Monday, January 16, 2012

saya sayang bilik kecik saya!

Entahlah aku ni jenis manusia apa? Yang pasti bila di rumah sewa, aku lebih suka habiskan masa dalam bilik sendiri. Berkurung dari pagi sampai malam, itu nyata bukan satu masalah besar bagi aku. Aku selesa walaupun bilik ini kecil sahaja ruangnya. Tv tiada. Radio tiada. Hanya berbekalkan komputer riba, itu sudah cukup. Mahu main game, cukup dengan menggunakan tablet yang ada. Muat turun saja apa jenis permainan. Asalkan syiok! Aku bukanlah sombong, bukan juga tidak mahu bercampur dengan manusia sekeliling. Tapi aku selesa begini. Sekurang-kurangnya buat waktu ini. Ok, waktu kerja yang lain dari yang lain ini sedikit sebanyak membantutkan hasrat aku untuk suka lepak di luar kawasan bilik. Akhirnya aku bayar Astro hanya untuk dijadikan hiasan semata. Mujur berkongsi. Bilik yang kecil dan tak cantik ini, sangat menenangkan perasaan. Oh bilik, aku sayangkan kau!



Tempat yang aku habiskan banyak masa. Dah mengadap laptop, memang boleh lupa banyak perkara. Berhenti untuk solat saja. Makan pun sanggup tangguh.


Tempat untuk beradu dan bermimpi. Juga berbaring saat ralit main game.

No comments: