Friday, January 30, 2009

kita yang tentukan sebenarnya

Entri yang pernah aku baca ini cukup memberi kesan kepada aku. Aku berfikir kalau mereka boleh kenapa aku nak mengeluh. Merepek dan melampau. Mungkin. Aku petik dari salah satu blog yang aku suka.

"Cukup ke RM400 sebulan?? Apa you makan??Jawabnya lebih menyedihkan.Abang, RM400 cukup untuk saya abang. Saya lagi hantar wang balik kampung. Cukuplah abang. Kalau saya duduk di Bangladesh sampai ini hari saya takkan dapat rasa gaji banyak RM400. Saya sana tada kerja, miskin.RM400 itu jumlah paling banyak pernah diterima dalam hidupnya"

Apa yang aku lakukan kini harganya juga RM400 sebulan. Mulanya aku terfikir cukupkah untuk aku menampung kehidupan yang agak mahal. Aku kadang kala mengeluh. Hidup di Kuala Lumpur yang kononnya serba lengkap ni memang menyesakkan jiwa sebenarnya. Segalanya perlukan duit. RM400 sebulan kalau difirkan secara logiknya memang langsung tidak mencukupi.

Tapi aku kena redah juga laluan ini. Aku suka atau aku tak suka hanya ini yang akan aku dapat nanti. Perjalanan hidup aku untuk beberapa bulan ini kalau celaka pun tak siapa yang akan ambil peduli. RM400 yang aku peroleh nanti hanya untuk menampung nafsu aku seorang sahaja. Aku tak perlu berkongsi rezeki dan nikmat itu dengan manusia yang lain.

Teringat kudrat yang abah aku gunakan untuk membesarkan 10 orang anak dalam kehidupan yang tidak seimbang. Dengan gaji yang sedikit, abah dikurniakan rezeki anak yang ramai. Bukankah itu namanya juga rezeki? Gaji abah yang sedikit itu pun mampu menyuap nasi dan menyarung baju seluruh ahli rumah, takkan aku tak mampu untuk memberi sedikit makna kepuasan untuk diri sendiri. Memang bodoh dan bangsat lah kalau alasan lebih banyak dari ketabahan. Ahli rumah kami ramai juga yang melangkah ke taman ilmu yang tinggi. Jangan mengeluh Amri!

1 comment:

ainguzzle said...

duit mengalir bagai air