Friday, October 30, 2009

terima kasih, sahabat.




Rindu, sungguh. Tak terkata rasa rindu ini.
5 tahun berlalu, seperti angin meniup jauh.
Sebuah cerita itu ada kedukaan yang dipendam.
Sakit. Merajuk. Marah. Benci.
Semua bersimpul menjadi satu ikatan.
Kukuh tak terjurai lagi.
Ikhlas yang pernah menjadi rumah, telah lama roboh.
Sayang yang menjadi jambatan juga runtuh.
Tiada lagi warna-warna yang setia menemani hidup.
Tipu, warna takkan hilang.
Tak, aku tak tipu. Warna tetap ada. Tapi warna yang kau beri dulu sangat cantik.
Aku ralit dalam lukisan kau. Sangat cantik.

Ingat tak kita dulu seperti kuku dan jari.
Rapat sampai kita tak mampu berpisah.
Kau ada, aku ada.
Kau lukis, aku warnakan.
Ah, aku sedang tersenyum. Datanglah momen. Aku perlukan kau. Sangat.
Eh, bukankah kau yang memulakan langkah?
Mana boleh aku lupa, aku dalam bus, asyik dapat "missed call" je.
Kau ingat aku tak tahu nombor kau?
Terus aku hantar mesej, "Kau ni **** kan?"
Aku sedang ketawa sekarang.

Ah, kenapa ada air mata?
Tak nak, tak nak. Dah puas menangis.
Aku memang masih menangis dengan momen-momen dulu.
Lah, tadi tersenyum, kemudian ketawa. Kenapa nak menangis pula?
Aku nampak kau masa hari konvokesyen kita.
Aku tersenyum tatkala memandang kelibat kau atas pentas, menerima ijazah.
Aku yakin, kau jelek melihat susuk aku di pentas.
Walaupun kau benci, aku tetap suka.
Walaupun kau marah, aku tetap sayang.
Kan kita umpama kuku dan jari.
Sakit kan kalau kuku tercabut daripada jari?
Aduh, aku menangis lagi.
Sakit. Sesiapa ada "aspirin?"

Bayangan kau akan selalu menemani aku.
Aku ingin biarkan kau selalu di hati, tanpa dendam.
Kau tahu, Aidilfitri lepas aku "admitted?"
Aku sering bayangkan kau menemani aku, memberi aku kata-kata semangat. Untuk melawan kesakitan aku.
Uh, mimpi. Angan dalam sedar.
Serius, aku mahu peluk kau. Aku mahu bisikkan pada kau, "Aku sayangkan kamu, sahabat."

Nama **** akan selalu ada dalam kanvas hidup aku dan aku takkan sekali-kali akan meluputkan semua momen yang kita pernah lukiskan. Lukisan kau dan aku akan terus menjadi hiasan dalam sejarah hidup aku. Terima kasih sahabat kerana pernah hadir memberi senyuman yang terindah dalam lipatan hidup aku. Terima kasih sahabat untuk sebuah "cinta" itu. Terima kasih sahabat. Terima kasih.

--- Diri ini masih tercari-cari jawapan, mengapa harus terjadi, perpisahan pergolakan---


Sepi seorang perindu,

Dadidai
10.00am

Tuesday, August 11, 2009

blog baru

Aku ada blog baru.

http://puisitentanghati.blogspot.com/

Saja mewujudkan sebuah blog khas untuk hasil puisi aku yang tak best pun. Hanya kepuasan diri sendiri.

jom la wei





Mencari duit lebihan untuk menampung perbelanjaan sempena Aidilfitri yang menjelang tiba bulan Oktober nanti. Macam-macam boleh dibuat. Apa aku buat untuk mencari duit lebihan bersama ahli keluarga yang lain? Itulah. Yang di atas. Meniaga kan 9/10 sumber rezeki. Selain kuih muih, kami menjual kek buah, popia mini, juga kain pasang. Sekian.

Nota: Ini bukan promosi memandangkan ini bukan blog mempromosi barangan. Sekadar berkongsi. Jom kita sama-sama menjana ekonomi dengan mencari wang saku tambahan. Takkan nak harapkan duit gaji je kan?

Sunday, August 2, 2009

SAFA

Khabar pagi itu ada sakitnya

Lantas jiwa bergelut kesyahduan

Sepi terus bergelumang

Seperti tak ingin pergi

Sampai kini terus ia bermain-main

Seperti mengejek sakitnya rasa itu

Seperti menghina sepinya sekeping hati

Minda tak henti memikir

Mulut tak henti berdoa

Untuk sebuah kepastian itu

Diri menjadi setabah yang mampu

Untuk diri seorang khalifah yang penuh khilaf

Ketentuan itu suatu yang pasti

Walau hati terus menjahit sepi

Kerana gugurnya sekuntum bunga

Tapi janji Tuhan tak sesekali dimungkiri

Moga bunga yang gugur itu

Terus mekar di dalam syurga

Terus tersenyum memberi bahagia

Safawati binti Rustamin dalam kenangan
(23 Mac 1985 - 17 Julai 2009)








Kau pergi memberi satu pelajaran pada yang masih hidup. Pelajaran yang sangat memberi makna pada yang memahami erti kehidupan dan menghargai kesempatan yang diberi Tuhan. Walau hadirnya kau sebagai salah satu penyeri dalam kehidupan kami ini hanya seketika cuma, namun dirimu tetap menjadi sebahagian dalam hati kami buat selamanya. Walau sepi sesekali terus menggigit kalbu kami, namun kami tahu, inilah yang terbaik buatmu.
-Bunga ini akan terus mekar dalam hati kami-

Alfatihah.



Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai

Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyanyangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNya
Mendengar cerita
Segala rahsia

Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa megusik jiwa

Wednesday, July 29, 2009

aku syok sendiri

Tiada yang itimewa mahu dikongsikan. Mungkin juga malas. Ya, malas perkataan paling tepat dan sesuai. Hmmm, jom tengok gambar. Jom? (Padahal aku seorang je yang syok sendiri kat blog ni..tettttt)



Iflah Camp paling BEST yang pernah dianjurkan oleh GEMILANG. Yang lain-lain, suam-suam kuku sahaja.


Baktisiswa di Kelantan. Pengalaman pertama ke baktisiswa. Hari terakhir di sana. Mencuci pinggan sempena "bek-woh".


Juga Baktisiswa. Kerana kumpulan kami kumpulan yang minoriti, jadi perhubungan jadi lebih terjalin dan erat. Tahniah kepada kami.


Induction Course bagi mengalu-alukan kedatangan mentor baru dalam Gemilang. Bertempat di Gambang, Pahang. Hmm, aksi main baling selipar ini disudahi dengan acara menghantar aku ke klinik.


Away Day ke Langkawi. Away Day paling BEST dalam sejarah aku masuk Gemilang. Syabas.

Thursday, July 9, 2009

hahahaha

Antara kelemahan PPSMI;

  1. Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 merosot daripada 85. 1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan 83.2 peratus kepada 79.9 peratus bagi sekolah luar bandar.
  2. Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Matematik dalam UPSR 2008 merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus bagi sekolah bandar dan 8o.9 peratus kepada 77 peratus bagi sekolah luar bandar.
Eh, sebelum-sebelum ini setiap kali keputusan UPSR atau PMR atau SPM diumumkan, bukankah hebat kita semua dicanangkan bahawa pencapaian para pelajar meningkat dan lebih membanggakan setelah PPSMI dilaksanakan?

Nota kaki: Mak ayah aku cakap orang takkan percaya lagi cakap-cakap orang yang pernah berbohong ni. Itu cakap mak ayah aku lah. Hahahahaha

Friday, June 26, 2009

robot. robot. robot


Sana-sini orang duk bercerita pasal Transformers. Sana-sini orang duk promosi Transformers. Dah jadi macam road tour lak. Sana-sini orang duk cakap "best gile woo cite dia!!!!". Sana-sini panggung wayang akan dipenuhi manusia-manusia yang sangat teruja dengan pakcik-pakcik robot tu. Bila aku sms kawan-kawan, mesti ada yang balas, "eh, gi la tengok Transformers".

Bosan. Bosan. Bosan.

Ruang perhubungan antara semua orang telah diserang oleh robot-robot.

Tahniah kepada yang sudah menonton. Terima kasih kepada yang memberi cadangan "gi lah tengok Transformers." Hmmmm.. (Mood aku banyak dispoilkan oleh robot sejak dua tiga hari ini)

Nota kaki: Transformers yang pertama pun aku tengok bila dah dekat setahun robot-robot ni menyerang kancah pemikiran manusia. Aku tak minat robot kot. Heh! Cerita robot yang paling aku menyesal tengok Terminator Salvation! Fazli, Kau yang ajak aku tengok kat panggung. Menyesal. Bayar balik duit tiket. Eh, bukan duit kau ke?