Di titik pertemuan semalam
Aku tahu
Ada kepastian yang belum diungkai
Di saat mata bertemu mata
Kata berganti kata
Aku cuba mencari erti
Penat
Tak mahu meneka
Tak suka
Tapi terpaksa
Benci
Hati
Jangan biar terus menangis
Biar cahaya jadi kawan
Hati
Jangan berterusan bertanya
Biar selamanya tiada sangsi
Pinjamkan aku kebahagiaanmu
Untuk aku terus menjadi penghuni
Dalam hati yang penuh kegembiraan
Biar semua tahu
Aku ini hamba yang pernah sepi
Pinjamkan aku sedikit serimu
Untuk aku terus rasa percaya
Setiap yang duka di hujungnya suka
Biar semua tahu
Hati ini tak ingin sunyi lagi
1 comment:
Aku baru ingin rasa sesudu rasa bahagia. Ada orang tepis sudu itu. Aku pelik kerana dia sudah ada segelas kebahagiaan.
Post a Comment