Friday, March 12, 2010

25, itu hanyalah angka

Itu sekadar angka sahaja. Ada apa dengan angka? Yang penting, tingkatkan kualiti hidup dalam semua aspek. Dunia dan akhirat. Insyaallah.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25, Saufi Amri bin Mohamad Zahid.

Thursday, March 11, 2010

malaysia boleh, atan pun boleh

Tahniah Atan. Atan dah buat yang terbaik. Hasilnya agak memberangsangkan. Jangan patah semangat seandainya keputusan SPM Atan tak seperti yang diharapkan. Abang sentiasa menyokong Atan. Selamanya.

Monday, March 8, 2010

mari amin sama-sama

Haih, tengah-tengah lipat selimut tadi tiba-tiba teringat sesuatu. Ya, esok 9 Mac 2010. Alamak, nasib baik teringat. Kalau tak, terlepas. Terima kasih Allah kerana buka hati ini untuk ingat perkara yang satu ini. Mungkin sebab dah 2 bulan tak melalui saat-saat ini. Sampai terlupa. Ah, follow up lagi. Bila mahu habis? Ok-ok. Positif. Tak baik negatif. Orang cakap, sakit penghapus dosa-dosa kecil. Mudah-mudahan. Amin.

rindukan pelangi cantik


Pelangi yang cantik
Ke mana bersembunyi
Datanglah menemani
Duduklah di dalam hati
Moga tiada sepi
Terus melingkari
Dasar hidup ini

Pelangi yang cantik
Rindunya aku padamu
Entah bila kan bertemu
Bersarang rindu di kalbu
Kembalilah dirimu
Lenyapkan segala syahdu
Lilitkan cinta yang satu

Pelangi yang cantik
Izinkan aku mengejar
Untuk hapuskan semua debar
Hilangkan kasih yang bergetar
Supaya cinta terus malar
Sayang tetap segar
Kasih selamanya mekar

Thursday, February 11, 2010

tabah

Di mana pintu Doraemon? Aku sangat perlukannya. Ingin sekali aku kembali ke waktu dulu dan ubah sejarah lama supaya aku tak perlu terseksa dan menderita. Sakitnya perasaan ini. Pedihnya keinginan ini. Dan kini, senyuman selalu diiringi kesepian. Tabah.

Thursday, February 4, 2010

aiman tak kisah

Semalam Aiman jatuh masa main basikal. Dahi terhantuk di jalan raya. Aiman tak menangis. Tapi bila Adam nampak darah yang mengalir laju, Adam menangis. Kuat. Aiman yang pada mulanya berlagak kool, terus tumpang sekaki menangis. Orang Pahang cakap, selok! Memang selok dua beradik comel ni menangis. Pergi klinik, cuci luka, balut dahi. Alhamdulillah, tiada kesan dalaman. Dan Aiman dengan comelnya cakap "Abang taknak keluar rumah sampai betul-betul ok. Abang malu." Tapi macam tak je, Abang wei!


Moga cepat sembuh luka-luka tu wahai Aiman.

Tuesday, February 2, 2010

aku kool

Entah kenapa fasa hidup aku sekarang lebih ke arah perlahan dan sederhana. Dulu aku agak taksub dengan irama laju dan pantas. Rasa seperti, hey aku remaja kool. Dengar lagu rancak, kepala nak gerak-gerak. Bajet macam berada di mana-mana kelab hiburan walau hakikat duduk dalam bilik kat mahalah Siddiq. Bilik 3.3 dan 3.8. Sekarang aku makin jatuh cinta dengan Atilia. Dulu aku pernah dengar sampai nak muntah tahi telinga lagu dia, Sangkar. Dengar sebab aku teruja tengok muzik video Sangkar dan aku fikir "apahal hebat sangat minah ni buat muzik video?" Tapi aku tak pernah rasa nak muat turun lagu-lagunya selain Sangkar. Sekarang aku punya koleksi lagu-lagu dia. Dan aku juga fikir "apahal aku lambat sangat menghargai bakat minah ni?"

Nak cakap aku tak kool sebab dengar lagu Melayu? Sebab aku dengar lagu Atilia? Ada aku ambil peduli semua tu? Aku manusia kool sebab aku rasa kool dengar lagu Melayu dan lagu Atilia.




Nota kaki: Dato' Siti Nurhaliza tetap manusia yang akan berada di hati aku. Kool betul aku!