberapa episod, aku semakin mengerti yang dia memang bukan insan yang aku sangat perlukan dunia akhirat. Ok, aku mahukan insan-insan yang akan terus bersama aku. Susah sikit pun dah tak mampu nak membantu, silalah pergi. Mula-mula aku positif. Tapi semakin banyak cerita, semakin membuktikan yang dia memang penjenayah hubungan. Tolong sesiapa tangkap sahaja dia dan campak ke daerah mana pun. Sakit dia, sakit aku. Sakit aku, bukan sakit dia. Susah dia susah aku. Susah aku, dia masih bersenang lenang. Kadang-kadang, kesusahan dia menyebabkan dia senang oleh kesusahan yang aku tanggung juga. Jadi, sila pergi. Sungguh, aku tak mahu kamu. Syuh!

2 comments:

Anonymous said...

siapa gerangan yang perlu ku bantu untuk buang dia dari daerah kamu???

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

dan siapakah gerangan kamu supaya senang kamu membantu saya?