Friday, December 16, 2011

wah gitu!

Sekarang masanya untuk berjimat cermat. Lupakan semua keinginan nafsu terhadap harta dunia. Kan bagus kalau untuk harta akhirat pun aku mahu tergila-gilakannya. Tak cukup sekadar solat Encik Amri! Makin lama, makin mahu membuang duit. Hentikannya. Masih banyak perkara lain yang boleh dibuat dengan duit yang tak banyak mana pun. Disebabkan duit tak banyak mana pun, adapun begitu usahlah sibuk mahu tukar itu, tukar ini. Azam baru. Kumpul duit, mahu kahwin. Wah gitu! Berikan tepukan yang gemuruh ya.

Hampir menuju ke 2012. Ok, umur meningkat lagi. Tahun depan jadinya 27. Umur 27 kalau zaman purba kala, anak dah mahu masuk yang ke-4. Tapi apa ada hal dengan zaman sekarang. Menikah pun belum. Tolonglah sama-sama doakan supaya saya boleh kahwin tahun depan. Wah gitu lagi! Ada sesiapa sudi kahwin dengan saya? Wah gitu-gitu lagi! Cumanya semacam masih belum puas untuk melaghakan diri secara bujang. Seronok woo. Tak kisah lah kahwin atau tak tahun depan, yang pasti tahun 2012 harus bermula dan berakhir dengan cemerlang. 2011 agak busuk di pertengahan. Semua sebab kau, kawan! Cis! Untuk 2012, konsepnya suka hati kaulah kawan! Moga aku istiqamah mengekalkan konsep ini pada 2012.

Friday, November 25, 2011

kita ini kawan



Hey kawan
Semalam kita bercerita
Kisah silam yang indah
Cantik sungguh perjalanannya
Ada tawa, terselit juga tangis
Itulah episod kita

Hey kawan
Biar apapun jalan cerita kita
Jangan pernah lupa
Kita ini kawan
Di mana jua, setiap masa
Selamanya kita bersama

Hey kawan
Sungguh jarang kita bersua
Tapi senyuman tetap di hati
Kita takkan pernah buang
Hanya kerana kita jauh
Kita ini tetap kawan

Thursday, November 24, 2011

waaaa. apakah

Apakah? Sekian lama menganaktirikan blog ini, terlupa sudah kata laluannya. Kejam sungguh saya. Disebabkan sedikit marah, makanya terpaksa memenuhi nafsu untuk menulis diari pagi esok. Harus kerja sekarang. Jumpa esok.

Friday, July 29, 2011

bosang

Aku memang sejenis manusia yang suka pulang ke kampung halaman tercinta pada setiap minggu. Aku memang pencinta kampung halaman. Sekadar untuk mencari rezeki, aku masih sanggup untuk berlumpur di Kuala Lumpur ini. Tapi untuk menghabiskan sisa-sisa hujung minggu di sini, maaf. Aku bukan manusia metropolitan atau sejenis manusia yang berasal dari kampung-bila-datang-KL-dia-rasa-KL-adalah-segalanya. Aku punya ramai kawan seperti ini. Sampaikan tanah tumpah darah sendiri dianak pungutkan. KL didewakan, ditatang bagai minyak yang penuh. Oh, anda membosankan saya.

Disebabkan esok dan lusa harus ke kursus di Ampang, makanya minggu ini tidak akan pulang ke kampung halaman. Jahat itu Encik Pejabat. Dan di saat ini, aku dah mula rasa bosan. Tak tentu arah. Sangat demmmm.



Ini sahaja bebelan saya. Sekian.


ha! kOwang

SalAm. hA! kowang. KOwAnG chaT kEw? aQ batUk2 ckEt. daH 3 miNggU kOwt. menC! taW. eh, x baeK menc!. saKit kaN dugAaN. cuMa susAh skEt nak t!dO n waT kejE doE. aQ nak aL!k umA. tp sOk de kuRsuS lak. bOwing la kuRsuS. kuRsus bOwing an? Okla kOwang. aQ naK ucapkn slamat berpOse yek. namO pOntenG2 ek. dOsa aw pOnteng2 n!.


Notakaki: Oh, sangatlah mengambil masa untuk aku siapkan ayat-ayat di atas. Makanya, aku memang bukan remaja yang cool dan cambest.

Thursday, July 21, 2011

dok beh pung


Baiklah. Saya tahu saya sekarang menaip entri ini dengan menggunakan bantuan WiFi yang percuma di Mekdi. Saya memang tidak mempunyai brodben. Ok. Dulu ada. Tapi sudah tiada sejak jatuh cinta dengan Streamyx. Lebih enak menggunakan Streamyx. Kudos TM! Entah apa mimpi malam ini tersangat mengidam mahu menjamah Mekdi sebagai santapan malam. Konon nak habiskan duit sebab tiba-tiba gaji bulan lepas belum habis dan tengah malam sebentar lagi, gaji baru dah masuk. Sangat poyo. Pedulikan.

Ini menu saya malam ini.
Ok. Sangatlah tak lazat rupanya beger ini. Sungguh tidak berbaloi. Mahal, dan sangat tak lazat. Itu sahaja saya nak war-war kan.

Guna Wi-Fi Mekdi dan kutuk beger Mekdi. Terbaik. Tapi saya bukanlah anti Mekdi. Cuma beger yang satu ini, memang sangat tak lazat.

Friday, July 15, 2011

kem iflah

Selesai Kem Iflah yang dirancang lebih kurang 2 atau 3 bulan. Seronok. Banyak konflik yang berlaku. Banyak hati yang terasa. Ada airmata yang tumpah. Semuanya untuk melihat program ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Ada pertelingkahan yang berlaku, ada ketidakpuasan hati berlaku, dan semuanya ada. Ini rencah yang harus ditempuh. Ada marah, benci, meluat. Itu semua negatif. Tapi hakikatnya, terlalu banyak kasih sayang yang tertumpah sepanjang agenda ini berlangsung. Secara tidak sedar dan tidak nampak, ada tautan ukhuwah yang terbina dengan sengaja dan tidak sengaja. Apa pun ketidaksamaan yang terlahir, itu kita buang dan tolak ke tepi. Biarkan ia hilang begitu sahaja. Sungguh kita tak perlukannya. Itu hanya bisa meragut keindahan yang sedang bertapak. Ada kala kita gagal menghormati. Ini semua atas dasar manusia itu penuh dengan tidak kesabaran. Kita juga gagal mengawal amarah. Sungguh, kita ini insan yang deras mengikut nafsu busuk. Kerana segala rasa yang hodoh ini, kita lupa yang kita sebenarnya ada sesuatu yang manis untuk dikongsikan bersama. Kita buta dengan rasa negatif ini. Mari buang semuanya. Inilah rumah kasih kita. Biarkan segala perhiasannya cantik-cantik belaka. Kalau ada pun rongaknya, kita cuba baikinya. Tutup segala kekosongan. Biar rasa bahagia terus-terusan menyelimuti kita.




Nota kaki: akan upload gambar-gambar lain di entri lain.