Thursday, July 21, 2011

dok beh pung


Baiklah. Saya tahu saya sekarang menaip entri ini dengan menggunakan bantuan WiFi yang percuma di Mekdi. Saya memang tidak mempunyai brodben. Ok. Dulu ada. Tapi sudah tiada sejak jatuh cinta dengan Streamyx. Lebih enak menggunakan Streamyx. Kudos TM! Entah apa mimpi malam ini tersangat mengidam mahu menjamah Mekdi sebagai santapan malam. Konon nak habiskan duit sebab tiba-tiba gaji bulan lepas belum habis dan tengah malam sebentar lagi, gaji baru dah masuk. Sangat poyo. Pedulikan.

Ini menu saya malam ini.
Ok. Sangatlah tak lazat rupanya beger ini. Sungguh tidak berbaloi. Mahal, dan sangat tak lazat. Itu sahaja saya nak war-war kan.

Guna Wi-Fi Mekdi dan kutuk beger Mekdi. Terbaik. Tapi saya bukanlah anti Mekdi. Cuma beger yang satu ini, memang sangat tak lazat.

3 comments:

diana ghazali said...

tahun lepas makan, rasa mcm makan kulit ayam je. mmg ni paling tak beh. lenkali order quarter pounder je ok

daisyroses said...

semua mkanan keluaran mcd sangt sedap dn besh.. hhahaha

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

tersangatlah rasa mcm makan kulit ayam. beger lain keluaran mekdi sgt mengancam. tapi utk gcb, sgt pelik. sebelum ni duk dgr kwn2 ckp x best. nak gak tahu mcm mane ketakbestan dia.