Wednesday, June 1, 2011

kitab kita

Banyak perkara yang menghimpit kebelakangan ini. Penat. Mungkin kerana terlalu bermain dengan emosi. Minda terlalu berhempas pulas mentafsir, apa maksudnya semua ini. Aku reda. Juga tabah. Apa yang Allah berikan, itu yang terbaik. Hatta sebuah perpisahan itu juga hadiah dari-Nya. Sungguh Dia lebih mengetahui perjalanan ini. Hanya Dia yang berhak menentukan jalan mana yang harus dilalui. Terlalu banyak penyesalan yang bersarang. Tapi aku biarkan ia terbang ke mana jua. Semuanya dengan harapan untuk ia kembali padaku bukan lagi dengan nama penyesalan. Barangkali dengan nama yang lebih indah, pengajaran. Inilah kitab kehidupan. Kitalah watak utama. Kita jugalah jalan ceritanya. Kitab ini akan terus termadah selagi nyawa masih mahukan jasad untuk hidup di dunia fana ini. Selagi itu, akan terus ada penyesalan yang akhirnya memberi pengajaran.

No comments: