Saturday, September 29, 2012

zakat itu berkat

Assalamualaikum.

Have you had your shake today?

Semalam lepas kerajaan bentangkan bajet 2013, macam biasa rumah siap cantik-cantik pun, tukul masih juga nak berbunyi kan. Salah satu darinya BONUS! Macam biasa, ada juga yang sedikit tak berpuas hati. Sepertinya cukai yang kami para pekerja swasta bayar adalah untuk menampung pemberian BONUS pada mereka. Aku sedikit tak berbekas dalam hati. Rezeki masing-masing kan. Bukan kerajaan yang tentukan. Bukan juga kita yang tentukan. Semuanya berbalik kepada Allah juga kan? Mungkin aku seorang sahaja yang tak ambil pusing tentang BONUS mereka. Jujurnya, aku langsung tak berminat nak dengar pembentangan bajet tu. Aku tidur. Kau Amri! Tapi aku memang dari mula kerja beberapa tahun lepas pun memang tak berminat langsung nak tahu bajet-bajet yang macam bajet tu. Sebabnya sebagai pekerja swasta, anda sangat digalakkan untuk melopongkan mulut anda seluas-luasnya bila dengar bajet. Kenapa? Di akhirnya, semua pekerja swasta akan bertanya soalan yang sama, "ok, apa kami dapat?" Kan? Hehe.

Ya, ramai yang tak berpuas hati tentang pembayaran cukai. Sebenarnya senang. Naikkan potongan bayaran zakat. Makanya, cukai anda berkurangan secara automatisnya. Cumanya, masih ramai yang tak pernah dengar tentang zakat pendapatan. Ok, sedih. Sila bersedih sekarang. Kau kan, kalau Ifong atau Samseng nak keluarkan gajet baru, cepat je kau update kan. Pasal zakat yang wajib sangat-sangat tu, sebelah mata pun tak nampak. Tapi jujur, memang ramai tak ambil endah pun tentang zakat pendapatan. Baik, dulu kan aku kerja sebagai Pembantu Pegawai Zakat. Ha, sila teruja dengan jawatan tersebut. Bahasa senang, Amil. Memang pengalaman aku, ramai yang masih kosong pengetahuan tentang zakat pendapatan walaupun gaji dah berpuluh ribu. Tak mengapa, belum terlewat. Ayuh, langkahkan kaki anda menuju ke Pusat Zakat berhampiran. Mulakan membuat potongan zakat.

Cuma sedikit sedih, bila ramai yang memberi alasan kenapa mereka masih tidak membuat potongan zakat. Senang saja alasan, belum cukup nisab. Serius, aku sedih. Terfikir, setiap bulan kita semua sanggup bayar bil telefon yang tinggi. Bayar kereta. Bayar rumah. Baik, itu semua keperluan. Tapi semuanya kita punya pilihan bukan? Dari guna bil, kenapa tak topup biasa sahaja? Kereta mahu beli besar-besar, kenapa tak beli kereta paling murah? Baik, bukan mahu pertikaikan pilihan kita semua. Aku juga bayar bil, bayar kereta. Cumanya, sekiranya kita mampu keluarkan duit untuk ini semua, kenapa tidak untuk bayar 2.5% sahaja bagi tujuan ZAKAT? Itu belum kira kos hiburan kita lagi. Karaoke, tengok wayang, makan meatball di IKEA, makan sushi, beli perfume dan segala macam lagilah. Kita sanggup untuk itu semua. Tapi kenapa masih beralasan untuk keluarkan 2.5% sahaja dari pendapatan kita untuk zakat? Jom, ubah situasi ini. Harta kita bukan sepenuhnya untuk kita. Itu untuk dikongsi. Cantik kan Islam. Kita berkongsi. Bilamana kita mampu untuk keluarkan duit untuk segala macam bentuk hiburan, itu bermakna kita mampu untuk berzakat. Percayalah. Mari, berlum terlambat untuk kita berzakat. 


“Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada bulan Ramadhan.” (al-Bukhari dan Muslim)


Zakat itu indah. Itulah sumbangan kita. Kalaupun tak banyak, tapi itu mencukupi. 


Dari ‘Asma binti Abu Bakar as-Siddiq r.a katanya, dia datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu dia bertanya:”Ya nabi Allah! Aku tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zuber (suamiku) kepaku (untuk belanja rumahtangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu kusedekahkan ala kadarnya ?”Jawab nabi s.a.w :”Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu dan jangan menghitung-hitung kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepadamu dan akan kedekut kepadamu.” (Muslim)



Pendapatan kita tak beerti gaji sahaja, tapi juga perniagaan yang kita usahakan. Itulah pendapatan kita. Barangkali ada antara kita yang membuat kerja sambilan dengan memulakan bisnes secara online. Itulah pendapatan kita sebenarnya. Aku berpesan juga untuk diri sendiri supaya jangan pernah lupa untuk keluarkan zakat melalui Herbalife. Semua Herbalifer akan dapat income setiap 15 haribulan kan? Mari, zakatkannya. Alhamdulillah, Allah bagi peluang pada kita semua untuk berzakat. Zakat, itulah keberkatan kita yang tersembunyi. Dan kita yang harus mencarinya. Zakat, hidup pasti berkat. InsyaAllah.

No comments: