Friday, July 15, 2011

bakal isteri aku nanti..


Ada seorang sahabat pernah bertanya. Ini soalan beliau; "Kau memang akan cari isteri yang bertudung ke?"

Baiklah. Ada sedikit rasa apa-aku-nak-kena-jawab-ni? Yang bertanya itu, seorang Muslim. Dia tahu apa yang tergaris di syariat. Jawapan paling menarik, ini yang aku rasalah. "Tak. Aku tak cari yang pakai tudung. Aku mencari yang menutup aurat." Ok. Tak perlu la nak terkejut. Beza memakai tudung dan menutup aurat. Zaman sekarang ini, ramai sangat yang pakai tudung tapi tak menepati syariat Islam. Tudung jarang nampak rambut dan telinga. Ada yang pakai tudung tapi pakai baju singkat. Seluar juga ketat. Ada aku pernah tengok di Kuantan Parade, pakai tudung tapi baju tanpa lengan. Dan aku juga pernah tengok di sekitar Bandar Sunway seorang wanita memakai tudung bersama skirt bawah sikit dari lutut. Apakah? Jadi, aku memang
mencari yang betul-betul menutup aurat.

Tutup aurat bukan sekadar di luar rumah. Tapi sepanjang masa selagi ada mereka yang bukan mahram bersama. Makna kata, kalau dah berada di rumah, tiba-tiba rumah dikunjungi saudara mara, harus pantas mencari pakaian yang sesuai sebagai seorang Muslimah. Kalau tidak dilakukan sebegitu, dosa itu kepuanyaan suami. Isteri kalau sayang suami, kena jaga aurat dan pergaulan. Nampak macam aku mengongkong kan? Memang aku akui. Aku akan mengongkong tindakan bakal isteri aku. Aku akan perhatikan segala tindak tanduk dia. Dia tanggungjawab aku. Selagi apa yang dilakukan tiada bertentangan dengan syariat, itu tidak menjadi masalah.

Moga dia memahami jawapan aku. Apa yang aku inginkan ini, bukan atas arahan aku. Ini yang Allah tetapkan untuk sekalian umat. Dan manusia itu memang tidak punya pilihan. Cuma sedih juga. Ramai yang tak ingin menutup aurat dengan sempurna akan keluarkan ayat Quran dari Al-Baqarah, ayat 256; "Tiada paksaan dalam agama." Baiklah, ayat ini tidak ditujukan kepada orang Islam pun. Jadi, baiklah kita paksa diri kita untuk menuruti segala perintah Allah. Takkan nanti bila malaikat soal dalam kubur kita nak jawab, "Wahai malaikat, tak baik tutup aurat kalau hati tak ikhlas." Wallahualam.

Monday, July 11, 2011

tahniah kalian


Sabtu lepas, sembilan Julai dua ribu sebelas. Pertama kali menjejakkan kaki di Seri Iskandar. Ini di negeri Perak. Punya satu tujuan, memenuhi undangan Faiz. Ini untuk meraikan hari bahagianya bersama Aimi. Tahniah kalian. Aku doakan kalian sentiasa bahagia dan gembira. Aku senang melihat senyuman kalian. Aku senang juga dengan kebahagiaan ini. Aku bahagia dapat bersama kalian, meraikan cinta kalian. Doa aku akan mengiringi perjalanan hidup kalian hingga ke syurga. Amin.

Friday, June 24, 2011

hepi hepi


Hari ini saya sungguh happy. Sekian.

Thursday, June 23, 2011

ini budak sudah mau kawen!


Ini budak sudah mahu menghilangkan status bujang. Minggu depan, InsyaAllah. Entah kenapa aku teruja sangat. Dalam banyak-banyak kawan yang cakap nak kahwin, ini budak bikin aku rasa banyak happy. Semalam, sempat makan pagi dengan ini budak. Ini budak nak bagi kad dia. Mungkin itulah pertemuan terakhir di saat ini budak masih bujang. Lepas ini, jumpa ini budak dengan gelaran suami orang. Dalam teruja dan gembira, rasa sedih pun ada. Banyak perkara yang berlaku dari mula kenal ini budak. Itu tahun 2004, tahun pertama di Matrikulasi. Sekarang sudah 2011. Kenal ini budak, baru aku tahu apa itu cabaran dan dugaan yang terlalu kuat. Entah dari mana datangnya kekuatan, aku sendiri keliru. Dek kerana kekuatan itulah, aku sekarang mampu mengukir senyuman paling manis.

Faiz,
Aku doakan kebahagiaan akan terus menemani kau dan bakal isteri. Hingga ke syurga. Dikurniakan zuriat yang baik-baik. Yang boleh mendoakan kesejahteraan kalian selama-lamanya. Moga semuanya dipermudahkan. Amin

Monday, June 20, 2011

sooooo sweet!




Aku tak menyesal pernah kenal dia. Aku bersyukur. Tuhan izinkan aku untuk mengenali gelagat manusia yang tak sama setiapnya. Ok. Ya, aku dah buang dia jauh-jauh. Biar tak perlu bersua terus. Banyak sebab. Memang dia sangat bermulut manis. Dari awal perkenalan lagi, aku tahu. Ramai juga yang sama berfikir seperti aku. Kerana mulut manisnya, dia akan cuba kikis duit manusia sekeliling. Itu semua dilakukan atas nama persahabatan. Sikit demi sikit, akan dikikis. Kononnya mahu menjaga ukhuwah. Terus manis mulutnya. Itu memudahkanmya untuk mendapatkan habuan. Manis juga mulutnya bila berdepan dengan wanita. Koleksi mangsanya, sungguh banyak. Moga dia tahu, Allah itu sangat Adil. Jangan sampai sikapnya yang sangat hodoh ini, memakan diri. Barangkali dia rasa, dia yang menentukan nasib dia sampai dia lupa, Allah juga yang menentukannya.

Thursday, June 2, 2011

i.za.im


Selamat pengantin baru. Moga kalian akan terus bahagia dan tersenyum hingga ke syurga. Matangkan diri dalam setiap cubaan dan dugaan. Kuatkan iman untuk hadapi semua ujian. Hukum perkahwinan, pasti ada pasang surutnya. Ada siang dan malam. Tak terlepas dari suka dan duka, tangis dan tawa. Kalian ini insan yang Dia pilih untuk bersama. Bermula sebagai teman, akhirnya kami semua menjadi saksi kepada cinta kalian. Hapuslah air mata, hadirkan kuntuman bahagia yang paling sempurna. Pergilah kecewa, kerana cinta sedang melingkari jasad kalian. Bahagialah kalian, selamanya.

Wednesday, June 1, 2011

kitab kita

Banyak perkara yang menghimpit kebelakangan ini. Penat. Mungkin kerana terlalu bermain dengan emosi. Minda terlalu berhempas pulas mentafsir, apa maksudnya semua ini. Aku reda. Juga tabah. Apa yang Allah berikan, itu yang terbaik. Hatta sebuah perpisahan itu juga hadiah dari-Nya. Sungguh Dia lebih mengetahui perjalanan ini. Hanya Dia yang berhak menentukan jalan mana yang harus dilalui. Terlalu banyak penyesalan yang bersarang. Tapi aku biarkan ia terbang ke mana jua. Semuanya dengan harapan untuk ia kembali padaku bukan lagi dengan nama penyesalan. Barangkali dengan nama yang lebih indah, pengajaran. Inilah kitab kehidupan. Kitalah watak utama. Kita jugalah jalan ceritanya. Kitab ini akan terus termadah selagi nyawa masih mahukan jasad untuk hidup di dunia fana ini. Selagi itu, akan terus ada penyesalan yang akhirnya memberi pengajaran.