Monday, June 20, 2011

sooooo sweet!




Aku tak menyesal pernah kenal dia. Aku bersyukur. Tuhan izinkan aku untuk mengenali gelagat manusia yang tak sama setiapnya. Ok. Ya, aku dah buang dia jauh-jauh. Biar tak perlu bersua terus. Banyak sebab. Memang dia sangat bermulut manis. Dari awal perkenalan lagi, aku tahu. Ramai juga yang sama berfikir seperti aku. Kerana mulut manisnya, dia akan cuba kikis duit manusia sekeliling. Itu semua dilakukan atas nama persahabatan. Sikit demi sikit, akan dikikis. Kononnya mahu menjaga ukhuwah. Terus manis mulutnya. Itu memudahkanmya untuk mendapatkan habuan. Manis juga mulutnya bila berdepan dengan wanita. Koleksi mangsanya, sungguh banyak. Moga dia tahu, Allah itu sangat Adil. Jangan sampai sikapnya yang sangat hodoh ini, memakan diri. Barangkali dia rasa, dia yang menentukan nasib dia sampai dia lupa, Allah juga yang menentukannya.

2 comments:

Unknown said...

Ya Allah.....moga die sedar sesuatu perbuatan itu kini d bayar cash dari-Nya....so,sila2 la kite fikir kembali dasar persahabatan kiter supaya x berada d simpang yang salah yerk~~

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

insyaallah. ambil pengajaran atas apa yg berlaku. org kata, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua kan.