Friday, July 15, 2011

kem iflah

Selesai Kem Iflah yang dirancang lebih kurang 2 atau 3 bulan. Seronok. Banyak konflik yang berlaku. Banyak hati yang terasa. Ada airmata yang tumpah. Semuanya untuk melihat program ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Ada pertelingkahan yang berlaku, ada ketidakpuasan hati berlaku, dan semuanya ada. Ini rencah yang harus ditempuh. Ada marah, benci, meluat. Itu semua negatif. Tapi hakikatnya, terlalu banyak kasih sayang yang tertumpah sepanjang agenda ini berlangsung. Secara tidak sedar dan tidak nampak, ada tautan ukhuwah yang terbina dengan sengaja dan tidak sengaja. Apa pun ketidaksamaan yang terlahir, itu kita buang dan tolak ke tepi. Biarkan ia hilang begitu sahaja. Sungguh kita tak perlukannya. Itu hanya bisa meragut keindahan yang sedang bertapak. Ada kala kita gagal menghormati. Ini semua atas dasar manusia itu penuh dengan tidak kesabaran. Kita juga gagal mengawal amarah. Sungguh, kita ini insan yang deras mengikut nafsu busuk. Kerana segala rasa yang hodoh ini, kita lupa yang kita sebenarnya ada sesuatu yang manis untuk dikongsikan bersama. Kita buta dengan rasa negatif ini. Mari buang semuanya. Inilah rumah kasih kita. Biarkan segala perhiasannya cantik-cantik belaka. Kalau ada pun rongaknya, kita cuba baikinya. Tutup segala kekosongan. Biar rasa bahagia terus-terusan menyelimuti kita.




Nota kaki: akan upload gambar-gambar lain di entri lain.

No comments: