Tuesday, April 24, 2012

"aku ok."

Setiap kali aku cakap "oh, aku OK je.", jarang aku betul-betul maksudkannya. Untuk mengaburi pandangan figura-figura di sekeliling, barangkali hanya itu ungkapan paling keramat dan berkesan. Ya, adakala bermimpi mahukan seorang teman yang bijak menelaah perasaan ini. Dia pandai membaca lirikan mata. Mahir mentafsir apa yang tesirat di dalam hati. Susah. Aku juga tak dilahirkan untuk bijak mengkaji perasaan manusia. Aku mahu bila aku ungkapkan "aku Ok.", ada seseorang pandang mataku, peluk aku dan kata "aku tahu kau tak OK."

No comments: