Thursday, January 7, 2010

mereka kasih cinta aku

Hidup perlu ada kasih sayang. Perlu selalu wujud rasa mengasihi dan dicintai. Baiklah, cinta tak perlu tipikal. Di sini, konteksnya berbeza. Bukan antara lelaki dan wanita. Sebut cinta, itu saja dalam otak, kan? Sila fikir di luar kotak. Dalam kotak gelap. Tak nampak. Ok, aku tahu tak ramai sayang aku sejujurnya. Tapi aku tabah. Tak perlu gopoh. Gelabah jauh sekali. Cuma aku doa, panjangkan peluang aku untuk bersama insan-insan ini. Dunia aku kekurangan warna tanpa mereka mengelilingi aku. Inilah mereka;



Nurul Iris Safwa


Mohammad Adam Hafiey

Sara Abida Zulfa

Nurul Ieyman Safiyyah

Mohammad Aiman Syafiq
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ok, yang seorang ini membuatkan perjalanan emosi menjadi lebih lambat. Langkah rasa terlalu lembap. Baiklah, aku mengaku kalau sebut nama dia, aku boleh menangis. Perkenalkan,
-
-
-
-
-
-
-


Raudhatus Syifa'

Tepuk, tepuk, tepuk. Walaupun Syifa' tak pernah tahu yang Alang ni pakcik Syifa', tapi Alang reda dengan apa yang Tuhan bagi. Cuma Alang kesiankan Mak Tok sebab Syifa' tak pernah panggil Mak Tok. Abah Aki pun. Walaupun Syifa' tak pernah tahu yang kami sekeluarga juga adalah keluarga Syifa', tapi kami sayangkan Syifa'. Syifa' jadi budak baik ok. Dah besar nanti, Syifa' akan faham semuanya. Insyaallah.

Ayuh kesat air mata. Damn!!!

Wednesday, January 6, 2010

gila rasa cool

Cool. Ok, aku tukar latar belakang. Tiba-tiba rasa serabut dan rimas dengan warna oren yang biasa je aku tengok! Aku rasa tenang dengan putih yang hebat. Senang orang nak baca. Ah, berapa kerat yang baca? Tengok komen-komen aku, kalau tak ain guzzle yang petite itu, pasti diana ghazali yang sepet itu. Yang lain? Sekadar menyinggah. Apapun, terima kasih pada yang sudi menyinggah. Sayang kamu semua.

Aku berperangai pelik hari ini. Apa yang pelik? Ok, aku buat air milo. Aku tak suka minum air milo. Ustazah aku cakap milo tak bagus. Tapi aku tak terpengaruh pun. Tapi hari ini, milo membangkitkan nafsu aku ke aras tertinggi. Ah, tak mampu mengawal. Nah, milo secawan besar.

Dah. Nanti update lagi. Sekarang harus bagi tumpuan pada kerja. Damn!! Belum siap key in data.

Monday, January 4, 2010

aku sayang dia dan dia tak perlu sayang aku.

Tahun 2010 bermula dengan penuh busuk. Dush, aku perlukan perfume baru segera. Menanti perfume yang akan diterbangkan jauh dari UK. Pemberian ikhlas Adib. Hai, sayang betul adik aku ni kat aku. Beli Hugo Boss walaupun aku sangat bersemangat nakkan Boss Pure. Tapi pemberian ikhlas tu dah cukup mewangikan hadiah tu. Kan? Satu lagi Diesel Fuel for Life (gift set). Walaupun Diesel tak termasuk dalam senarai aku bagi pada dia. Tapi takpe. Sayang Adib. Muahh.

Kenapa busuk eh? Aku memberanikan diri bersuara pada seseorang. Gila tul. Bangang ada, bengong ada, bangsat ada, hah, celaka pun ada. Bapak barai perangai aku. Aku bagitahu je. Tapi dah dia tak suka. Dia dah macam taknak tegur aku. Uwaaaaaa. Ok. Cool. Tapi dah aku sayang dia. Tett!!! Tapi aku tak harap pun dia rasa yang sama. Cukuplah dia nak jadi kawan aku, sahabat aku, teman aku. Yang aku boleh jadi pendamping di dunia dan di akhirat. Yang boleh membantu aku di waktu aku susah. Yang boleh berada di sisi aku bila aku perlukan. Yang boleh jaga aku bila aku sakit. Oh, esok ada treatment lagi. Bullshit!!!

Kawan, aku sayangkan kau. Aku perlukan sokongan dari kau untuk membantu aku dan mengubah aku. Jangan biarkan aku hidup dalam kekosongan. Peluki aku dengan rasa keikhlasan. Jangan penuhi hatimu dengan dendam dan benci. Ah, malas nak jiwang. Ok. Rasa kali ketiga ini sangat sakit. Betul. Yang pertama dan kedua dulu tak sesakit ini. Yang ketiga ni rasa macam kalau ada duit banyak, nak berhenti kerja nak pergi melancong mana-mana. Tinggalkan sekejap Malaysia selama 4 bulan setengah. Taknak berhubung dengan sesiapapun. Balik je, dengan imej baru. Semangat baru. Motivasi baru. Hell yeah!!! Hai, kena cari orang kaya yang boleh tanggung kehidupan aku ni. Gila sial niat kan?

Ok, berhenti beremosi sebentar. Saufi Amri, kau kan salah seorang ahli Civil Society. Mana boleh berfikiran macam orang lain. Kenalah lain daripada yang lain. Ok-ok. Mari meniup angin. Dan terbang bersama aingin. Angin, mari terbangkan aku kepada rasa yang sangat bahagia. Haaah, nikmatnya rasa. Bayangkan boleh terbang macam Harry Potter. Taknak. Nak terbang macam para-para. Comel seh.

Kawan, aku sayangkan kau. Dan kau tak perlu sayang aku seperti mana aku sayang kau. Cukup kau jadi teman, kawan, sahabat aku. Dunia akhirat.

Sunday, January 3, 2010

berakhir di januari

Dan kini dia memberikan aku benci
Aku menangis rindu

Dan kini dia hadiahkan derita
Aku menangis rindu

Itu yang terbaik

Saturday, January 2, 2010

entri panjang untuk kawan-kawan

ini entri yang ke 101. jadi untuk entri ini, aku biarkan ia menjadi sebuah entri yang biasa dan lari dari norma. untuk yang memahami, bagus. pada yang tak, itu tak penting pun.

hari-hari yang aku lalui, aku jadikan sebagai kenangan yang tak hilang begitu saja. apapun kenangan itu, samada berdiri di atas landasan bahagia atau derita, aku ambil dan sematkan dalam hati. sekaligus membanyakkan muka surat dalam naskah kenangan yang akan terus berada di dalam hati. dan kenangan-kenangan ini akan lebih bermakna bilamana aku lalui dan ciptakan bersama mereka yang dekat dengan hati aku. hidup akan sunyi bila ruang lingkup kehidupan tidak dikelilingi dengan insan-insan yang banyak berkongsi rasa, kita panggil mereka kawan.

entah mana silap, aku tak punya ramai kawan yang sebetulnya dekat di hati. aku memilih. itu alasan yang terlalu kukuh. atas hukum apa aku menjadi seorang yang terlalu memilih, aku kurang pasti. dan akhirnya, aku tak punya ramai kawan. orang cakap, pi mai pi mai tang tu. dan kerana kawanlah, hati aku banyak dilengkapi dengan pelbagai emosi. semua menjadi satu. rasa suka, duka, ketawa, menangis, rindu, benci, cinta. ah, semuanya ada kan? aku terlalu menghargai kawan-kawan yang menerima aku seadanya. kadang-kadang susah menjadi manusia lain hanya untuk memberi kepuasan yang maksimum. jadi jalan terbaik, jadilah diri sendiri walau ada yang memandang nista.

aku rindukan kawan-kawan. adakah kawan-kawan juga merindui aku? nak aku senaraikan kawan-kawan yang aku rindu? oh, jangan. itu akan mendedahkan secara terperinci betapa jumlahnya terlalu sedikit. tipikal manusia akan cakap "kualiti lebih berharga daripada kuantiti." dan aku harus bersetuju walau kadang kala aku rasa "kuantiti kadang-kala menunjukkan penerimaan orang ramai terhadap kita." aku rindukan kamu, kamu, kamu, kamu. kamu adalah kawan-kawan.

aku pernah ada kawan-kawan yang selalu di sisi. mendengar segala cerita yang ada. setia mendengar. ketawa bersama. menangis bersama. dan sekarang, aku seperti kehilangan semua itu. aku ketawa bersama kawan-kawan, tetapi menangis sendirian. siapa yang sudi berkongsi dan mendengar? siapa yang sudi memberi bahagia yang hujungnya terlalu indah? siapa yang ingin menyayangi? ah, aku terlalu rindukan kawan-kawan.

aku percaya, hadiah yang bernilai dalam persahabatan adalah keinginan untuk berkongsi cerita dan emosi. itu akan memberikan satu pengalaman yang terlalu sukar untuk dibuang. untuk semua kawan-kawan yang menerima aku, penghargaan yang terlalu sukar dicari dalam bentuk material aku kalungkan untuk kalian. untuk segala dusta dan nista yang pernah tercalit dalam lembaran persahabatan kita, keampunan dari hati yang terlalu kecil untuk disayangi. untuk semua pengorbanan yang pernah ada dan mungkin akan terjadi, aku hanya mampu mengungkapkan kata yang terlalu dekat di hati kita semua, terima kasih. dan satu perkara yang aku jujur katakan pada kalian, aku sayangkan kawan-kawan walau aku tahu sayang itu mungkin tidak berbalas.

untuk sebuah rindu ini, aku terlalu menghargai kalian, kawan-kawan.

aku mahu... tak tercapai

Jangan dekati aku
Itu bisa menyuburkan rasa rindu
Jangan lemparkan senyummu
Kelak bayangmu berterusan memburu
Jangan layarkan manjamu
Takut hanya kamu yang aku mahu

Berikan aku dinginmu
Walau aku akan menangis rindu
Berikan aku bencimu
Walau aku akan menangis rindu
Berikan aku amarahmu
Walau aku akan menangis rindu

Aku berterusan bertanya
Kenapa hanya kamu yang aku mahu
Aku berterusan keliru
Kenapa hanya kamu yang aku mahu
Aku berterusan buntu
Kenapa hanya kamu yang aku mahu

Dan sehingga kini
Aku tak tercapai apa yang aku mahu

Friday, January 1, 2010

2010 datang

Selamat tahun baru 2010 semua. Macamlah ramai baca blog ni nak sebut semua!! Moga tahun baru membawa kegembiraan pada semua. Ini juga namanya resolusi kan? Resolusi aku, tak ada. Tiap-tiap hari aku memendam sebuah resolusi itu. Tapi hampeh. Aku yang kecewa sebab tak pernah tercapai. Jadi, pergi jalanlah dengan resolusi.


HAVE A GREAT NEW YEAR. MAY EACH DAY OF THE YEAR AHEAD FILL YOUR WORLD WITH SWEETNESS AND HAPPINESS.