Rindu, terjahlah jiwa dia
Biar dia tahu aku sedang tersenyum
Sayang, singgahlah di hati dia
Biar dia tahu aku sedang mengingini
Kasih, diami terus susuk dia
Biar dia tahu aku sedang memerlukan
Benci, jangan kau datang ke sini
Tangis, jangan kau huni kamar hati
Luka, jangan kau kacau rasa cinta
Nukilan,
Pencinta Senyap
5 comments:
boleh jatuh cinta, kalo aku ada pencinta senyap bg kata2 mcm ni.
aku terus menerus menjadi pencinta senyap dan akhirnya cinta berlalu. tapi aku tak merasai kehilangannya. mungkin sbb itu bukan cinta aku dan terima kasih tuhan kerana cinta-cinta itu tidak terjadi.
*speechless*
semua orang pernah menjadi pencinta senyap, barangkali
setuju. aku dah tak boleh bagi kata-kata ni pada sesiapa. sbb diorg akan tahu pencinta senyap itu adalah aku. haha
takpe, mana tau diorang, tak baca blog ko. haa. sila2
Post a Comment