Manusia ini kalau mencanang cerita busuk, memang juara. Ke mana pun pergi, akan dikhabarkan berita ke segenap alam. Supaya semua tahu, manusia yang kononnya jahat sedang membuat mungkar.
Cerita busuk ini bermula dari mulut manusia ini. Bila akhirnya, manusia ini menafikan. Sepertinya manusia ini juga adalah mangsa penipuan. Licik, bukan?
Kerana terlalu mendengar, mausia sekeliling lupa mencari kebenaran. Hanya mendengar. Sekali sekala mencelah. Menambah garam. Sedikit cuma.
Terfikir juga, apa tiada lagi sosok yang boleh dipercayai? Hatta diri sendiri. Yang akan memberi kehidupan yang penuh kecantikan.
Dan kini, aku dibenci. Pedih bila dibenci atas kepalsuan manusia lain. Sakit bila dibaluti kata-kata nista. Barangkali Tuhan itu sayangkan hambaNya ini yang penuh dosa. Diberikan rasa benci yang membaluti, supaya di hujungnya akan ada kehidupan yang cerah. Kalau pun tak sempurna, ia masih indah.