Monday, June 20, 2011

sooooo sweet!




Aku tak menyesal pernah kenal dia. Aku bersyukur. Tuhan izinkan aku untuk mengenali gelagat manusia yang tak sama setiapnya. Ok. Ya, aku dah buang dia jauh-jauh. Biar tak perlu bersua terus. Banyak sebab. Memang dia sangat bermulut manis. Dari awal perkenalan lagi, aku tahu. Ramai juga yang sama berfikir seperti aku. Kerana mulut manisnya, dia akan cuba kikis duit manusia sekeliling. Itu semua dilakukan atas nama persahabatan. Sikit demi sikit, akan dikikis. Kononnya mahu menjaga ukhuwah. Terus manis mulutnya. Itu memudahkanmya untuk mendapatkan habuan. Manis juga mulutnya bila berdepan dengan wanita. Koleksi mangsanya, sungguh banyak. Moga dia tahu, Allah itu sangat Adil. Jangan sampai sikapnya yang sangat hodoh ini, memakan diri. Barangkali dia rasa, dia yang menentukan nasib dia sampai dia lupa, Allah juga yang menentukannya.

Thursday, June 2, 2011

i.za.im


Selamat pengantin baru. Moga kalian akan terus bahagia dan tersenyum hingga ke syurga. Matangkan diri dalam setiap cubaan dan dugaan. Kuatkan iman untuk hadapi semua ujian. Hukum perkahwinan, pasti ada pasang surutnya. Ada siang dan malam. Tak terlepas dari suka dan duka, tangis dan tawa. Kalian ini insan yang Dia pilih untuk bersama. Bermula sebagai teman, akhirnya kami semua menjadi saksi kepada cinta kalian. Hapuslah air mata, hadirkan kuntuman bahagia yang paling sempurna. Pergilah kecewa, kerana cinta sedang melingkari jasad kalian. Bahagialah kalian, selamanya.

Wednesday, June 1, 2011

kitab kita

Banyak perkara yang menghimpit kebelakangan ini. Penat. Mungkin kerana terlalu bermain dengan emosi. Minda terlalu berhempas pulas mentafsir, apa maksudnya semua ini. Aku reda. Juga tabah. Apa yang Allah berikan, itu yang terbaik. Hatta sebuah perpisahan itu juga hadiah dari-Nya. Sungguh Dia lebih mengetahui perjalanan ini. Hanya Dia yang berhak menentukan jalan mana yang harus dilalui. Terlalu banyak penyesalan yang bersarang. Tapi aku biarkan ia terbang ke mana jua. Semuanya dengan harapan untuk ia kembali padaku bukan lagi dengan nama penyesalan. Barangkali dengan nama yang lebih indah, pengajaran. Inilah kitab kehidupan. Kitalah watak utama. Kita jugalah jalan ceritanya. Kitab ini akan terus termadah selagi nyawa masih mahukan jasad untuk hidup di dunia fana ini. Selagi itu, akan terus ada penyesalan yang akhirnya memberi pengajaran.

Wednesday, May 25, 2011

lu makan cili, bro!




Cili itu memang pedas. Kepedasannya bergantung pada jenisnya. Nak tahu rasa pedasnya, kenalah makan. Baru kita akan tahu tahap kepedasannya. Masakan kita akan tahu rasanya jika sekadar memandang dan menjadi pemerhati? Kata orang, siapa makan cilinya rasalah pedasnya.

Bro, kalau lu tak makan cili, baik lu duduk diam-diam. Jadi pemerhati sahaja. Yang lu nak marah-marah dan terasa kenapa bro? Nampak sangat lu memang buat semua tu bro! Terima kasih bro. Aku hargai semuanya. Aku kecewa sama lu bro. Kecewa sungguh. Tapi bro, baik lu muhasabah diri juga. Tak salahkan? Fikir semula, lu kawan dengan manusia yang ramai sebab apa? Jangan ada kepentingan diri sendiri sudah. Takut kemudian hari, lu tinggal seorang-seorang dalam dunia ini.

Monday, March 28, 2011

udara, saya rindu kamu

Saya rindukan udara saya.
Lama tak bersua dengan udara saya.
Gelak ketawa seakan menyepi.
Tiada usikan mewarnai hidup ini.
Kosong rasa jiwa.
Seri hilang dan terbang.
Sungguh, saya mahu ketemu udara saya.
Segera.

Tuesday, March 22, 2011

kotak itu

Dulu...

Kotak itu
Aku cari
Aku ambil
Aku simpan

Di sudut belakang bilik
Aku susun
Kemas di situ
Aku biarkan
Kotak itu


Sekarang...

Kotak itu
Aku buka
Aku geledah
Aku punggah

Dalamnya banyak isi
Ada buku
Ada nota
Ada barangan harian
Ada hadiah

Ah, hadiah

Kotak itu
Bikin aku rindu
Bikin aku menangis
Bikin aku sayu

Aku menangis
Tolong berhenti air mata
Aku penat

Aku pegang
"Hadiah Untuk Hassan"
Aku menangis lagi

Kau buat aku menangis wahai kotak

Monday, March 21, 2011

raikan cinta

Perancangan asalnya untuk menyambut ulangtahun perkahwinan antara Abg Madi bersama Gjan dan juga Zul bersama Ainul. Dah alang-alang meraikan cinta mereka, aku cadangkan untuk menyambut ulangtahun kelahiran sahabat-sahabat yang lahir pada bulan Mac. Ok, 12 Mac setiap tahun memang aku akan bertambah usia. Makna kata makin tua. Oh, tabahnya perkataan tua itu. Kebetulan 12 Mac tahun ini jatuh gedebuk hari Sabtu dan aku memang balik Kuantan, jadi aku cadangkan untuk meraikan cinta kami pada tarikh tersebut. Bukan sebab itu adalah tarikh keramat aku. Tapi sebab banyak sangat kebetulannya, apa salahnya memilih tarikh tersebut, kan? Hampir 2 minggu merancang. Seminggu sebelumnya, gigih menempah 41 biji cuppies yang shomey lotey dari Puan Yeen. Aku hanya menganggarkan (susah sungguh perkataan ini) lebih kurang 10-12 susuk tubuh sahaja yang akan memeriahkan suasana. Oleh sebab itu makanan hanya ditempah untuk 10 perut sahaja. Hari kejadian, 20 perut datang. Mak aih. Tambah oder, please! Paling haru, aku diberikan tiga k-e-j-u-t-a-n. Terharu. Mari nangis. Kejutan pertama dan kedua, aku tahan air mata. Jangan jatuh ok. Duduk diam-diam dalam kelopak. Tapi masuk kejutan ketiga, mana mampu nak tahan beb. Mujur tak keluar hingus. Fuh. Anda sekalian memang mahir dalam bab menangiskan manusia-manusia sekeliling. Terima kasih ya sahabat-sahabat saya. Saya sayang kalian semua.



Tak semua ada dalam gambar ni. Ada yang dah pulang ke kediaman masing-masing.